CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2098|Reply: 0

Kem Ramadan Yeo's 2016

[Copy link]
Post time 26-6-2016 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO










Bagi memeriahkan lagi dan sebagai pelengkap buat Kempen ‘Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya’ anjuran Yeo's Malaysia, kelmarin Kem Ramadan Yeo’s  2016 telah diadakan di Dewan IM4U, Taman Perindustrian Puchong, Puchong.


Pelancarannya telah disempurnakan oleh Naib Presiden Kumpulan, Yeo's Malaysia & Indonesia, Ong Chay Seng bersama barisan bintang seperti Shukri Yahaya, Kaka Azraff, Heliza Helmi, AG, Faizdickie, & Feeya Iskandar.


Sedia kita maklum, barisan bintang Yeo's tersebut telah melengkapkan kempen kali ini dengan menjadi duta kempen dengan mewakili rumah kebajikan masing-masing bagi mengumpul nilai derma yang telah bermula dari 1 Mei hingga 25 Jun 2016.





Untuk tahun ini, sekali lagi pasukan merah yang terdiri daripada Heliza Helmi dan AG mengungguli pengunpulan nilai derma dengan jumlah derma terkumpul sebanyak RM12,000.


Jumlah derma tersebut akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang diwakili mereka iaitu Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa dan Teratak Nur Barakah, Shah Alam.


Manakala rumah kebajikan yang diwakili Shukri, Kaka, Faizdickie dan Feeya masing-masing akan mendapat jumlah derma RM1,000.


Pelbagai aktiviti-aktiviti bermanfaat terkandung dalam Kem Ramadan Yeo's 2016, antaranya setiap peserta difahamkan berpuasa sehari sambil melakukan kerja amal seperti bergotong-royong membersihkan dan mengemaskan rumah kebajikan, menghiaskan rumah yang bakal menymbut Hari Raya Aidilfitri dan berhibur bersama dengan anak-anak yatim.


Difahamkan, barisan bintang juga turut serta dalam setiap aktiviti bersama kumpulan yang telah ditetapkan selama sehari bagi memberi semangat kepada para peserta. CARI


     



     


     











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048449 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list