CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3256|Reply: 10

Budak Main Pemetik Api Disambar Api Dalam Kereta

 Close [Copy link]
Post time 25-6-2016 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber video : http://www.bharian.com.my/





Bagi ibu bapa semua, jangan sesekali membolehkan anak-anak mudah memperolehi barang-barang yang berisiko tinggi seperti gunting, pisau, pemetik api, mancis dan lain-lain, ini kerana ianya akan mengundang situasi yang bahaya dan ada kala mungkin membawa maut buat anak kita.


Semalam seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai bermain pemetik api di dalam kereta ketika ibunya sedang leka mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Guchil, Kuala Krai, akibatnya hampir 15 peratus pada muka dan badan melecur teruk.


Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa, Saifuddin Ismail Din berusia 7 tahun menemani ibunya, Zakiah Mohd. Det, 31, yang baru sahaja menghantar bekalan cendol di Pasar Pagi Guchil sebelum berhenti mengisi minyak kereta Proton Wira milik suaminya.


Menurut ibu mangsa, Zakiah Mohd. Det, sebelum kejadian, dia baru sahaja membayar untuk mengisi minyak sebaik sahaja menghantar bekalan cendol kepada seorang pelanggan untuk meniaga di bazar Ramadan.


Katanya, semasa sedang mengisi minyak, Saifuddin yang duduk di tempat duduk bahagian belakang mengadu mahu pulang ke rumah cepat disebabkan mengamuk dan merajuk kerana hendak pergi ke kedai serbaneka RM2.




"Api secara tiba-tiba menyambar daripada dalam kereta. Saya panik dan pada itu hanya fikir tentang keselamatan anak sahaja."





sumber foto: http://www.bharian.com.my/



Mangsa merupakan seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pas, Kuala Krai


Ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), bapa mangsa, Ismail Din Awang Nor beritahu anaknya itu pada awalnya dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke HRPZII untuk rawatan lanjut.


Jelasnya, dia tidak mengetahui dari mana anaknya memperoleh pemetik api kerana beliau bukan seorang perokok.




"Saya bersyukur semuanya selamat walaupun anak saya mengalami kecederaan akibat melecur di beberapa bahagian badan termasuk di muka,"




Kini kanak-kanak malang itu sedang dirawat di Unit Kelecuran HRPZII dan tidak dapat bercakap banyak kerana masih trauma dengan kejadian itu. - CARI





sumber : Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah komen dah tred smalam...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 01:06 PM | Show all posts
kesian nya adik ini..x pasal2 beraya dgn muka melecur
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirulllah, tak pelah, nak kata apa lagi,kan, at least hikmahnya may be the boy tahu yg bhn api dlm pemetik api tu plus api tu bahaya dan minyaa petrol yg kita pam dlm kete tu , mudah meruap ,volatile, so ni mungkin mak dia x tahu ni, tak pa lah sabaq.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 01:37 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 25-6-2016 01:38 PM

eheheh...
org yg isi myk kat sebelah tu...slamat diri sndiri dulu...
yea la mana tau ttiber meletup hangus gituw je nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke Ke @spiderman80 berita ni dah ada semalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2016 01:43 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 25-6-2016 01:38 PM
Ke Ke @spiderman80 berita ni dah ada semalam

si cinapek tukang sapu tu tengah waktu rehat la....

habis rehat kang dia sapu semua sampah wa bikin....

hahahaha




Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lavagenting replied at 25-6-2016 01:43 PM
si cinapek tukang sapu tu tengah waktu rehat la....

habis rehat kang dia sapu semua sampah wa b ...

Hahahaha! Dah banyak ke sampah Encik  Lava buat hari ni?    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2016 01:48 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 25-6-2016 01:45 PM
Hahahaha! Dah banyak ke sampah Encik  Lava buat hari ni?

belum...semalam banyak...100 post wa si bahlol tu delete satu persatu....
sure berpeluh si tukang sapu tuu..

kesian.


hahahaha






Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 02:07 PM | Show all posts
Syukurlah tiada kemalangan jiwa berlaku......
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 02:09 PM | Show all posts
Maideen. replied at 25-6-2016 02:07 PM
Syukurlah tiada kemalangan jiwa berlaku......

mati pucuk lu sebab langkah quran tu satu kemalangan jiwa...

hahahaha



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045064 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list