View: 2800|Reply: 4
|
Bergaya Kasual Dengan T-Shirt Motif Songket, Kombinasi Moden Tradisional
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Kebiasaan kaum lelaki hanya memakai baju Melayu ketika hari raya pertama sahaja. Untuk ke rumah terbuka dan menziarah sanak-saudara mereka sering mengenakan pakaian lebih santai dan kasual.
Namun, jika anda mengenakan t-shirt ini, pasti tampil berbeza, masih moden namun ada garapan tradisional Melayu di situ.
Ini kerana, koleksi baju t-shirt dari jenama My Kanda ini dicetak dengan motif songket yang begitu nostalgia dan klasik!
Antara motif songket yang digunakan termasuklah tampuk kecupu, bunga pecah lapan, bunga cendawan, tampuk buah kesemak dan sebagainya.
Didatangkan dengan material kapas yang berkualiti dan saiz dari S hingga XL, ia juga bersifat uniseks. Lelaki atau wanita boleh menggayakan!
Dari segi harga pun sangat mampu milik iaitu serendah RM50. Secara peribadi penulis sangat menyukai rekaan pada t-shirt ini, meskipun ringkas namun ia dapat mengangkat kembali kegemilangan songket yang semakin dilupakan. - CARI
Kredit foto: Instagram My.Kanda
|
|
|
|
|
|
|
|
Lain dari yang lain design nya. Not bad |
|
|
|
|
|
|
|
memang menarik...suka la design mcm songket tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|