Sepasang adik beradik bangsa India ditembak sekurang-kurangnya 3 das tembakan dalam jarak dekat yang disyaki atas sebab dendam.
Memetik laporan Oriental Daily News, kejadian tersebut berlaku sekitar 12 tengahari tadi, di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sunway, Batu Caves.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad, ketika itu, dua orang adik beradik India terbabit masing-masing memandu kereta Proton Satria berwarna kuning dan kereta Suzuki berwarna putih dari Kepong menuju ke arah Taman Seri Gombak. Ketika berhenti di depan lampu isyarat, mereka berdua terus diserang oleh pembunuh upahan.
Saksi yang kebetulan berada di lokasi beritahu, penembak terdiri daripada dua lelaki yang dipercayai berbangsa Cina.
Salah seorang lelaki tersebut keluar dari kereta dan menuju ke arah sebuah kereta Proton Satria berwarna kuning dan membuka pintu Satria dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemandu.
Dia kemudiannya menghala ke arah kereta Suzuki berwarna putih dan melepaskan satu lagi pusingan tembakan pada arah pemandu sebelum melarikan diri menggunakan lebuh raya MRR2.
Mujurnya kedua mangsa hanya tercedera di bahagian muka dan telinga, tiada kematian dilaporkan.
Motif di sebalik tembakan masih belum diketahui dan sedang disiasat oleh pihak polis.- CARI