CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2288|Reply: 1

Cara Parkir Sisi dengan Mudah dan Sempurna

[Copy link]
Post time 20-6-2016 12:28 PM | Show all posts |Read mode
#ApaNakBuat: Cara Parkir Sisi dengan Mudah dan Sempurna Setiap Masa
FacebookTwitter



BUKAN sedikit kalangan kita yang berdebar-debar setiap kali mahu memarkir kereta, terutama parkir selari atau sisi (parallel/side parking). Buktinya, di laman sosial perkongsian video seperti YouTube menunjukkan betapa ramai pemandu yang gagal memarkir kenderaan dengan sempurna. Apakah anda salah seorang daripada mereka?
Tidak mengapa, kami akan bantu anda menerusi artikel ringkas ini. Tetapi apa yang penting adalah berlatih sehingga mahir. Anda boleh lakukannya di mana-mana tempat dan kawasan parkir lapang pada hujung minggu. Ingat, practise makes perfect!
Hukum ibu jari (rules of thumb) dan pengalaman sangat membantu, tetapi kami lebih suka memilih eksperimen berulang kali. Mungkin anda sudah mahir dan setiap tindakan dilakukan secara spontan. Tetapi tahukah anda bahawa setiap langkah yang anda lakukan itu sebenarnya berasaskan aturan sama seperti di bawah ini.
Baca panduan ini sambil merujuk gambar rajah utama di atas:
1. Pandu kereta anda supaya selari dengan kereta sebelah. Pastikan gandar belakang (tengah rim) sejajar dengan hujung bampar kereta sebelah. Pusing stereng ke kiri hingga habis dan mula pandu masuk ke dalam petak parkir.
2. Undurkan kereta hingga bahagian tengah kereta selari dengan bampar belakang kereta sebelah. Kemudian, luruskan stereng dan undurkan kereta hingga tayar belakang (kanan) sejajar dengan tepi jalan.
3. Pusingkan stereng arah bertentangan (kanan) dan undur kereta. Anda akan dapati sisi kereta anda akan berada sejajar dengan kereta sebelah di hadapan.
4. Jika mengikuti langkah diberikan, kereta anda pasti akan berada dalam petak parkir yang dimahukan. Keluar sekarang dan perhatikan hasil kerja anda.
DIBUKTIKAN MATEMATIK

Kajian University of London yang disokong Vauxhall baru-baru ini menetapkan amaun sebenar ruang ekstra yang diperlukan sesebuah kereta untuk diparkir selari. Ia bergantung kepada radius pusingan (r) kereta anda, jarak roda atau wheelbase (l), jarak dari pusat roda depan hingga hadapan kereta (k) dan lebar kereta yang anda cuba parkir di belakangnya (w).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 03:32 PM | Show all posts
side parking la paling senang.
dgn reverse parking.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.262400 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list