CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4372|Reply: 1

Panduan Mengepam Tayar

[Copy link]
Post time 20-6-2016 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Panduan Mengepam Tayar, Bolehkah Dipam PSI Maksimum?FacebookTwitter


BOLEHKAH tayar dipam mengikut PSI (paun inci persegi) maksimum seperti dinyatakan pada dinding sisi (sidewall) tayar. Ini kerana kita sering dimaklumkan bahawa maksimum bukanlah tekanan tepat yang membolehkan tayar kereta berfungsi paling optimum. Faktanya, tekanan tayar yang tepat amat penting bagi kelancaran, keselamatan dan ketahanan tayar.
APAKAH ITU TEKANAN MAKSIMUM?
Jika anda perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar, anda pasti perasan perkataan ‘Max. Press. 35 PSI’. Nombor itu memberitahu anda tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.
Kata ‘sejuk’ di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh. Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.
APA BERLAKU JIKA TAYAR DIPAM MAKSIMUM PSI?
KARAKTER PENGENDALIAN BERUBAH

Tayar yang dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Tahap membelok akan bertambah baik, tetapi anda berdepan risiko ketika pembrekan jajap (threshold braking). Sekali anda membelok pantas atau mengejut, belakang kereta boleh terseret.
JANGKA HAYAT TAYAR MEROSOT

Apabila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan jadi lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.
Jadi, apakah tekanan tayar terbaik?
APAKAH TEKANAN TAYAR OPTIMUM?
Anda boleh mengetahui tekanan tayar optimum atau seperti disarankan pengeluar pada pelekat di bingkai pintu, atau dalam manual pengguna. Sesetengah model menempatkan pelekat pada pintu but, dalam konsol atau pintu minyak.
Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda. Jika berkurangan, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.
Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.
MASA MENGEPAM TAYAR TERBAIK
Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
i. Setiap kali mengisi minyak.
ii. Setiap kali suhu berubah 10 darjah.
iii. Sekali bagi setiap 30 hari.
Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.
TIP PANTAS PANDULAJU
Bagaimana mahu mengingat jumlah tekanan angin yang tepat? Anda mungkin tidak mahu sentiasa melihat pelekat pengingat setiap kali mahu mengisi angin.
Begini, anda cuma perlu ingat jumlah hari dalam sebulan, iaitu antara 30-31 hari. Ya, itulah jumlah tekanan angin yang perlu diisi. Ia mungkin tidak setepat yang disarankan pengeluar, tetapi ia masih berada dalam julat toleran atau ‘selamat’ yang boleh anda praktikkan. Jadi, tidaklah perlu risau jika terkurang atau terlebih mengepam angin tayar jika mengikuti tip ingat ini.
Malah, tip ini boleh membantu anda mengingat jumlah sebenar tekanan tayar kereta anda. Anda cuma perlu ingatkan jumlah hari dalam sebulan, dan daripada jumlah itu anda mungkin dapat mengingati semula tekanan tayar sebenar kereta anda. Mudah bukan!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 03:33 PM | Show all posts
good info. tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.062829 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list