Oleh Izzah Abbasy
Pasti ramai wanita tertanya-tanya, adakah batal puasa jika kerap berulang ke tandas kerana mual dan muntah.
Ada yang menyatakan sesiapa yang termuntah maka batal puasa.
Sebenarnya, di sini ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).
Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.
Imam Muda Asyraf pernah menegaskan dalam kenyataannya, wanita yang hamil dan kerap kali muntah ia tidak akan membatalkan puasa tetapi jika ia memudaratkan, maka hendaklah wanita itu berbuka puasa. - CARI Infonet
Kredit : drmaza.com dan Imam Muda Asyraf |