oleh Adib Za
Jika anda mengidamkan nasi beriani untuk dijadikan menu berbuka nanti, apa kata anda cuba nasi beriani di restoran Syed Kadir yang terletak di Seksyen 3 Shah Alam.
Memang berbaloi kerana porsi makanannya sangat banyak, di samping didatangkan dengan beberapa variasi lauk seperti ayam bukhara, kambing, ayam kampung, udang dan sebagainya.
Yang menjadi pilihan ialah beriana bukhara atau dikenali dengan nasi bukhara. Memetik laman The Star, ia merupakan resipi yang berinspirasikan kota Bukhara di Uzbekistan.
Ia juga menggabungkan resipi nasi beriani Malaysia dan juga Mogul yang sangat lazat hasilnya. Harga yang ditawarkan pula memang standart sekitar RM13 hingga RM15.
Apa yang ada dalam sepinggan nasi bukhara? Selain nasi yang menggunakan beras basmathi, ia dihidangkan bersama telur rebus, acar, ayam atau kambing dan juga kuah bukhara.
Sangat sesuai untuk seisi keluarga. Tak menyesal punya! Landmark lokasi ialah di belakang McDonald's Seksyen 3, Shah Alam. - CARI Infonet
Sumber foto: Food Spotting
Sumber foto: The Star
|