CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akudansesuatu

NOVEL : LELAKI Bab 19

  [Copy link]
 Author| Post time 25-11-2019 12:00 PM | Show all posts
"Nombor telefon saya boleh?" Nur Iman muncul dari belakang Izhan dengan wajah mencuka. Sakit hatinya melihat gadis tergedik-gedik seperti itu. Izhan hanya tersenyum meleret bila kedua-dua gadis itu mula beredar.

"Tak baik cakap macam tu Iman, kan pelanggan kita tu."

Nur Iman mencebik. Geram dengan telatah kedua-dua gadis tadi. Tergedik-gedik mengalahkan kanak-kanak. Padahal umur mungkin sekitar 17 atau 18 tahun.

"Abang sukalah tu," Nur Iman melabuhkan punggung di kerusi yang diletakkan di depan stall aluminium itu.

Izhan hanya tersengih. Malas nak melayan sifat keanak-anakkan Nur Iman.

Izhan meneruskan kerja-kerja menggoreng ayam berempah. Sebentar lagi pelanggan akan mula ramai. Kebiasaannya selepas waktu asar, makin ramai yang akan mula berbaris untuk menikmati nasi kukus Warung Kite. Mungkin kerana harganya yang agak murah menjadi tarikan warga Bandar Baru Bangi untuk menjamu selera.

Fikiran Izhan sedikit melayang pada gadis bernama Nur Hana takala melihat sebuah Produa Axia berwarna hijau melintasi kompleks PKNS. Apa khabar dia sekarang? Sudah masuk dua minggu dia tidak menerima apa-apa mesej dari Nur Hana. Sibuk ke dia?

"Ah, sudah..." tanpa sedar dia bercakap sendiri.

Kenapa aku tiba-tiba teringat pada awek ni pulak???



Tamat bab 6.................

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2019 10:23 AM | Show all posts
BAB 7


TTDI Jaya, Shah Alam.

Pendikit minyak dipulas lembut. Sekejap kasar, sekejap lembut. Telinganya mengamati bunyi ekzos injin 2 lejang jenama Yamaha. Sepatutnya bunyinya macam ni, atau macam tu? Dia bergumam. Throttle terus dipulas penuh. Injin 125cc menjerit nyaring dan bunyi ekzos memenuhi kawasan bengkel. Berkepul-kepul asap wangi keluar dari muncung exzos itu. Seketika, baru pendikit minyak itu dilepaskan.

Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Puas hati dengan hasil yang ditunjukkan injin Yamaha 125ZR. Dari bunyi ekzos dan meter RPM, semuanya agak sempurna. Lantas dia memandang ke arah tuan empunya motor,

"Ok bro, dah siap," kunci injin dimatikan.

"Okey ke ni Izhan? Boleh pergi 200 tak?"

Izhan tersengih, "sayang la sikit nyawa kau tu. Mana boleh motor kapcai bawak sampai 200 km/j. Superbike boleh la. Daripada kau fikir nak laju, baik kau risau motor jem bila tengah speeding,"

"Kau jangan buat aku takut Izhan,"

Senyuman di bibir Izhan melebar. Bab motor rosak, mat motor mana pun cukup takut. Biar jatuh atas jalan dari motor jem melekat!

Izhan melihat jam di tangan. Sudah hampir masuk waktu Asar. Suasana di bengkel Pak Ngah Motorsport agak meriah. Ramai anak muda yang datang ke sini. Ada yang hantar motor untuk dibaiki, dan ada juga yang datang melepak. Izhan sekadar tersenyum, dia sudah bersiap untuk berkemas pulang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2019 10:24 AM | Show all posts
"Izhan, ni upah kau," Pak Ngah menghulurkan not kertas lima puluh ringgit takala Izhan sudah mula hendak meninggalkan bengkelnya.

"Eh, takpe Ngah. Aku tolong engkau ni, bukan banyak mana pun," pemberian lelaki dengan panggilan Pak Ngah di tolak sopan. Bukan lama mana pun Izhan menolong di bengkel ini. Sebab itu dia tidak mahu mengambilnya.

"Jangan macam tu Izhan, kau datang kelmarin tolong aku sampai pukul 2 pagi, hari ni sambung balik sampai petang. Malu aku macam ni," not kertas lima puluh ringgit itu masih belum lagi bertukar tangan.

"Takpe Ngah, aku tolong sebab bengkel engkau banyak motor tertunggak. Customer kau lari nanti. Upah tu kau simpan la, kerja bengkel macam ni bukan banyak mana pun untung kau."

Izhan tersenyum bermakna. Dia tahu keadaan Pak Ngah yang masih lagi bertatih untuk stabil dalam bisnes baikpulih motorsikal. Pulangannya tak seberapa cuma kerana minat, duit boleh tolak tepi dulu. Janji boleh kerja happy, jadi bos dan kuli sendiri.

Izhan dan Pak Ngah bersalaman lalu dia berlalu menuju ke arah Proton Satria warna hitamnya. Perancangannya untuk pulang ke Perak hari ini diteruskan. Ada perkara penting yang menantinya di kampung halaman.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2019 01:08 PM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 28-11-2019 01:10 PM

Lebuhraya Utara Selatan

KERETA Proton Satria berwarna hitam itu berhenti di hentian sebelah Behrang menuju ke utara. Izhan bersandar pada pintu kenderaannya sambil memandang sepohon pokok yang masih gagah berdiri. Usia pohon itu mungkin sudah separuh abad dan mungkin khidmatnya memayungi kawasan rehat ini akan ditamatkan setahun dua lagi. Perlahan-lahan Izhan mengingati peristiwa 20 tahun dahulu, bagaimana sebuah kereta merempuh batang tegap pokok dihadapannya ini. Meragut 3 nyawa sekaligus dan menjadikannya yatim piatu dalam sekelip mata.

Salah! Bukan pokok ini yang meragut nyawa ayah, ibu dan adik perempuannya. Tapi sudah tertulis di luh mahfuz yang mereka akan dijemput Ilahi di sini. Terbabasnya kenderaan yang dipandu Ibrahim iaitu ayah Izhan, hanyalah sebagai asbab untuk kematian mereka. Izhan sudah lama belajar untuk menerima hakikat ini. Dia sudah lama redha kehilangan seluruh ahli keluarganya sejak berusia 15 tahun, dan dia sudah lama pasrah dengan ketentuan yang Allah berikan kepadanya. Pasti ada hikmah dalam episod sedih kehidupannya.

Izhan menarik nafas dalam lalu menghembuskannya perlahan. Rasa sebak sudah mula memenuhi ruang dada. Hanya sekeping gambar sahaja sebagai pengubat rindu yang sering menjadi tatapannya setiap hari. Gambar yang kian lusuh itu memaparkan mereka berempat sekeluarga berlatar belakangkan studio cina. Senyuman yang menghias bibir ibu dan adik perempuannya menggambarkan keceriaan keluarga bahagia. Dan wajah manis ayahnya yang tersenyum dengam misai tebal, cukup berjaya mengubat kerinduan Izhan apabila menatap gambar itu.

"Bismillah...."

Bacaan Al-Fatihah dialunkan sesedap hawa telinganya. Disedekahkan ibu surah itu untuk seisi keluarganya. Lambat atau cepat, pasti dia akan mengikut jejak langkah mereka. Izhan meraup wajah, berdoa agar ahli keluarganya bersama para syuhadah. Doanya kepada mereka tidak pernah putus.


Tamat bab 7...................



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2019 11:02 AM | Show all posts
BAB 8



Nur Hana membelek telefon pintarnya untuk yang ke dua puluh tiga kali.

"Telefon aku rosak ke?" dia bercakap sendiri sambil berbaring di katil empuknya.

"Line telefon okey, data ada banyak lagi, dah tu kenapa Encik Izhan rambut panjang ni tak reply reply WhatApp aku???"

Nur Hana sedikit geram. Pesanan WhatApp sejak tiga hari lepas sudah dihantar dan dibaca penerima. Tapi tak berbalas. Dua hari lepas dia menghantar lagi pesanan untuk Izhan tapi hanya blue tick selepas lapan jam. Juga tidak berbalas.

Kelmarin, langsung dia tak mahu ambil tahu tentang lelaki itu tetapi hari ini dia sendiri yang mula rasa gusar. Sejak pagi hingga masuk tengahari, pesanan WhatAppnya langsung tidak dibaca. Padahal dia hanya mahu mengucapkan terima kasih dan hanya mahu membalas jasa Izhan kerana membantunya menyiapkan tesis.

"Payah sangat ke dia nak reply permintaan aku ni?" sekali lagi Nur Hana bercakap sendiri. Kakinya menguis-nguis Jambol yang tidur di hujung katil. Kucing jantan itu tidur mati, mungkin seronok diperlakukan begitu.

"Lantaklah... orang tak sudi kot," Nur Hana mencampakkan telefon pintarnya ke tilam. Mula terasa sedikit malas hendak menunggu khabar dari Izhan. Jambol di kakinya digomol hingga kucing jantan itu mengiau. Nur Hana segera turun dari katil menuju ke bawah. Bau gulai dari dapur mengukir senyuman di bibirnya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2019 09:51 AM | Show all posts
Masjid Daerah, Manjung Perak.

Telefon pintar Izhan bergegar kasar dari dalam poket seluarnya. Segera dia capai dan melihat nama pemanggil dalam keadaan berbaring terlentang. Rasa sejuk dari penghawa dingin masjid menyebabkan dia sedikit tidak selesa.

Izhan mengecilkan matanya cuba mengatasi silau lampu. Nombor siapa pulak ni? Terus dia menyentuh 'ganggang hijau' untuk menjawab panggilan. Suara wanita dari hujung talian jelas kedengaran.

"Siapa ni?" tanya Izhan separa sedar.

"Hana lah, awak tak save ke nombor Hana?"

Izhan memandang sekali lagi paparan telefon pintar itu.

"Diana mana pulak..." Izhan seperti mahu lelap kembali.

"NUR HANA lah! Awak baru bangun tidur ke ni? Mamai semacam aje. Tak baik tau tidur petang-petang," Nur Hana di hujung talian bersuara agak keras. Geram dia mendengar Izhan menjawab acuh tak acuh.

"Tidur?" Izhan mengganyah matanya. Buat kali ke tiga dia melihat paparan skrin untuk melihat jam.

"Allahuakbar... dah enam setengah," Izhan segera bangkit. Dia betul-betul terkejut. Ingatkan mahu berbaring sekejap sahaja selepas solat asar tadi, ini dah lebih sejam dia terlelap.

"Awak okey ke?" suara Nur Hana kedengaran risau.

Izhan membetulkan suaranya.

"Okey sayang..." Izhan tersasul. "Allahu...maaf Hana, saya okey...okey," Izhan bersandar pada dinding masjid. Cuba untuk waras secepat mungkin.

Nur Hana tergelak sedikit. "Awak kat mana ni... lama menghilang,"

"Saya ada kat... masjid. Lepas solat tadi terlelap,"

"Masjid?"


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-12-2019 09:52 AM | Show all posts
"A'ah. Masjid Manjung," Izhan membetulkan duduknya. Urat badannya terasa lenguh.

"Manjung?"

Izhan tersenyum kecil. "Saya balik kampung cik Hana, ada urusan sikit. Manjung di Perak,"

"Owh... kalau iye pun, balas la WhatApp saya. Kecik hati saya tau," Nur Hana buat-buat merajuk.

"Maaf sangat,line tak beberapa elok kat rumah. Pencawang kena panah petir. Itu yang tak online,"

Izhan berdehem. Tekaknya terasa perit kesan dari kesejukan penghawa dingin.

"Tahniah la, tesis dah lulus. Boleh grad nanti kan?" Izhan cuba mencari topik perbualan. Terasa agak janggal kerana dia sangat jarang berbual dengan perempuan di telefon.

"InsyaAllah...terima kasih pada awak jugak sebab tolong saya. Jadi macam mana? Boleh dinner dengan saya?" Nur Hana di hujung talian tersenyum simpul.

Izhan juga tersenyum tapi agak meleret. Macam mana aku nak mengelak ni?

"Takpe kot Hana, saya tolong awak ikhlas. Tak payahlah nak berbalas-balas. Sikit sangat yang saya tolong, lebihnya awak yang buat sendiri kan?"

"Tak sudilah tu..." nada Nur Hana menjauh.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2019 09:56 AM | Show all posts
Izhan tergelak kecil.

"Bukan macam tu..." Izhan kehilangan kata-kata. Takut Nur Hana terasa hati.

"Lagipun saya nak tebus balik sebab mungkir janji lepas kita balik dari bengkel Pak Ngah. Ada emergency hari tu, bolehlah ye?"

Izhan menarik nafas singkat. Terasa agak payah hendak mengelak dari gadis ini.

"Encik Izhan... senyap aje?"

"Ye, saya dengar. Tengah fikir kejap, macam mana nak mengelak,"

Nur Hana tergelak. Jelas suara manjanya melewati kelinga Izhan.

"Okey macam ni,"

"Hana bagi awak pilih tempat dan masa. Just message saya bila awak free. Kalau tak dinner, lunch pun boleh. Kalau tak lunch, minum petang pun boleh. Okey?"

Kelu lidah Izhan. Bersungguh-sungguh nampaknya Nur Hana mahu mengotakan janji.

"Okey... insyaAllah," akhirnya Izhan mengalah. Dia dapat rasakan yang tidak ada gunanya mengelak dari gadis bernama Nur Hana ini.
       
"Lagi satu..."

"Ye?" Izhan menungggu Nur Hana menghabiskan ayatnya.

"Save nombor Hana ye? Nur Hana Raihan, bukan Diana tau." ada nada mengusik dari Nur Hana.

Izhan tergelak tapi dia cuba mengawal suaranya. Takut mengganggu jemaah lain di dalam dewan masjid.

"Iye, terima kasih sebab ingatkan. Terima kasih jugak sebab kejutkan saya. Kalau tak, pak bilal yang sergah kejap lagi,"

Izhan tersenyum simpul. Ada rasa senang bila berbual dengan Nur Hana. Secebis perasaan halus cuba mengetuk hatinya yang keras, tapi sepantas kilat ego membuangnya jauh-jauh.
       
Sejurus tamat panggilan mereka, Izhan termenung sendiri. Jangan memberi harapan dan jangan membina harapan. Kata-kata itu bagai menjadi prinsip dirinya, yang hatinya masih kebas dengan perasaan bunga-bunga.



Habis bab 8................................


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2019 05:46 PM | Show all posts
Pada yang membaca,
memandangkan sekarang zaman smart fon,
jadi bolehlah baca di 2 tempat yang agak mesra telefon ni...

https://novemthewriter.wordpress.com/novel-lelaki/

https://www.wattpad.com/story/201750056-lelaki

tapi aku update kat sini dulu la kalau ada...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 10:22 AM | Show all posts
Wah dah ada wattpad.
Dulu aku ada juga tulis kat wattpad, lepas tu deactivate dah sebab tak reti sangat nak godek godek kat situ

Anyway, bahasa sedap dibaca.

Hana ni jenis pendesak ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2019 11:08 AM | Show all posts
Ipo replied at 5-12-2019 10:22 AM
Wah dah ada wattpad.
Dulu aku ada juga tulis kat wattpad, lepas tu deactivate dah sebab tak reti s ...

hahhaha nak kata pendesak tu pun boleh gak..aku try nak buat karekter anak bongsu..tak pasti jadi ke tidak..
meybe dia ni lebih pada berani..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2019 11:15 AM | Show all posts
@Ipo ... hang aktif menulis kat mana plak sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 06:30 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 5-12-2019 11:15 AM
@Ipo ... hang aktif menulis kat mana plak sekarang?

Tak ada menulis kat mana mana pun.

Buka pc, type kat ms words. pastu save


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2019 11:52 AM | Show all posts
BAB 9



Taman Bangi Baru.

Muhammad Izhan berbaring malas di sofa sambil matanya menembusi television 60 inci. Fikirannya sedikit serabut. Sekembalinya dari Perak, sudah lebih 20 panggilan tidak dijawab muncul di telefonnya. Bukan dia tidak mahu menjawab panggilan itu, tapi baginya semuanya sudah selesai. Tiada apa lagi yang hendak dibincangkan.

Isu tanah pusaka masih lagi membelenggu dia dan Pak Jais. Orang tua itu betul-betul tidak mahu mengalah. Mati-mati menegakkan yang tanah tepi Sungai Perak itu kepunyaannya. Mula-mula dicanangkan yang dia membeli dari arwah ayah Izhan. Tapi bila minta bukti atau saksi, langsung tiada.

Selepas itu dicanangnya sekampung yang arwah memberikan tanah itu kepadanya secara suka rela. Lagilah Izhan tidak percaya. Tiada bukti, saksi atau apa sahaja benda bertulis yang boleh dijadikan rujukan.

"Allahhu..." Izhan mengeluh halus. Fikirannya terasa sarat. Semuanya berpunca bila ketua kampung masuk campur dalam hal ini.

Bukan Izhan tidak mahu bertolak ansur, tapi tanah yang jadi rebutan itu sedang disewa Suraya. Seorang anak gadis berjiwa besar yang menyambung legasi keluarganya menternak kambing. Kalau diserahkan tanah itu kepada Pak Jais, mahunya Suraya kena halau. Padahal tanah itu sudah lama disewakan sejak dari ayah Suraya lagi.

"Aku akan bawa perkara ini ke tengah! Pejabat tanah pun akan aku libatkan sekali. Engkau tu orang luar, bukan asal kampung ini!"

Terngiang-ngiang suara Pak Jais melewati memori otaknya. Nampak macam berdendam tapi apa salah keluarga aku pada dia?

Persoalan itu Izhan sendiri tidak tahu jawapannya.

Tekanan menyebabkan dia lupa pada janjinya terhadap Nur Hana. Dia masih tidak menghubungi Nur Hana sejak kali terakhir dia berbual dengan gadis itu melalui telefon di Manjung. Otaknya masih ligat mencari idea untuk menolak ajakan gadis itu.

"Argh!!! Tidur lagi baik!" punat off television ditekan. Izhan memejamkan mata. Lampu dibiarkannya terpasang. Malas nak bangun tutup suis.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2019 04:44 PM | Show all posts
Warung Kite, Bandar Baru Bangi.

"Izhan?"

PANDANGANNYA tidak silap. Itu Izhan. Nur Hana berkata dari dalam hatinya. Dari dalam kereta kurang 10 meter, dia dapat melihat lelaki yang bernama Izhan itu sedang mengeluarkan sebekas nasi dan diletakkan di atas sehelai kertas minyak. Kemudian diambil kuah dari periuk bersebelahan dan diletakkan bersama bungkusan nasi tadi. Ayam goreng rempah yang sudah dipotong-potong juga diletakkan bersama. Langsung tidak nampak kekok jejaka itu melakukan kerja-kerja menyediakan makanan.

"Aku biasa datang kedai ni, tapi tak pernah nampak pulak dia," Nur Hana menongkat dagu berlapikkan stering kereta. Dia mencongak-congak sesuatu. Sungguh dia tak menyangka yang dia akan tersempak dengan Izhan di sini.

Kedai nasi kukus yang bernama Warung Kite itu di perhatikan lama. Jejaka itu sudah tiada di meja aluminium yang berada di hadapan kedai. Nur Hana teragak-agak untuk keluar dari keretanya untuk ke sana. Nampak aku ni terhegeh-hegeh sangat ke?

Nur Hana melepaskan keluhan lembut. Ada rasa pelik dengan perasaan magnet yang sedang menariknya ke arah lelaki itu. Nur Hana bersandar pada kusyen lembut sambil mendepankan kedua-dua tangannya. Kesejukan penghawa dingin dari kereta model Produa itu mula menusuk tulang belikatnya.

Dari dalam kereta dia dapat melihat kelibat Izhan muncul kembali. Lelaki itu tersenyum manis melayan pelanggan yang singgah. Rambut yang terikat kemas dan wajah bersih Izhan diperhatikan lama. Ada sentuhan halus yang mengusik hati Nur Hana. Dia tersenyum simpul.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2019 03:32 PM | Show all posts
"Hai awak!"

Nur Hana tersenyum girang. Dia menunggu reaksi lelaki itu. Tetapi sapaannya tadi seperti tidak didengari Izhan. Lelaki itu masih leka dengan dapur kuali. Langsung tak tengok sekeliling.

"Awak!" kali ini suaranya lebih kuat, tapi Izhan masih tidak menyedari kehadiran Nur Hana.

"Nak nasi kak? Makan sini atau bungkus?" Nurul Iman menegur Nur Hana buat kali ke dua apabila melihat gadis itu masih berdiri terpaku memandang Izhan.

"Err.. makan sinilah dik, boleh?" Nur Hana malu sendiri apabila Izhan masih tidak menyedari kehadirannya. Tekun sangat tengok ayam goreng tu! Nur Hana membebel sendiri.

"Akak duduk dalam dulu, kejap lagi saya hantar ye?"

Nur Hana hanya mengangguk sambil melangkah ke dalam kedai. Adik Izhan ke tu? Dia baru perasan tentang Nurul Iman. Hatinya terdetik yang Nurul Iman cantik orangnya.

"Air?"

"Err... carrot susu?" sekali lagi Nurul Iman menyapa Nur Hana. Gadis bertudung hijau itu segera meninggalkan Nur Hana dan meletakkan kertas pesanan di meja membuat air.

Nur Hana meneliti dekorasi Warung Kite. Kena dengan citarasanya. Sistem pengudaraannya membuatkan sesiapa sahaja berasa selesa berada di dalam restoran ini. Banyak lukisan di dinding yang dilukis sendiri, bukan menggunakan kertas dinding. Campuran kayu dan sedikit barang antik menaikkan seri Warung Kite. Tempat masak berada dihadapan kedai dan tempat membuat air di bahagian tepi. Jadi, pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana penyediaan makanan dan minuman disediakan. Dia sedikit kagum. Siapa yang design kedai ni? Nur Hana berteka teki.

Tiba-tiba Nur Hana terpandang pada susuk tubuh Izhan menuju ke tempat membuat air. Menonong sahaja gaya Izhan. Lurus dan langsung tak nampak orang. Nur Hana tersenyum melihat telatah Izhan. Orang kata lurus macam pembaris.

Nur Hana menanti penuh sabar, sambil menunggu Izhan menghantar minuman kepadanya. Dia ingin lihat bagaimana reaksi Izhan apabila melihatnya di sini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2019 03:36 PM | Show all posts
"Hai!" Nur Hana menyapa sebaik sahaja Izhan betul-betul dihadapannya.

"Allah!" Izhan terkejut apabila wajah Nur Hana betul-betul dihadapannya ketika dia meletakkan minuman itu di atas meja. Pegangan gelas ditangannya terlepas. Habis tumpah di meja. Nur Hana sempat mengelak.

Nur Hana tergelak kecil. Sudah dapat mengagak reaksi Izhan. Dia teringat bagaimana reaksi Izhan ketika pertama kali berjumpa di kafeteria UiTM.

"Awak buat apa kat sini?" Izhan nampak kaget. Cepat-cepat dia mengambil kain mengelap air yang tertumpah. Malu menyelubungi dirinya. Nurul Iman di hadapan kedai menjeling tajam.

Nur Hana menahan diri dari ketawa. Lucu baginya melihat Izhan kelam kabut.

"Saya buat apa? Em... saya datang nak makanlah," nada Nur Hana seakan mengusik.

Izhan kembali ke meja Nur Hana bersama-sama segelas air kosong lalu diletakkan di hadapan Nur Hana. Dia duduk sekali berhadapan Nur Hana. Bermacam-macam persoalan ada dalam benaknya apabila Nur Hana muncul di sini. Debaran hatinya masih belum surut.

"Macam mana awak ada kat sini?" tanya Izhan cuba kembali tenang. Gadis di hadapannya tersenyum manis.

"Dengan kereta, tu Axia kat kedai depan tu,"

Izhan memanjangkan leher melihat kenderaan Nur Hana. Sungguh dia tak perasan. Entah mana datang angin, alih-alih muncul Nur Hana di kedainya.

"Datang nak tuntut janji ke?" Izhan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba teringatkan janjinya kepada Nur Hana tempoh hari.

"Orang tak sudi..." Nur Hana buat nada merajuk. Sengaja mahu bagi Izhan sedikit gelisah.

"Sorry Hana, sibuk sikit. Kerja, balik kampung, kerja lagi..." Izhan tidak berdalih. Berterus terang sahaja.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2019 03:37 PM | Show all posts
"Takpe, kat sini pun okey. Awak tak cakap kerja kat sini, Hana pun duduk area ni jugak," Nur Hana menyeka rambutnya yang jatuh di dahi.

Izhan tersengih.

"Patut kena buat sesi suai kenal dulu masa kat UiTM tu," Izhan berseloroh.

"Orang nak buat dia tak mau," gadis itu membalas.

"Kejap ye," Izhan segera bangkit. Dia mengambil pesanan set nasi kukus ayam berempah di hadapan kedai dan kembali ke meja Nur Hana. Dengan cermat Izhan meletakkan hidangan itu di hadapan Nur Hana.

"Jap saya buat air," sekali lagi Izhan berlalu. Air carrot susu dibancuh dengan kadar segera. Tidak mahu Nur Hana tertunggu-tunggu.

"Takpe ke duduk sini? Awak tengah kerja kan," Nur Hana sedikit risau apabila Izhan kembali duduk dihadapannya. Dia takut mengganggu pekerjaan lelaki itu.

"Takpe... Iman ada jaga kat depan, orang pun tak ramai lagi," Nur Hana hanya mengangguk. Baru dia tahu gadis tadi namanya Iman.

"lagipun... rasa bersalah pulak sebab tak tepati janji dengan awak. Kira kita kosong kosong la ye?"

Nur Hana tersenyum sambil meneguk sedikit air karot susu. Dia nampak sedikit kelembutan pada nada suara Izhan. Dia mencuri pandang sesekali wajah bersih Izhan.

"Sedap air ni. Tak manis sangat dan tak tawar sangat. Ada cara lain ke nak bancuh air?" tanpa sengaja Nur Hana mengubah topik.

"Bahannya yang lain. Datanglah sini kalau nak minum, saya belanja,"

"Takut awak je tak sudi nak jumpa kita," Nur Hana tersenyum nakal. Sengaja mahu mengusik Izhan.

"Adeh... ada lagi. Ingatkan dah boleh move on," Izhan merungut ala kadar. Sedikit terhibur dengan sikap Nur Hana. Ada rasa senang apabila berbicara dengan gadis ini. Hilang terus rasa kekok yang selama ini menari-nari dalam benaknya.

Nur Hana, gadis yang membuat dia tersenyum sampai cecah telinga!



Tamat Bab 9..................

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2019 09:37 AM | Show all posts
BAB 10

Cuaca sejuk menyelubungi persekitaran Surau Ikhsan, Taman Bangi Baru. Hujan lebat bermula sejak tengahari tadi menurunkan suhu seluruh daerah Bandar Baru Bangi. Kabus-kabus mula muncul walaupun jam baru sahaja menunjukkan tepat sembilan suku malam.

Nur Hana berpeluk tubuh dengan telekung yang masih menyeliputi tubuhnya, sambil berdiri di bawah pokok payung bersebelahan Surau Ikhsan. Sedang dia menunggu ibunya di luar surau, kelihatan ayahnya sedang rancak berbual dengan seorang lelaki berkurta putih. Dia tidak dapat melihat tuan empunya badan kerana lelaki itu membelakanginya. Namun ramput panjang paras bahu yang dilepas bebas itu yang mencuri tumpuannya.

"Macam pernah nampak..." Nur Hana cuba mengagak.

"Siapa tu ma?" soal Nur Hana ketika Hajjah Aisyah menghampirinya.

Mamanya mengangkat kening, bertanya kembali apa yang dimaksudkan Nur Hana.

"Tu... yang tengah berbual dengan ayah tu," Nur Hana menunjuk dengan bibir, tidak mahu kelihatan terlalu ingin tahu.

"An. Jiran kita," Sepatah Hajjah Aisyah menjawab. Jari tuanya singgah di bibir Nur Hana. Ada tunjuk-tunjuk macam tu?

Am? Singkatnya nama? Hatinya berdetik.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2019 09:41 AM | Show all posts
"Tak pernah nampak pun ma?" Nur Hana dan Hajjah Aisyah berjalan menuju ke arah lelaki itu. Baru beberapa langkah, jejaka rambut panjang itu sudah berlalu meninggalkan ayahnya. Lelaki itu berjalan sendirian bertemankan lampu jalan.

"Mana nak perasan, Hana tu bukannya selalu ada kat rumah. Nak turun ke surau lagilah jarang. Kalau tak kat kampus, kat kedai kak long. Malam aje yang lekat di rumah," Hajjah Aisyah sedikit membebel pada anak gadisnya. Cukup liat nak lekat di rumah. Surau apatah lagi. kalau tak di ajak, memang tak jejaklah kakinya di surau yang hanya terletak beberapa meter dari rumah.

Nur Hana mencebik nakal. Memang ada betul kata-kata mamanya, dia memang kurang sikit nak bermasyarakat.

"Siapa tu ayah?" sekali lagi Nur Hana bertanya. Dia sedikit kecewa apabila tidak dapat melihat wajah lelaki itu.

"Anak kariah kita, merangkap jiran belakang rumah. Ayah minta dia masak untuk kenduri doa selamat esok."

"Bukan belakang rumah kita tu takde orang ke ayah?" mata Nur Hana masih tidak lepas dari mengekori susuk tubuh lelaki itu sehingga kelibatnya hilang dari pandangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.071554 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list