Oleh Izzah Abbasy
Kini songkok sering digunakan oleh masyarakat beragama Islam di Malaysia biasanya berwarna hitam polos atau biru kehitaman.
Siapa sangka di sebalik kudrat seorang lelaki berusia 68 tahun tersimpan 'tangan ajaib' yang handal menjahit songkok secara tradisional yang terkenal di Pulau Pinang.
Kedai yang terletak di Lebuh King, dikenali sebagai Kedai Songkok OSM Mohd Shariff dibuka sejak 70 tahun lalu selepas bapanya membuka kedai berkenaan, sekitar 1940-an.
Hari ini, pembuatan songkok adalah perusahaan yang hampir mati dan tinggal hanya sebilangan kecil pembuat songkok yang meneruskan perusahaan tradisi ini.
Haja Mohideen Mohd Shariff belajar membuat songkok daripada bapanya ketika berusia 12 tahun.
Beliau sering menerima tempahan untuk pelbagai jenis songkok sebulan sebelum Ramadan dan setiap tahun perlu menghasilkan 700 songkok untuk memenuhi permintaan.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pelanggannya lebih menggemari songkok baldu hitam atau biru dengan ketinggian sederhana, 8.9 sm manakala yang mempunyai kelim berwarna perak atau emas khusus untuk kerabat diraja.
Harga sebuah songkok bergantung kepada saiz, jenis kain dan corak dan kebanyakan songkok OSM Shariff dijual antara RM23 ke RM35 setiap satu.
Jika anda ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk menempah songkok tradisional ini. Pasti boleh dipakai lama. - CARI Infonet
Kredit : FreeMalaysianToday
Kredit Foto : Google
|