View: 2069|Reply: 1
|
Cuba Sesuatu Yang Lain Pula, Aiskrim Lemon
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Sumber foto: Carian google
Buah lemon sememangnya dianggap begitu universal dan juga mendapat tempat di hati ramai pengguna.
Tidak mengira bangsa dan juga budaya, buah lemon tidak dianggap asing malah kelebihannya kepada kesihatan sentiasa diyakini.
Mungkin ramai yang jarang menjadikan lemon dalam bentuk aiskrim. Jom apa kata kita mencubanya, pasti tak menyesal punya.
Bahan-bahan
1 tin susu cair
6 biji kuning telur
2 sudu besar gula
Cara-caranya
1. Pukul kuning telur hingga kembang.
2. Masak susu cair dan gula atas api hingga larut kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi.
3. Masak hingga agak pekat. Angkat dan sejukkan.
2 biji lemon
2 sudu besar gula
Cara-caranya
1. Parut kulit lemon dan perah jus lemon.
2. Masukkan gula dalam perahan jus lemon dan kemudian panaskan atas api hingga larut. Campurkan parutan kulit limau dan sejukkan.
3. Campurkan dalam adunan susu tadi. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalan peti sejuk semalaman.
5. Bila adunan telah beku keluarkan semula. Pecah-pecahkan semula ais krim tadi kemudian kisar lagi hingga lembut.
6. Simpan semula ais krim tu dalam peti sejuk hingga beku. Kemudian bolehlah dihidangkan. - CARI Infonet
Sumber resipi: Blogwana |
|
|
|
|
|
|
|
tengok resepi dia aku dah rasa bkn aiskrim lemon..tp aiskrim telor... huhuhuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|