CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3551|Reply: 17

Si Ayah Cemas Akibat Kepala Anak Sekat Dalam Paip Plastik Bentuk 'L'

[Copy link]
Post time 13-6-2016 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO











sumber foto:





Sebelum ini, insiden tidak diingini yang sering berlaku ke atas budak kecil, ada kemungkinan separuhnya berpunca daripada kenakalan anak, manakala ada pula disebabkan kecuaian ibu bapa.


Terbaru, berlaku lagi insiden di mana seorang budak lelaki yang hanya berumur lima tahun entah macam mana kepalanya tersekat pada paip plastik yang berbentuk 'L'.


Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghailist.com, si ayah yang pada asalnya sibuk dengan kerja di kedai terus kelihatan panik setelah mendapati anaknya berada dalam keadaan sesak nafas dan tidak mampu bersuara.




Justeru segera cuba sedaya upaya melepaskan kepala anaknya daripada paip plastik tersebut, namun mengalami kegagalan dan terpaksa menghubungi pihak polis untuk membantu.


Malangnya, pihak polis turut gagal berbuat apa-apa, maka kes tersebut terpaksa diserahkan kepada pihak bomba untuk tindakan lanjut.


Mujurnya kanak-kanak itu berjaya diselamatkan daripada kesesakan nafas atas bantuan pihak bomba.


Difahamkan, selama 20 minit digunakan oleh ahli bomba untuk mengeluarkan kepala budak terbabit daripda paip plastik dengan menggunakan alat khas.


Apa sekali pun, sebelum sesuatu kejadian yang membawa maut berlaku, ibu bapa khususnya perlu mengambil tanggungjawab yang lebih serious ke atas tahap keselamatan anak itu sendiri.


Sibuk bekerja tidak harus dijadikan alasan, kena ingat sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. - CARI Infonet



sumber info: Shanghailist.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2016 10:37 PM | Show all posts
Macam2 aritu tersangkut kat dalam mesin basuh ni kat dalam paip lak
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 13-6-2016 02:37 PM
Macam2 aritu tersangkut kat dalam mesin basuh ni kat dalam paip lak

disebabkan budak tu selamat maka halal utk aku ketawa kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:37 AM | Show all posts
macam - macam
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:24 AM | Show all posts
budak2 skrang pun beraninya lain mcm. diri sendiri jd eksperimen.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:44 AM | Show all posts
all in CHINA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2016 08:53 AM | Show all posts
budak2..unexpected betul tindakan mereka...

macam2 hal...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa nak tergelak bila dia dukung anak dia siap dgn paip tu..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 08:35 AM | Show all posts
ank2 korang ni mcm2 hal la...tersumbat..tersangkot...terhumban...byk lg la yg terrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 09:45 AM | Show all posts
kalao terlepass dari bala....ianya akan jadi cerita melucukan la bile budak tu besar nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:31 AM | Show all posts
budak budak kadang tak sangka diorang bleh brani buat macam tu hehe

dah selamat baru leh ketawa kalau dak nangis sey....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 01:06 PM | Show all posts
kelakar pulak la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 01:32 PM | Show all posts
budak2 ni kdg2 wat mak pak tpksa kawan diorg 24 jam. x reti duk diam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 12:46 PM | Show all posts
adoilaa.....bdk2 skrg ni mcm t'lebih akal la
ada je eksperimen yg nak dibuatnya
yg parents lak bz dgn hal masing2
smpai anak buat apa pun tak ditgk nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 12:57 PM | Show all posts
anak-anak gitulah perangainya. tak boleh lepas seminit, ada je benda dia buat. otak ligat ja pikir apa next task nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau dh kenape dekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2016 06:20 PM | Show all posts
bdk ni perasan dia kapal selam kut
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhh cmna bole msk tuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049118 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list