Masih ingat lagi tak, dulu-dulu kalau nak berbuka puasa kita akan dengar azan dari masjid atau di radio tetapi zaman sekarang dah berubah.
Kalau masa berbuka puasa dulu-dulu pasti ada seorang akan baca doa berbuka puasa kuat-kuat dan yang lain akan ikut, tetapi kini juga berbeza. Segalanya sudah kelihatan berubah seiring kemajuan dan kemodenan, tetapi alhamdulillah cara berbuka puasa di kampung-kampung masih lagi sama seperti dulu.
Nak tahu apa beza berbuka puasa dulu-dulu dan sekarang? Jom lihat video ini.
Macam lawak kan? Tetapi itulah kebiasaannya bila berbuka puasa di restoran atau buffet hotel. Bagi menentukan waktu berbuka puasa, kita biasanya akan tengok orang di meja sebelah samada sudah makan atau belum. Kau tengok aku, aku tengok kau.. Betul kan? - CARI Infonet.
Post time 13-6-2016 08:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
CARI-HBZ replied at 13-6-2016 01:36 PM
Oleh : Dean BZ
Kat kampung akak Pekan Pahang..dr dulu sampai skrg time masuk waktu buka & abis waktu sahur..meriam akan ditembak..sejak duduk kat Selangor..akak xdpt dengar lagi bunyi meriam itu..
Post time 13-6-2016 10:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu2 kul 6 ada citer arab. Citer pasal firaun ker..atau kisah nabi2. Bila habis aje citer arab tu maknanya nak dkt berbukalah tu...lagu arab tu lah paling best skali didenga sbb tandanya nak berbuka dah...boleh start hidang makanan n minuman