CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2133|Reply: 7

Ada Yang Tak Pernah Tinggal Puasa Tapi Tak Solat, Sah Kah Puasa?

[Copy link]
Post time 7-6-2016 12:18 PM | Show all posts |Read mode



Artikel Oleh Dean BZ | Video Oleh Siti & FirdausZ | Suntingan Visual FirdausZ





Semua orang berpuasa dan tahu bahawa hukum berpuasa itu adalah wajib. Namun masih ada yang leka dan tidak menjaga solat lima waktu walaupun berpuasa selama sebulan.


Malas bersolat adalah satu sikap yang tidak wajar kerana solat itu adalah tiang agama. Umat Islam yang meninggalkan solat dengan sengaja ibarat mensia-siakan ibadah puasa.  Umum mengetahui bahawa paling ringan adalah meninggalkan solat sedangkan meninggalkannya adalah dosa yang sangat besar.


Jadikanlah Ramadhan ini akademi untuk kita melengkapkan kewajipan yang selama ini kita abaikan. Renung-renungkan dan selamat muhasabah diri. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2016 02:09 PM | Show all posts
sori tertekesan dgn artikel ni...
approach utk nak berdakwah tu..kena ubah...boring la..dgn cara old school mcm ni....
x terkesan pd hati..stuju sgt dgn kata2 kak dina...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 02:32 PM | Show all posts
budak ofis ai pun ada.
takpenah nmpk dia solat. tapi puasa dia tak penah tinggal. abis je ramadhan terus ganti puasa, buat puasa 6.. tapi i tak penah nmpk dia solat..
dan dia ni pun jenis makan tak kisah kedai cina or mana2. dulu kami gi vietnam sesama dia tak kisah makan kat kedai yg jual fried snake, asalkan dia makan ikan. bagi dia mcm tu boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 02:54 PM | Show all posts
sorang yang aku kenal pulak, solat tak tinggal..
lama pulak tu tiap kali solat..
tapi bab puasa memang lemah..
lagi-lagi kalau puasa ganti..
makan tahun nak ganti puasa yang 7 8 hari..
so manjang la tiap tahun tak sempat ganti..
alasan tak sahur, tak tahan bau makanan bla bla bla..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 04:54 PM | Show all posts
tak ada dalam syarat sah puasa, kena sempurnakan solat... jadi, puasa tak solat, puasa sah, tang bab diberi ganjaran pahala atau tidak, itu hak Allah menentukannya. yg pasti, pada zahirnya dia berpuasa, jadi lepas dosa tak berpuasa pada dia. yg tertanggung atasnya doa tak solat.  sama jugalah, solat, puasa buat... tapi tak menutup aurat... bab solat dan puasa, lepas dosa dia, sebab dia buat... dosa pada dia, sebab tak menutup aurat!. sama ada diterima atau tidak solat atau puasanya, itu hak Allah menentu. Pada zahirnya, dia solat, dia puasa!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 02:02 AM | Show all posts
Tak solat straight neraka saqar le. Kira orang yang berpuasa tapi tak solat ni lepas kat level neraka saqar je lah. Kalo puasa pun tak, lagi dalam ah. Pusing2 neraka gak, solat la weh. Bukan lama pun idup, nak sombong tanak solat kenape. Gila.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2016 02:45 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 9-6-2016 02:02 AM
Tak solat straight neraka saqar le. Kira orang yang berpuasa tapi tak solat ni lepas kat level nerak ...

Aku nak like komen kau ni 1000x la..
Aku pun tak faham la apa pemikiran orang orang kita ni..
Solat tu yang paling first di hitung time akhirat.. So? apa lagi argument kita?
Nak nak kau tengok la time buffet buka puasa kat hotel ke kat restoran2 semua..
1000 pi bukak puasa.. masuk surau/mesjid dalam 10 orang
Pikir baik yang jamak qasar takqim or takhir dalam 100 orang la..
Yang piyet pi teman family or kawan2 adalah dalam 100 orang gak..
yang lagi 790 tu jamak qasar tak yah ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 11:43 AM | Show all posts
Puasa tu memang la sah. Cuma dia puasa tapi tak dapat la apa2. Tu aje. Macam org keja hari2...tapi cukup bulan tak dapat gaji....so..gitu la perumpamaannya. Solat aje laa..tu pun susah beno ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047271 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list