CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1194|Reply: 0

Bot Karam di Vietnam, 4 Rakyat Malaysia Selamat

[Copy link]
Post time 6-6-2016 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO












Insiden bot karam di Sungai Han, Da Nang, Vietnam Sabtu lalu yang membabitkan empat rakyat Malaysia dilaporkan dalam keadaan selamat.


Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Luar Negeri mengesahkan bot berkenaan telah karam di Sungai Han kira-kira 850km dari bandar Ho Chi Minh, kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan.


"Setakat ini identiti empat mangsa rakyat (Malaysia) telah dikenal pasti dan dilaporkan selamat," menurut laporan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh.


Menurut Wisma Putra, tiga daripada mangsa yang terlibat iaitu Leow Kim Hin, Pong Kee Juat dan Ding Swee Yoke telah kembali ke Malaysia.


Manakala seorang lagi mangsa iaitu Ong Tah Fatt masih dirawat di hospital dan Konsulat Jeneral Malaysia masih memantau situasi ini dari semasa ke semasa.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.034288 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list