CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10341|Reply: 47

Ibu Hazama Puji Bakal Menantu Berbudi Bahasa

[Copy link]
Post time 2-6-2016 10:50 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Ibu kepada Hazama Azmi iaitu Hasmah Zahari, merestui hubungan cinta antara anaknya dengan pemuzik Genervie Kam selepas penyanyi itu mendedahkan bakal bernikah selepas Hari Raya Aidilfitri depan.
Hasmah, 59, berkata, pihaknya merestui hubungan pasangan berkenaan dan menerima baik kehadiran  Genervie untuk menjadi sebahagain daripada ahli keluarga mereka.

"Makcik restu hubungan Hazama dengan Genervie. Alhamdulillah, dia (Genervie) seorang yang berbudi bahasa dan ramah orangnya.

"Makcik tidak halang untuk Hazama dan Gevervie kahwin," katanya kepada mStar Online.
Hasmah Zahari.

Terdahulu Hazama, 32, dilaporkan telah membuka mulut untuk menikahi Genervie Kam, 36, selepas Syawal nanti dalam satu majlis tertutup yang bakal dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Langkah mengadakan majlis secara tertutup itu kerana tidak mahu memberi tekanan kepada Genervie yang dijangka memeluk Islam pada Ramadan nanti.

Bagaimanapun Hazama yang hampir tiga tahun bercinta dengan wanita berkenaan belum menetapkan tarikh untuk mereka diijabkabulkan.

Dalam pada itu ditanya mengenai keistimewaan Genervie pada pandangan mata seorang ibu, Hasmah berkata, dia tertarik dengan sikap wanita berkenaan yang ‘lebih Melayu’ berbanding orang Melayu sendiri.

Kata Hasmah, Genervie pandai memasak dan antara makanan kegemarannya ialah ikan patin dan juga masakan tempoyak.

"Dia macam orang Melayu. Kadang-kadang lebih Melayu berbanding orang Melayu sendiri. Bayangkanlah… tempoyak pun dia suka makan dan juga ikan patin.

"Ada sesetengah orang Melayu pun tak suka tempoyak," katanya memuji bakal menantunya itu.

ADVERTISEMENT





Hazama dan kekasihnya Genervie. Foto ihsan Instagram Hazama.

Jelas Hasmah, dia sudah beberapa kali bertemu dengan Genervie dan tidak kekok untuk mereka berbual bersama-sama.

Ujar Hasmah, sebagai seorang ibu dia mengharapakan hubungan anaknya dan Genervie akan berakhir sebagai suami-isteri dan sentaisa mendoakan kebaikan mereka berdua.

"Makcik serahkan segala-galanya kepada Hazama untuk buat pilihan mengenai calon isteri dia. Sebagai orang tua, makcik doakan yang terbaik buat mereka," katanya.
[size=0.875em]


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka mak dia cam lebih kurang acik pink fans lopak.. Mohon sis @sepitsiput bagi sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah hazama, untung uols cinta direstui
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:02 AM | Show all posts
alhamdullilah nak kawen dah ya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:17 AM | Show all posts
Untung la Hazama
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 2-6-2016 10:58 AM
Muka mak dia cam lebih kurang acik pink fans lopak.. Mohon sis @sepitsiput bagi sepatah dua kata

Ahkak tudung pink kepam tu ke?br ni dtg kt set meletop style still sama cuma kaler tudung je tukar biru hihiii     
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2016 11:20 AM | Show all posts
wowww... cayalah.. apa lagi Hazama.. teruskan niat murni mu ittew utk melangkah ke gerbang prkahwinan!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 12:09 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 2-6-2016 10:58 AM
Muka mak dia cam lebih kurang acik pink fans lopak.. Mohon sis @sepitsiput bagi sepatah dua kata

makcik pink tu makcik yang ada kat sblah lopa masa menang anugerah tu kan. Yg nampak gaya beria2 suruh lopa pegang piala ke apa aku tak brapa prasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 12:22 PM | Show all posts
hazama pun nak memperbaiki keturunan gak uolls...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
harusla mak heshe suka uolss nak baiki keturunan katanye
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 2-6-2016 11:20 AM
Ahkak tudung pink kepam tu ke?br ni dtg kt set meletop style still sama cuma kaler tudung je tukar ...

Aku pon pasan gak hakak tu   kenmain abam camera 2,3x hala ke dia..fans no.1 laa tu rajin beri sokongan ke lopa
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 01:50 PM | Show all posts
baru bakal je makcik oi..aku dlu pun mse jumpe bakal mak mentua suara kepit habis oii..ala2 perempuan melayu terakhir. sopan santun semua lengkap. ade ke org jumpe bakal mak mentua buat perangai gangster?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik mak hazama
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 02:06 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan..
congrats hazama
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la...moga berkekalan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 02:39 PM | Show all posts
sporting mak hazama
moga dipermudahkan utk hazama dan bakal bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 02:48 PM | Show all posts
kasi fair and square la...nak gak tau pandangan parents GF Hazama ni terhadap bakal menantu dia..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 02:58 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 2-6-2016 02:48 PM
kasi fair and square la...nak gak tau pandangan parents GF Hazama ni terhadap bakal menantu dia..heh ...

klu mak hazama blh kate genervie lbh melayu drpd melayu
tibe2 mommy genervie kabo hazama lbh drpd theyols
ghiso lak haku

**actually aku x tau ape bangsa genervie nih..hoho..


Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 03:09 PM | Show all posts
Terer ah hang hazama dpt tackle genervie..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela mmg la kene berbudi bahasa cakap ngan bakal mentua.. Xkan nk kuang ajo plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.534384 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list