CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12167|Reply: 52

Tekak berdarah kerap nyanyi lagu nada tinggi - Khai Bahar

[Copy link]
Post time 2-6-2016 10:03 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Gara-gara kerap menyanyikan lagu bernada tinggi ketika memenuhi undangan persembahan, bakat baharu, Khai Bahar terpaksa menanggung risiko apabila mendapati tekaknya berdarah. Khai, 22, berkata hampir setiap hari beliau diundang mengadakan persembahan dengan kebanyakan penganjur pula mahukannya menyanyikan lagu bernada tinggi popular Sudah Ku Tahu, nyanyian Projector Band.

"Hampir setiap hari saya ditawarkan membuat persembahan. Dalam sehari, saya mempunyai tiga acara di lokasi berbeza.

"Semua penganjur pula mahu saya menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu. Kerana kerap membawakan lagu bernada tinggi, tekak saya berdarah. Sayang sekali, saya terpaksa membatalkan jemputan persembahan pada hari ini juga," katanya kepada BH Online. Khai mula menjadi perhatian umum selepas video nyanyiannya yang digabungkan bersama Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih menerusi aplikasi Smule menjadi viral.

Lagu Sudah Ku Tahu yang dinyanyikan semula olehnya di aplikasi sama turut mendapat pujian ramai. Sementara itu, Khai yang kini bernaung di bawah syarikat NAR Records berkata, walaupun tekaknya cedera teruk, namun beliau tidak menganggap ia satu bebanan. Sebaliknya penyanyi ini menyifatkan perhatian yang diterimanya kini adalah peluang yang jarang diraih. "Bukan senang untuk orang memanggil kita membuat persembahan.

Apabila peluang berada di depan mata, saya ambil sebaik-baiknya. "Hendak disalahkan penganjur kerana sering meminta saya membawakan lagu bernada tinggi pun tidak boleh juga kerana sudah menjadi kerja saya untuk menyanyikan sebarang karya yang diinginkan. "Mungkin saya akan lebih menitik beratkan soal penjagaan tekak dan suara selepas ini agar tidak mudah ditimpa musibah," katanya.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159356




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 10:08 AM | Show all posts
suka suara beliau ni...tp tgk die nyanyi live mmg rasa terseksa sgt. mybe teknik nyanyian x betol kot..teringat tok ti masa zaman kegemilangan beliau dlu, rasanya hampir hari2 gak ada persembahan nyanyi lagu tinggi2. tp xde dgr tok ti ada masalah tekak berdarah. mybe KB ni kena berguru kot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dia kena pergi kelas vocal dan belajar teknik yang betul. If not boleh rosak vocal chord
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:32 AM | Show all posts
Masyukkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:34 AM | Show all posts
betul la kena ade team yang betul untuk manage dia. settingkan kelas vocal, make sure he gets enuff sleep and rest. sian jadi camnih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:36 AM | Show all posts
haaa lps ni leh pasang PA n manager plak.. fuhh masyuk undangan, rezki dia kann..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2016 10:53 AM | Show all posts
siann Khai...cepat sembuh ye...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dkt youtube i selalu keluar suggestion video khai ni. Ada video dia nyanyi lagu madah berhelah dkt UM hauk sehauknyaaaa

And nampak sgt mamat ni keletihan ya amat. Mmg kena perah habis dgn NAR records
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mane statement yg bilal tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bhahaha..tau tape..aku menanti jwpn bilal
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
KHK haters tegar dia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:32 AM | Show all posts
kahkahkahkah
da beriye2 nyanyi paksa suara keluar terlolong2
bontot pon bole berdarah
propa tol pondan legging ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:39 AM | Show all posts
kesian pun ada tgk dia ni... bakat ada tp dia takde pengalaman lg dlm industri.. jgn dipergunakan sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 11:40 AM | Show all posts
Si tom penyanyi club @ juara mentor pun sibuk mcapub komen... Jeles nau diorg dgn rezeki khai bahar. Rilex2 sudah la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 12:40 PM | Show all posts
mamt ni yg ade kat  ops!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
belom setahun jd retis dah bedarah tekak.. tu haaa bayangkan Ziana Zain.. ntah ntah penah benanah anak tekak.. tp sian.. dah kertu kertu ni org still nk dia nyanyi terjerit jerit.. pastu kalo ubah key .. terkemut kemut nk capai high note.. dorang dok komen ckp x sedap.. kelaut la.. Jaclyn Victor ngan Liza Hanim tekak dorang ok kot.. sampai skrg leh nyanyi high note rilex je.. CT Nurhaliza shin rasa suara dia kepit falsetto je.. sbb tu rilex je nyanyi.. org dengar x puas .. suara tak kuor habis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 01:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
iols trgelak baca statement bilal dkt 9gag tu
tp rezeki dia kan brmula dgn busking d kuching...jd smuler famos
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 01:53 PM | Show all posts
takpe la haters will be haters .. but then last week NAR ade belanja sikit la single baru khai.. not bad tho.. catchy..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 02:51 PM | Show all posts
mmg laku la dia ni.. show sana sini kesian pun ada tgk mcm tak cukup rehat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068151 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list