Bagi anda yang gemar datang ke Shah Alam, maklumlah Shah Alam kan lubuk pelbagai restoran hebat, pasti tercari-cari di manakah lokasinya asam pedas terbaik?
Jangan risau, anda boleh ke Seksyen 7 (Lama) iaitu di kedai Aidania yang menyediakan menu lazat asam pedas dan juga kambing panggang! Memang takkan menyesal punya.
Asam pedas didatangkan dengan beberapa jenis seperti ikan keli, ikan kembung, daging tetel dan sebagainya. Harganya jangan risau, murah-murah sahaja!
Menu lain termasuklah mee jawa, satay, masak lemak cili api dan sebagainya. - CARI Infonet
Alamat :
No 44 Jalan Zirkon f 7/f 40000 Shah Alam. Selangor
Post time 30-5-2016 07:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Memang setuju dgn tajuk thread ni
Tengahari semalam baru aje pi sini dgn family utk lunch
Memang sedap makanan di situ selain dari asam pedas yg jadi signature dish
Semalam aku & family ambil lunch set yg berharga RM 6 lebih termasuk air
Ada promosi utk buffet Ramadhan dgn harga RM 15 per pax serta makan sampai kenyang