Bayangkan ketika anda sedang membuang air di dalam tandas, tiba-tiba dalam pertengahan proses 'perjuangan' anda, seekor ular sawa muncul dari saluran dalam mangkuk tandas dan menggigit kemaluan anda, apa perasaan? Cemas, kan?
Itulah situasi mencemaskan yang dialami oleh seorang lelaki dari Bangkok, Thailand yang bernama Attaporn Boonmakchuay, 38 pagi semalam.
Menurut Attaporn ketika ditemuramah stesen televisyen Thai Channel 7, ular sawa tersebut berukuran 3 meter panjang dan berjaya diselamatkan dengan bantuanisteri dan jiran untuk melepaskan kemaluannya daripada gigitan haiwan reptilia itu.
sumber foto: http://www.primeraedicion.com.ar/
Anggota penyelamat terpaksa memecahkan mangkuk tandas jenis tinggung bagi mengeluarkan ular berkenaan yang kemudian dilepaskan ke dalam hutan.
Menurut doktor, kemaluan Attaporn tidak putus dan dia dalam keadaan stabil serta akan pulih daripada kecederaannya.
Mujurlah ular sawa yang tidak berbisa yang menggigitnya, kalau tidak keadaan yang tidak diingini pastinya berlaku.- CARI Infonet
sumber foto: http://cdn.newsapi.com.au/
sumber foto: https://nationalpostcom.files.wordpress.com