Pernah tak sebelum ini mengalami situasi bekas kekasih menghubungi kembali walaupun sudah sekian masa putus cinta dengan dia?
Hal ini biasanya dialami oleh kaum hawa berhati lembut dan tidak sampai hati mengecewa 'EX' itu, tapi tahu tak tindakan macam itu bukan sahaja tidak adil buat kekasih awak yang sedia ada, malah membuatkan 'EX' itu masih beranggapan ada kesempatan lagi.
Sebenarnya, wahai perempuan, perangai 'EX' tu menghubungi kembali hanya kerana beberapa sebab yang membuang masa dan sia-sia saja!
Ketahui sebabnya dan segera beritahu bekas kekasih itu jangan mengganggu saya lagi.
1. Mereka tidak boleh terus ke hadapan
Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan daripada berdua tiba-tiba berseorangan. Jangan beranggapan mereka masih cintakan anda, jika 'Ex' tu menghubungi kembali, sebenarnya mereka tidak dapat 'move on' . Anda mungkin merasakan bahawa terus berhubung dengan mereka adalah cara terbaik, tetapi sebenarnya ia hanya akan memanjangkan proses penyembuhan kamu berdua.
2. Mereka gagal untuk mendapatkan pasangan baru
Salah satu sebab utama bekas kekasih anda masih menghubungi anda, mungkin kerana mereka tidak dapat lagi mencari pengganti anda. Apabila mereka tidak menemui pengganti, mereka akan kembali untuk menagih cinta anda. Pasti selalu terjadi kan!
sumber foto: google image
3. Mereka mahu anda kembali
Jika benar-benar anda tidak ingin kembali berkawan dengan mereka, maka berhentikan segala bentuk jalinan komunikasi samada menerusi panggilan telefon mahupun di laman sosial. Apabila anda masih terus melayan mereka, tindakan tersebut hanya akan memberi mereka harapan dan membuatkan mereka tidak akan putus asa.
4. Mereka hanya bermain-main dengan anda
Jika sebelum ini hubungan anda dengan 'Ex' berakhir dengan buruk, maka jelas sekali, dia kembali menghubungi anda, hanya bertujuan untuk bermain-main dan ingin mempermainkan hati anda, ada sedikit unsur nak balas dendam. Jadi, anda perlu tunjukkan pada si dia yang anda mempu meneruskan kehidupan tanpanya. Pasti 'Ex' anda akan rasa terkilan dan merasakan ianya tidak memberi kesan kepada anda.
5. Mereka ingin buat anda fikir tentang mereka
Satu sebab lagi adalah mereka ingin lihat sama ada anda masih merindui mereka atau tidak dan ingin tahu kisah hidup anda selepas ketiadaan mereka. Bagi bekas kekasih yang masih menyayangi dan merindui anda, mereka rasakan dengan menghubungi anda kembali adalah cara untuk mengetahui perkembangan anda dengan lebih dekat. Ingat, jangan beri harapan langsung buat 'Ex' tu.- CARI Infonet
Post time 31-8-2016 11:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mula2 kontek ok sbb nak tanya khabar
Masing2 dah beranak pinak
Tapi bila start ckp mak ayah pakcik makcik semua rindu la
Then mimpi family kita la
Maleh daku nak layan
Laki sendiri pun tak terlayan ni pulak nak melayan laki org...tak koser
bekas bf i dah jd psiko kut..contact ppuan sana sini tak kire janda ke bini org ke sbb nk celup sana sini. Die da bcerai akhirnya sbb perangai bodoh ni..pastu nk try i plak..ek elehh..ko ingat ko bradd pitt?
Post time 7-9-2016 02:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Err kalau dah berlaki berbini tak payah ler cari nahas nk melayan ex.. Aku pon tak kuase nak melayan. Even kau dah move on pon tak perlu kot nak kontek2 ni. Konon Dm aku kat insta tanya kabor la..like gambar lah.. Kesah pulak aku nak melayan. Nak jadi kawan? Err kuase..macam la dah xde kawan lain. Memang aku saja public kan profile biar die tengok bahagia nye aku berjalan sana sini dengan laki haku. Buat tongong je lama-lama nanti die bosan lah.