CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5767|Reply: 5

[SENIBINA] Kelarai, Ukiran Kayu Penyeri

[Copy link]
Post time 26-5-2016 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Farini at 26-5-2016 09:21 AM

Rumah warisan tradisional Melayu Perak ini antara yang masih utuh di Perak meskipun usia binaan asalnya sudah menjangkau lebih 100 tahun.

Kreativiti dan kepakaran pembinaan semula rumah ini pada tahun 2005 membuka mata banyak pihak termasuk pengusaha filem apabila ia dijadikan lokasi penggambaran beberapa drama tempatan dan luar negara selain turut diabadikan untuk filem dokumentari.

Dekorasi seni bina kediaman di Kampung Kerunai, Grik ini dapat dilihat dari jalan utama Grik-Pengkalan Hulu bagai ‘istana kenangan’ atau ‘istana kuning’ tanpa menggunakan sebatang paku pun. Elemen seni bina rumah warisan yang menggabungkan idea lama dan baru sama ada di luar atau bahagian dalamannya menjadikannya kediaman penuh simbolik dan berprestij.


Binaan tiang konkrit menggantikan tiang asal kayu merbau bagi menjamin keteguhan asasnya, selain bahagian atap rumah ibu lama yang diperbuat daripada kepingan kayu disusun secara berlapis-lapis supaya lebih utuh dan menarik.


Bahagian bumbungnya memiliki reka bentuk rumah Limas dengan penambahan bukaan atap kecil berbentuk V terbalik berfungsi sebagai ruang pengaliran udara ke dalam rumah bagi mengurangkan bahang panas.


Tebar layar atau meleh daripada kelarai bilah buluh manakala bingkainya diperbuat daripada ukiran kayu menampakkan ciri seni pertukangan halus yang menarik dilihat dari luar. Lebih istimewa, anyaman seni dindingnya dengan sulaman bilah buluh disebut kelarai menggambarkan masyarakat Nusantara dahulu hidup saling bekerjasama dan bersatu padu.


Keunikan sulaman dan anyaman dalam bentuk berlian ini menunjukkan kemahiran serta ketekunan si pembuat yang sememangnya pakar seni anyaman kelarai.
Anyaman daripada buluh diraut dan dipotong menjadi kepingan yang dicelup dengan bahan pewarna sebelum dianyam mengikut motif sesuai hingga kelihatan begitu berseni serta megah.


Daun pintu pula menggunakan papan diketam, lengkap dengan kunci dan berpalang termasuk jejari sebagai langkah keselamatan selain tingkapnya mempunyai ruang bagi kemasukan angin dan cahaya.


Gabungan binaan dua tangga juga menarik apabila bahagian kanan kediaman dengan tangga batu lama yang tinggi berbentuk tradisional, sementara tangga kiri binaan baru dengan seni bina kemasan jubin.


Di dalam rumah, ruang tamu panjang dengan dinding daripada papan lapis dihias pelbagai elemen seperti bingkai gambar, lampu hiasan, jam dinding, kerusi antik dan alat pemain peti bunyi.


Di halaman pula diterjemahkan melalui sebuah taman aliran air daripada batu-batan yang kini tidak kelihatan airnya tetapi masih menghidupkan suasana indah keseluruhannya sebagai rumah warisan tradisional yang pernah mendominasi masyarakat Melayu Perak zaman dahulu.


Sumber ; Harian Metro.



BINAAN khas untuk meletak pasu bunga di depan beranda utama rumah.


BINAAN tangga sebelah kiri rumah yang masih bercirikan tradisional Melayu.


ANYAMAN buluh menjadi kepingan dinding dikenali sebagai kelarai menyerlahkan ciri tradisionalnya.


TEBAR layar atau meleh di bumbung daripada kelarai buluh manakala kerangkanya diperbuat daripada ukiran kayu menampakkan ciri seni pertukangan halus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 10:03 AM | Show all posts
cantiknya, nampak kemas je~~
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 10:48 PM | Show all posts
susah nak jumpa rumah macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 09:34 PM | Show all posts
cantik2..............macam kelarai ni, dia ada jual yg dah siap ke (macam kedai jula pintu, tingkap, tikar), atau kena tempah dari tukang2 rumah melayu tradisional?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2016 10:10 PM | Show all posts
kiranya dalam kategori rumah antik ni.. mcm rumah warisan dah ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.068412 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list