View: 1789|Reply: 9
|
15,000 Tan Makanan Dibazirkan Rakyat Malaysia Dalam Satu Hari
[Copy link]
|
|
sumber foto: google image
Sebanyak 15,000 tan metrik makanan dibazirkan rakyat Malaysia dalam satu hari, termasuk 3,000 tan yang masih boleh dinikmati dan tidak sepatutnya dibuang.
Demikian kenyataan yang disuarakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh Gumbek selepas merasmikan Forum 'MySaveFood' siang tadi.
Tambah beliau, pembaziran makanan semakin meningkat pada musim-musim perayaan dan dilihat sebagai satu tabiat yang seharusnya dikekang bagi memastikan amalan membazir tidak berterusan.
"Kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan 28.4 peratus daripada jumlah padi yang dihasilkan juga hilang begitu sahaja."
"Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, 20 hingga 50 peratus dibuang dan tidak sampai ke pengguna,"
Forum MySaveFood anjuran FAO bersama MARDI yang dihadiri 100 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta itu diadakan bagi mewujudkan kesedaran mengenai kitaran hayat makanan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan sisa makanan.- CARI Infonet
Berita selanjutnya: http://www.bharian.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
dah sume buah2an tu dah busuk sebelum sempat dijual.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kang macai2 ingat berita ni satu hint untuk naikkan kadar GST |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua sebab PM dapat dana 2.6 billion sumbangan kerajaan arab saudi la ni
Tak lupa pasal datin rosmah suka beli beg tangan (macam la pompuan lain tak suka)
Pasal tu la rakyat malaysia suka membazir makanan
Kata macai dengan konfiden |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu bulan puasa lg bertan2 mknan dibuang... |
|
|
|
|
|
|
|
Membazir kawan Seth Tan |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu lah berpada-pada time beli..bulan puasa nanti semua nak beli tapi tak habis.. |
|
|
|
|
|
|
|
disheartening! ibu bapa kena set a good example to their kids jangan suka membazir |
|
|
|
|
|
|
| |
|