View: 1757|Reply: 2
|
Wanita Yang Baik Hati Dianggap Lebih Cantik Akhirnya!
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Memang penampilan dan juga kecantikan itu sangat penting bagi seorang wanita. Tiada siapa yang dapat menafikan.
Namun menurut kajian, semua perawatan dan juga krim kecantikan yang anda gunakan tidak lagi bermakna jika hati anda penuh dengan kebencian dan juga rasa iri hati.
Kajian yang diterbitkan menerusi Personality and Individual Differences, mendapati wanita akan kelihatan lebih menyerlah dan cantik ketika memiliki hati yang murni.
Kajian yang meliputi 120 mahasiswa iaitu 60 lelaki dan 60 perempuan. Semua responden diminta memberikan nilai terhadap sejumlah foto wanita.
Selepas seminggu, kesemuanya diminta memberikan semula nilai namun berserta keterangan diri wanita tersebubt.
Hasilnya mendapati foto wanita cantik yang asalnya mendapat nilai tinggi, akhirnya mendapat tempat corot selepas karakter buruk mereka terserlah.
Sebaliknya, foto wanita yang 'biasa-biasa' mendapat nilai lebih tinggi selepas itu kerana didapati memiliki karakter yang lebih baik.
Kesimpulannya, karakter dan hati yang baik penting dalam mempengaruhi kecantikan sebenar seseorang itu. CARI Infonet
Sumber: Kompas
Sumber foto: Carian google |
|
|
|
|
|
|
|
that's nice. tapi tertanya jugak berapa banyak hati yg tulus dan ikhlas tu diuji dalam bab bab sebegini, kalau dibacakan pengalaman dalam hal hal relationship tu , kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|