Penulis nak kongsikan resepi membuat roti telur 'cheese' yang biasa dihidangkan di kafe-kafe mewah.
Asyik makan roti bakar dan roti disapu mentega sahaja kan? Alahai, bosannya.
Kali ini tukarkan sarapan pagi yang sedap dan menarik dalam masa kurang 20 minit dengan gaya 'pro'. Resepi yang diberi nama Roti Telur Cheese, pasti sedap sehingga menjilat jari!
Kalau makan di kafe, harga roti telur cheese ini dalam RM7 hingga RM tau. - CARI Infonet
Bahan-bahan
Pertama sekali ambil 2 keping roti, telur, cheddar cheese, garam, serbuk lada hitam dan mentega.
Cara-cara persediaan ;
Tekan bahagian tengah roti dengan menggunakan sudu
Lakukan dengan hati-hati supaya tidak menembusi roti
Pecahkan telur dan masukkan di tengah-tengah roti
Masukkan sedikit garam dan lada hitam
Sapukan mentega sekelilingnya
Taburkan "cheddar cheese" sekelilingnya
Masukkan dalam oven dengan kepanasan 350 darjah celsius selama 10 minit
Sekarang, dah siap. Senang bukan? Lepas ini sarapan pagi anda bukan biasa-biasa lagi tapi penuh dengan gaya 'pro'. Kalah chef. Selamat mencuba!