CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2788|Reply: 7

Apa Nak Buat Jika Kenderaan Terkandas Dalam Banjir Kilat? Jangan Panik

[Copy link]
Post time 18-5-2016 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Nak marah nak menangis pun tak guna jika kenderaan anda terkandas dalam banjir kilat atau banjir.

Anda perlu ingat, banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita.

Banjir kilat ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah hujan yang berterusan tanpa henti selama beberapa jam.

Nak kongsikan dengan anda beberapa tip yang perlu dilakukan ketika terkandas dalam banjir kilat. - CARI Infonet




1. Alihkan kereta sebelum keadaan menjadi semakin buruk. Letak kereta di kawasan tinggi atau tinggalkan kereta di mana-mana kawasan yang anda rasa selamat.

2. Kalau air tidak melebihi separuh tayar, jalan itu mungkin selamat untuk digunakan cumanya pastikan anda menggunakan gear rendah dan jangan tukar gear, tekan clutch atau tekan brek ketika melalui kawasan air tersebut.Tekan minyak sampailah anda melepasi air dan jaga jarak anda dengan kereta lain.

Tapi sebenarnya merentasi banjir ini ada risikonya, kerana ia boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak. Jadi hati-hati. Kalau air melebihi separuh dari tayar kereta, berhentikan saja kenderaan anda kerana takut enjin mati tersangkut di tengah-tengah jalan. Kalau tidak mahu redah langsung pun bagus juga, terpulang kepada anda.

3. Kepada penunggang motor, balut karburetor dengan plastik dulu sebelum meneruskan perjalanan. Jika paras air bawah betis boleh redah banjir tapi gunakan gear rendah. Tapi kalau air melebihi paras betis, bolehlah tolak motor ke tempat yang lebih selamat dan jangan hidupkan motosikal anda.



Apabila Kereta Sudah Ditenggelami Air

1. Sekiranya kereta anda sudah ditenggelami air, tunggu sehingga banjir kering dahulu barulah buat pemeriksaan ke atas kereta.

2. Cabut bateri kereta dan jangan sesekali cuba menghidupkan kenderaan anda. Call towing, tarik kereta dan hantar ke bengkel. Biar mekanik yang uruskan, sebabnya kalau anda cuba lakukan sendiri risikonya amatlah tinggi.

Wiring kereta juga boleh mengakibatkan litar pintas. Apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer dan sensor yang ada. Jadi, hati-hati! - CARI Infonet










Kredit : firestartingautomobil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 01:38 AM | Show all posts
nice info TT..Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 12:08 PM | Show all posts
Tips berguna untuk semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 12:32 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tq for sharing, tt..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:32 PM | Show all posts
gud info musim2 banjir kilat ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2016 03:12 PM | Show all posts
info bgus..aku dok pk mana nk crik info gini..tp kan..kalau kite berada dlm kereta ..n air naik tibe2...kalu tekan minyak dan TEKAN BREAK air masok dlm enjin x?rosak x kete?n andai air ebih sparuh dari tayar kereta tu..lepas tungu air surut, boleh ke start enjin(ini situasai tak banjir...)
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 05:09 PM | Show all posts
good info tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.186406 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list