CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7391|Reply: 38

'Cikgu Saya Malu Ke Sekolah Kerana Tiada Hadiah Untuk Cikgu'

[Copy link]
Post time 17-5-2016 03:56 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib ZA

Penulis masih ingat bila tiba hari guru semasa bersekolah dulu, waktu itu memang ditunggu-tunggu.


Bukan apa, semasa hari gurulah masanya murid-murid dapat bersuka ria, pendek kata tak perlu belajar semasa hari berkenaan.


Ada sahaja aktiviti yang melibatkan murid dan guru seperti menyampaikan sajak, pertandingan itu dan ini. Memang seronok.


Lagi 'best' adanya undian guru kesayangan, guru popular dan sebagainya. Cikgu pula bukan main sempoi dan 'sporting' dengan pelbagai keletah yang tak pernah dilihat sebelum ini.



Gambar hiasan. Sumber foto: Carian google





Tapi, seingat penulis ketika zaman itu tiada pula trend 'mesti' membawa hadiah kepada para cikgu. Ya, memang kita akan memberikan kad ucapan dan juga hadiah buat cikgu jika berkemampuan.


Namun, melalui status yang dikongsikan oleh seorang bekas guru besar ini, dia bercerita bagaimana seorang pelajar perempuan sanggup ponteng sekolah kerana tidak mempunyai hadiah untuk gurunya.


Tidak tahu di mana silapnya, namun trend memberi hadiah kepada guru nampaknya dijadikan sebagai medan untuk berlumba-lumba dan menunjuk-nunjuk pula di kalangan murid.


Yang sedihnya, bagi mereka yang tak mampu, berasa malu kerana tidak menyediakan hadiah seperti rakan lain. Baca kisah di bawah.











- CARI Infonet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik bg daun pisang je dik... Bleh bungkus nasi lemak, buat kuih ke..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 04:36 PM | Show all posts
ada terbaca di FB, seorang murid tu bagi hadiah buku 555 pada cikgu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 05:18 PM | Show all posts
ADA JUGA KENA KONGSI DUIT BELI KEK UNTUK GURU. YANG BAGI DUIT BOLEH RASALAH KEK TU TAPI YG X BAGI.....TERPAKSA PONTENG JUGA..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 06:03 PM | Show all posts
sejak bila yang budak2 kena bagi hadiah kat cikgu time hari cikgu?
aku sekolah dari tadika sampai form 5 dulu tak pernah bagi hadiah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 06:04 PM | Show all posts
dah jadi tekanan pula kepada
murid2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2016 06:07 PM | Show all posts
Edited by MariaClara at 17-5-2016 06:08 PM

aku mmg x jadikan hadiah ni sebagai wajib bagi kat cikgu...sekadar sambut hari guru beri ucapan dah memadai...kdg anak ppuan mmg simpan duit n beli hadiah utk cikgu ikut kemampuan dia...penah jugalah bagi yg mahal tp xde la sampai beratus2...kdg kad jek..anak lelaki aku lg best..mase darjah satu aku beli set tupperware utk cikgu dia (cikgu ppuan) sebulan dia sorok...rupanye dia malu nk bagi..hehehehhe menjak tu lantak kau la nakkk..aku beli makan2 je bagi kat skola mase hari guru....:p
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 06:44 PM | Show all posts
Hanya pihak sekolah je boleh membantu memberhentikan budaya pemberian hadiah sempena hari guru ni.  Banyak je cara lain boleh ditunjukan sebagai cara ucapan terima kasih buat guru kerana mendidik selain dari budaya pemberian hadiah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak meols dulu buatkan kad ikut kreativiti sendiri dengan pinkan brooch kat hujung kad muka depan. Tp bagi pada cikgu kelas jelah nak bagi semua cikgu x dapatlah. Ada je budak yg bagi jajan, pensil dah guna kat ayah meols masa hari guru. Comel dan terharu dengan keikhlasan hati diorang
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dulu selalu diy kad je
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tnguk kat fb kawan pun..
Mak aii sampai 7 hadiah dia sediakan utk cikgu anak dia..kemain bangga ckp..anak main order je nak berapa..
Hadiah pulak tu jenis jambangan bunga+coklat n tddy bear tu..

Tu kalau anak tu tetap tak jadi anak kesayangan cikgu..mmg tak tau laaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mak aii.. aku ucapan cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 12:52 AM | Show all posts
x penah kasi papew

n x kan kasi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 12:52 AM | Show all posts
salu pontteng jek hari guru nih

sia sial
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 12:54 AM | Show all posts
pnah skali tepergi..............buat panas jek.....kne pegang payung jadah hape,lau aq x pgg mengelupur kew

esok teros demam panas dek bjemur bawah matahari..........bdiri bwah matahari........ceramah bwah matahari

cikgu sedap je atas stage bawah bumbung
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihh sgt rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 09:26 AM | Show all posts
anak tadika pon dah pandai suruh belikan hadiah kat cikgu.. siap hari hari suh belikan hadiah rupenya cikgu cakap 'hari-hari bagi hadiah pon xpa'.. bergurau lak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 09:29 AM | Show all posts
wak luuu!!!!!

apahal pulak nak harapkan anak murid bagi hadiah.

cikgu. anak murid kita tu masih sekolah. mana dtgnya duit dia nak beli hadiah. confirm mak bapak pulak yg nak kena sediakan.

cikgu dedulu buat potluck jer( betul ker ejaan. haha). suruh murid bawak makanan. letak atas meja. semua boleh merasa.

cikgu skrang choi ler....xkan nak susahkan anak murid sendiri kot?

lainlah kalo anak murid rasa cikgu tu special. tu bior dia sendiri usaha mcm mana nak belikan hadiah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 09:32 AM | Show all posts
sek anak aku mmg tak pernah cerita pasal hadia2 ni kat murid sek. cikgu2 plak yg belanja anak murid.
tahun ni dapat makan ice-cream dan bubur. sek estate, dia org tahu mak bapak tak berkemampuan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 10:59 AM | Show all posts
dulu masa kecik, sy org susah. tp bila time hari guru, niat ikhlas nk hadiahkan something utk cikgu. tp sebab xde duit, yg mampu bg masa tu cuma cekodok yg sy dan mak buat. masa hari guru tu, kebetulan ada budak nama sama ngn sy tp dia anak org berada. masa tu cikgu dok mencari sapa yg bg dia hadiah mahal tu, tp silapnya dia tanya sapa 'xxx'. sy jawablah. tp masa tu terpinga2 gak, dlm hati dok pk sedap sgt ke cekodok mak ni sampai buat cikgu teruja gile sampai peluk2 saya ni?

at the same time, ada cikgu lain pun inform cikgu sy tu.. "yg ni la budaknya" sambil tunjuk kat sorang budak lain. dari senyum lebar sambil tgn yg tadinya dok gosok2 kepala sy, tgn dia mula tepuk2 belakang2 sy. sy tau dia geram sbb dia ingat sy menipu. pastu dia tanya sy, "napa ngaku tadi?". sy jawablah, "tp nama sy mmg xxx cikgu".

lps tu cikgu sy terus pegi kt budak kaya tu dan ucap terima kasih byk2. lps tu siap ckp, "nnt dtg bilik cikgu amek hadiah ya".

ooooo... ada hadiah lain utk anak murid kalu bg cikgu hadiah mahal yek...

saya pun balik rumah. mak tanya - "cikgu suka ke cekodok tu?"
"suka mak. cikgu suka sangat" sambil ayaq mata bergenang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.064724 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list