CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2449|Reply: 2

Kes Pistol Ditemui Dalam Kereta Safee Sali, Seorang Lelaki Ditahan!

[Copy link]
Post time 17-5-2016 11:16 AM | Show all posts |Read mode




Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis berhubung kes sepucuk pistol jenis Smith & Wesson serta peluru itu ditemui dalam kenderaan milik penyerang skuad bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali.




Kenderaan itu ditahan pada sekatan jalan berhampiran susur keluar Kempas di Lebuh Raya Utara Selatan pada tengah hari Ahad lalu.




Selepas hadir memberi keterangan di Balai Polis Johor Baru (Utara) Isnin lalu, Safee beritahu pemberita dia menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan perkara itu ketika sedang meraikan kejayaan JDT menjulang Piala FA.




"Sememangnya saya terkejut dan marah kerana lelaki itu menyalahgunakan kepercayaan saya kerana dia bukan sahaja membawa kereta saya tanpa kebenaran, malahan membawa senjata api."




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan.




Tambahnya tuan kamarul lagi, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan supaya diminta menghubungi hotline 07-2212999 atau membuat laporan di balai polis berdekatan.- CARI Infonet








sumber berita : http://www.mstar.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 01:55 PM | Show all posts
kes teraniaya ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:32 PM | Show all posts
Slagi tak terbukti tak tau siape bnar dan siape salah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.176942 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list