|
|
Majlis sukan santai platform perkukuh perpaduan komuniti Kampung Sedaing
Februari 21, 2026, Sabtu - 2:52pm

Billy merakamkan gambar bersama warga Kampung Sedaing.
KUCHING: Penganjuran Majlis Santai Sukan Anggun Budaya Kampung Sedaing dilihat sebagai platform terbaik dalam memperkukuhkan perpaduan komuniti serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang berkata, program seumpama itu amat wajar diteruskan kerana bukan sahaja menggalakkan aktiviti riadah, malah turut memelihara warisan seni dan budaya masyarakat kampung.
Menurut beliau, penglibatan aktif penduduk melalui pelbagai acara yang dianjurkan membuktikan semangat kerjasama dan kebersamaan yang tinggi dalam kalangan komuniti Kampung Sedaing.
“Melalui aktiviti seperti sukan santai, persembahan kebudayaan serta pertandingan Ratu Kebaya dan Jejaka Tampan, kita bukan sahaja mencungkil bakat dan potensi penduduk, malah mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira peringkat umur,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut di Kampung Sedaing di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, program komuniti seperti itu juga penting dalam menggalakkan penyertaan golongan belia dan wanita agar terus aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial di peringkat kampung.
Selain acara sukan dan pertandingan, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan cabutan nama bertuah, cabutan nombor bertuah serta acara karaoke yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk.
Dalam pada itu, beliau berharap agar usaha murni yang digerakkan oleh kepimpinan kampung dan penduduk setempat akan diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdaya saing dan sentiasa menghargai nilai kebudayaan yang diwarisi turun-temurun.
Billy turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan penganjuran Majlis Santai Sukan Anggun Budaya tersebut dengan harapan program seumpamanya akan terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan penduduk setempat.

Billy (duduk, empat kanan) merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Barisan hadapan IPD Lawas diseru sentiasa siap siaga dalam penugasan
Februari 21, 2026, Sabtu - 2:58pm

Liong (duduk, empat kiri) pada Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan PDRM Lawas semalam.
LAWAS: Pasukan barisan hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas perlu sentiasa siap siaga dalam penugasan semasa, khususnya memastikan ketenteraman awam di daerah itu terus dipelihara.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata, setiap pasukan dan anggota juga perlu mengekalkan bersemangat tinggi dan mengekalkan prestasi di tahap terbaik.
“Pada masa sama, sebagai barisan hadapan kita perlu sentiasa berintegriti tinggi serta semua penugasan dan perancangan tugas hendaklah diteruskan seperti biasa,” ujarnya pada Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan PDRM Lawas bersama petugas barisan hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas di Astaka IPD Lawas semalam.
Kata Liong, program itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara barisan hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas dengan pihak pengurusan, pegawai kanan serta anggota polis tanpa mengira pangkat dan menghargai pengorbanan serta komitmen barisan hadapan yang terus bertugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang bulan Ramadan.
“Di samping itu, program ini dapat menyemai nilai keinsafan, kesyukuran dan kebersamaan dalam kalangan warga IPD Lawas melalui penghayatan ibadah puasa dan amalan berbuka secara berjemaah,” katanya.
Menurutnya, program ini juga mampu meningkatkan semangat kerja berpasukan dan motivasi anggota pasukan agar terus berkhidmat dengan dedikasi, integriti dan profesionalisme selain mengukuhkan budaya kebajikan dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kesejahteraan anggota barisan hadapan khususnya yang bertugas mengikut syif.
Katanya, bulan Ramadan merupakan medium terbaik dalam pengukuhan sahsiah dan kerohanian dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaras dengan nilai murni dan etika perkhidmatan.
Program diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Noramin Mohd Amin dan diikuti majlis berbuka puasa melibatkan kepimpinan IPD Lawas dan warga kerja barisan hadapan IPD Lawas.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
100 individu di Asajaya terima sumbangan pada Program Harapan Ramadan YADIM-CIMB Islamic
Februari 21, 2026, Sabtu - 3:06pm

Rubiah (tengah) menyerahkan sumbangan menerusi Program Harapan Ramadan YADIM-CIMB Islamic di Asajaya semalam. - Gambar UKAS
KUCHING: Dalam suasana penuh keinsafan dan kehangatan menjelang waktu berbuka, seramai 100 individu terdiri daripada golongan saudara kita dan asnaf di kawasan Asajaya menerima sumbangan menerusi Program Harapan Ramadan YADIM-CIMB Islamic di Masjid An Najah Asajaya di Asajaya, semalam.
Majlis penyerahan sumbangan bakul makanan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang.
Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Rubiah dalam ucapannya menekankan bahawa inisiatif seumpama itu merupakan manifestasi keprihatinan pihak korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu meringankan beban golongan sasar sebagai persiapan menyambut bulan suci Ramadan.
“Ramadan bulan keberkatan, bulan yang mengajak kita untuk memperbanyakkan bersedekah.
“Bulan solidariti sosial dan memberi keprihatinan kepada mereka yang memerlukan. Saya berharap program seumpama ini boleh dijadikan contoh terbaik dan diteruskan pada masa akan datang,” katanya pada majlis berkenaan.
Program itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan CIMB Islamic Bank Berhad, sekali gus membuktikan sinergi antara sektor awam, swasta dan komuniti dalam memperkukuh jaringan kebajikan di peringkat akar umbi.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah YADIM Negeri Sarawak Awang Dulhadi Awang Mat yang memaklumkan bahawa sumbangan kali ini melibatkan 100 penerima dari lapan kampung di Daerah Asajaya dengan majoritinya terdiri daripada saudara kita.
“Pihak kami berharap sumbangan ini mampu meringankan beban keluarga yang terlibat, khususnya dalam membuat persiapan Ramadan,” ujar beliau.
Selain pengagihan bantuan, pengisian rohani turut diadakan bagi menyuntik kekuatan spiritual para hadirin menerusi Ceramah Ihya Ramadan bertajuk 'Ramadan: Madrasah Rohani Ummah' yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Ustaz Wardi Azman.
Ceramah tersebut menekankan kepentingan Ramadan sebagai medan membina kesabaran, meningkatkan ketakwaan dan memperkukuh ukhuwah dalam masyarakat.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin, Pengerusi Masjid An Najah Asajaya Razali Leman serta tetamu lain.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
100 individu di Asajaya terima sumbangan pada Program Harapan Ramadan YADIM-CIMB Islamic
Februari 21, 2026, Sabtu - 3:06pm

Rubiah (tengah) menyerahkan sumbangan menerusi Program Harapan Ramadan YADIM-CIMB Islamic di Asajaya semalam. - Gambar UKAS
KUCHING: Dalam suasana penuh keinsafan dan kehangatan menjelang waktu berbuka, seramai 100 individu terdiri daripada golongan saudara kita dan asnaf di kawasan Asajaya menerima sumbangan menerusi Program Harapan Ramadan YADIM-CIMB Islamic di Masjid An Najah Asajaya di Asajaya, semalam.
Majlis penyerahan sumbangan bakul makanan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang.
Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Rubiah dalam ucapannya menekankan bahawa inisiatif seumpama itu merupakan manifestasi keprihatinan pihak korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu meringankan beban golongan sasar sebagai persiapan menyambut bulan suci Ramadan.
“Ramadan bulan keberkatan, bulan yang mengajak kita untuk memperbanyakkan bersedekah.
“Bulan solidariti sosial dan memberi keprihatinan kepada mereka yang memerlukan. Saya berharap program seumpama ini boleh dijadikan contoh terbaik dan diteruskan pada masa akan datang,” katanya pada majlis berkenaan.
Program itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan CIMB Islamic Bank Berhad, sekali gus membuktikan sinergi antara sektor awam, swasta dan komuniti dalam memperkukuh jaringan kebajikan di peringkat akar umbi.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah YADIM Negeri Sarawak Awang Dulhadi Awang Mat yang memaklumkan bahawa sumbangan kali ini melibatkan 100 penerima dari lapan kampung di Daerah Asajaya dengan majoritinya terdiri daripada saudara kita.
“Pihak kami berharap sumbangan ini mampu meringankan beban keluarga yang terlibat, khususnya dalam membuat persiapan Ramadan,” ujar beliau.
Selain pengagihan bantuan, pengisian rohani turut diadakan bagi menyuntik kekuatan spiritual para hadirin menerusi Ceramah Ihya Ramadan bertajuk 'Ramadan: Madrasah Rohani Ummah' yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Ustaz Wardi Azman.
Ceramah tersebut menekankan kepentingan Ramadan sebagai medan membina kesabaran, meningkatkan ketakwaan dan memperkukuh ukhuwah dalam masyarakat.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin, Pengerusi Masjid An Najah Asajaya Razali Leman serta tetamu lain.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KPWKM sentiasa siap siaga hadapi kemungkinan banjir: Nancy
Februari 21, 2026, Sabtu - 3:19pm

Nancy ketika ditemui selepas merasmikan Program Kembara Mindness Tour Kaunseling Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS)-Serahan Zakat dan Bakul Makanan kepada Golongan Asnaf bagi Zon Bako di Dewan Serbaguna Kampung Selabat, Demak Laut hari ini. - Gambar Penerangan
BAKO: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa berada dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, persediaan ini termasuk memastikan pangkalan hadapan berada pada tahap optimum.
Menurutnya, pangkalan hadapan diwujudkan di lokasi strategik terutama di kawasan kecil atau kawasan yang terletak jauh dari bandar bagi memastikan bekalan bantuan dapat disalurkan tanpa kelewatan.
“Kita sentiasa memastikan stok barangan di pangkalan hadapan mencukupi bagi memastikan bantuan tidak menghadapi sebarang masalah atau kelewatan.
“Pangkalan hadapan ini adalah mini depo dan kita pastikan ia sentiasa diisi semula, jadi dari segi bantuan tidak ada masalah, insya-Allah," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kembara Mindness Tour Kaunseling Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS)-Serahan Zakat dan Bakul Makanan kepada Golongan Asnaf bagi Zon Bako di Dewan Serbaguna Kampung Selabat, Demak Laut di sini, hari ini.
Menjelas lanjut, Nancy berkata, kementeriannya turut menyediakan kemudahan bantuan secara dalam talian bagi memudahkan mereka yang belum berdaftar untuk mendapatkan sokongan sewajarnya.
“Tetapi sekiranya kawasan banjir itu tidak mempunyai akses Internet, pejabat daerah akan sentiasa membantu mangsa dalam urusan pendaftaran dan penyaluran bantuan.
“(Kesiapsiagaan) ini sudah menjadi kebiasaan dan prosedur operasi standard yang kementerian kita lakukan untuk kawasan banjir,” jelasnya.
Tambahan pula kata Nancy, kementeriannya juga bekerjasama rapat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memastikan penyelarasan operasi berjalan lancar dan tersusun.
Menurutnya, seramai 4,785 kakitangan telah diatur gerak bagi menghadapi situasi banjir, termasuk 155 kaunselor atau pegawai kaunseling yang ditempatkan di setiap pusat pemindahan sementara (PPS).
Ditanya mengenai aspek koordinasi pula, Nancy berkata, setiap jawatankuasa pengurusan bencana di daerah akan diketuai oleh pejabat daerah masing-masing mengikut susunan yang telah ditetapkan.
“Kita bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi termasuk NADMA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak berkuasa tempatan serta sukarelawan yang sedia membantu.
“Untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja, kita ada seramai 5,744 sukarelawan serta 976 anggota pasukan sokongan psikososial yang sentiasa bersedia di PPS untuk membantu mangsa, termasuk mengendalikan aktiviti dan sokongan emosi,” katanya.
Sehubungan itu, Nancy mengingatkan orang ramai terutama kawasan yang berisiko banjir supaya berhati-hati susulan hujan berterusan, khususnya di Kuching yang dilaporkan berlaku hampir setiap hari.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masyarakat perlu lebih peka keadaan keluarga, jiran dalam isu kesihatan mental: Nancy
Februari 21, 2026, Sabtu - 3:36pm

Nancy menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis perasmian Program Mindness Tour: Kaunseling Kasih PSSS YKN dengan semangat ‘Kamek Nengar, Kamek Nulong’ serta majlis serahan bakul makanan di Dewan Serbaguna Kampung Selabat, hari ini. - Gambar Penerangan
BAKO: Masyarakat digesa supaya lebih peka dan ambil peduli terhadap keadaan keluarga serta jiran sekampung sebagai usaha membantu menangani tekanan dan cabaran kehidupan yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal dan setiap individu pasti pernah berdepan tekanan serta cabaran kehidupan.
“Kita sering kali mendengar keadaan sekarang, ada kes keluarga membunuh ahli keluarga dan ada juga kes individu membunuh orang lain, yang kebanyakannya kita kenal pasti berpunca daripada masalah kesihatan mental.
“Justeru, kita perlu sama-sama menjaga keluarga kita, termasuk jiran, dengan mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kerana apa yang berlaku kepada jiran kita, mungkin boleh berlaku kepada kita juga,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Program Kembara Mindness Tour Kaunseling Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS)-Serahan Zakat dan Bakul Makanan kepada Golongan Asnaf bagi Zon Bako di Dewan Serbaguna Kampung Selabat, Demak Laut di sini, hari ini.
Atas sebab itu, Nancy berkata, kementeriannya memperkasakan aktiviti program PSSS kerana melalui pusat itu, masyarakat boleh mendapatkan khidmat kaunseling, nasihat dan sokongan secara profesional.
“Mendapatkan bantuan bukan tanda kelemahan, tetapi satu langkah berani untuk menjaga kesejahteraan diri dan keluarga.
“Jadi, saya harap masyarakat kampung di sini, akan terus memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan dan tidak teragak-agak untuk mendapatkan sokongan apabila diperlukan,” katanya.
Mengenai bantuan zakat dan bakul makanan, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, seramai 600 penerima zakat di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Datu, Pantai Damai dan Demak Laut telah dikenal pasti untuk menerima bantuan pada tahun ini.
Selain itu katanya, sebanyak 1,033 bakul makanan telah disumbangkan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan PETRONAS.
“Di Kampung Selabat dan kawasan sekitarnya sahaja, seramai 77 penerima asnaf turut menerima bakul makanan daripada YKN sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan,” katanya.
Menurutnya, bantuan seperti ini bukan sekadar membantu memenuhi keperluan harian, tetapi juga memberi harapan dan kekuatan kepada masyarakat.
“Ia mencerminkan usaha berterusan kerajaan dan rakan strategik untuk memastikan tiada siapa yang terpinggir, dan setiap komuniti terus dibantu dan diperkasakan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta ketua-ketua masyarakat agar sentiasa memberi kerjasama kepada kementeriannya dalam membantu menyalurkan maklumat mengenai golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.
“Saya juga menyarankan penduduk kampung bekerjasama dengan ketua masyarakat untuk memberi maklum balas mengenai keperluan dan perkhidmatan yang diperlukan, terutama sekali melibatkan infrastruktur yang mungkin kurang serta rumah-rumah yang perlu diperbaiki,” ujar Nancy lagi.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Enam wanita warga asing ditahan, disyaki terlibat aktiviti pelacuran
Februari 21, 2026, Sabtu - 3:50pm
KUCHING: Enam wanita warga asing ditahan dalam satu serbuan ke atas aktiviti pelacuran di sebuah rumah di Jalan Stutong di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, serbuan dijalankan hasil daripada risikan dan maklumat yang diterima pada 20 Februari.
Menurutnya, kesemua ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah menahan enam warganegara asing berumur antara 30 dan 40 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran,” katanya menerusi satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Polis memandang serius kegiatan ini kerana ia bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh memberi kesan negatif kepada komuniti setempat.
“Kita akan terus mempergiatkan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kegiatan seumpama ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pelacuran kepada pihak polis dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 bagi membantu membanteras kegiatan tidak bermoral di daerah ini.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina KTS Group meriah
Februari 21, 2026, Sabtu - 4:38pm

Henry Lau menyempurnakan upacara 'cai qing' yang melambangkan keberkatan, kemakmuran dan kejayaan untuk Tahun Baharu pada majlis tersebut. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Suasana penuh keceriaan dan semangat kekeluargaan terserlah apabila KTS Group menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di KTS Garden hari ini, menghimpunkan kakitangan bersama ahli keluarga bagi meraikan ketibaan Tahun Kuda.
Majlis yang berlangsung sepanjang hari itu dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk persembahan tarian singa, muzik secara langsung, pameran produk serta aktiviti interaktif untuk semua peringkat umur.
Pengarah Urusan Dato Dr Henry Lau Lee Kong bersama isteri Datin Wendy Lau turut hadir memeriahkan majlis dan beramah mesra dengan para pekerja sambil menyampaikan ucapan Tahun Baharu dalam suasana penuh mesra.
Acara tersebut menghimpunkan pekerja daripada pelbagai jabatan bersama ahli keluarga terdekat, sekali gus memperkukuh silaturahim dan semangat berpasukan di luar persekitaran kerja.
Bagi memastikan kelancaran penganjuran berikutan kehadiran yang ramai, penyertaan diatur mengikut slot masa yang ditetapkan.
Sesi pagi dikhaskan untuk kakitangan bukan Islam, manakala program sebelah malam untuk kakitangan beragama Islam berbuka puasa, mencerminkan pendekatan inklusif syarikat dalam meraikan kepelbagaian warga kerjanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Para hadirin menikmati hidangan sambil dihiburkan dengan persembahan kugiran secara langsung. - Gambar Chimon Upon
Dewan dan kawasan kanopi dihias indah dengan tanglung serta dekorasi perayaan, mewujudkan suasana meriah dan harmoni.
Pelbagai reruai interaktif, stesen permainan, kaunter Bulan Sabit Merah serta pameran produk KTS menjadi tumpuan kakitangan dan anak-anak mereka.
Aktiviti kreatif seperti sesi mewarna dan seni pasir anjuran Ammar Creative Arts berjaya menarik minat kanak-kanak, manakala reruai lukisan wajah bertemakan Tahun Baharu Cina serta persembahan badut yang menghasilkan belon pelbagai bentuk menambah lagi keceriaan.
Jamuan bufet pula diatur dalam slot berperingkat selama 45 minit bermula jam 9.45 pagi, dengan selang masa pembersihan antara kumpulan bagi memastikan pergerakan teratur dan selesa sepanjang program.
Pada jam 12.30 tengah hari, paluan gendang menandakan bermulanya persembahan tarian singa yang disambut sorakan gemuruh hadirin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kakitangan KTS Group bersama ahli keluarga menyertai pelbagai aktiviti permainan yang dianjurkan bagi memeriahkan sambutan. - Gambar Chimon Upon
Aksi 'cai qing' yang dipersembahkan melambangkan keberkatan, kemakmuran dan kejayaan untuk Tahun Baharu.
Persembahan kugiran secara langsung selama 90 minit bermula jam 10.30 pagi, diikuti sesi kedua pada jam 1 petang, terus menghangatkan suasana apabila para hadirin menikmati hidangan sambil dihiburkan dengan lagu-lagu popular.
Program sebelah malam bermula jam 6.30 petang dengan sesi pendaftaran dan jamuan tambahan, diikuti persembahan tarian singa kedua pada jam 7.15 malam sebelum majlis melabuhkan tirai sekitar jam 10.30 malam.
Gabungan persembahan kebudayaan, aktiviti kreatif, pameran produk dan jamuan bersama menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina anjuran KTS Group tahun ini bukan sahaja meriah, malah bermakna dalam mempererat hubungan antara kakitangan dan keluarga mereka.

Antara aktiviti yang berjaya menarik penyertaan kakitangan dan keluarga mereka.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lima lelaki disyaki salah guna, miliki dadah ditahan di Bintulu
Februari 21, 2026, Sabtu - 5:08pm
BINTULU: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu bertindak menahan lima lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penagihan dan memiliki dadah dalam serbuan di bahagian ini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali dalam kenyataannya hari ini berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 37 tahun itu mendapati empat daripada mereka positif mengambil dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Tiga suspek katanya disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala dua lagi suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952
"Jika sabit kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952, suspek boleh dikenakan denda tidak lebih RM5, 000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun, manakala jika sabit kesalahan di bawah Seksyen15(1)ADB 1952 boleh dikenakan denda tidak lebih RM5 000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dikenakan tempoh pengawasan selama dua tahun," tegasnya.
Tangkapan ini menurut Nixon, merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di daerah Bintulu.
Beliau menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini kepada Bilik
Gerakan PDRM IPD Bintulu di talian 086-318304 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Majma Raya Fest tampil buat kali kesembilan dengan 138 reruai
Februari 21, 2026, Sabtu - 5:09pm

Dayang Norjihan melihat pakaian yang diperagakan di reruai di Majma Mall ketika mengadakan tinjauan Majma Raya Fest 2026, petang tadi. Turut kelihatan ialah Datu Abang Mohamad Shibli (kiri) dan Misnu.
KUCHING: Kompleks Islam Sarawak (KIS) tampil buat kali kesembilan menganjurkan Majma Raya Fest (MRF) 2026 di Majma Mall dari 19 Februari hingga 20 Mac ini.
Majlis perasmian festival bertema 'Siney Lagik Mun Sik Majma' itu disempurnakan oleh Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohamad Shibli Abang Mohd Nailie berkata, untuk Ramadan ini pihaknya membuka sejumlah 138 reruai dan lot untuk para usahawan menjual daripada aneka makanan, minuman dan biskut dan pelbagai keperluan Aidilfitri lain.
"Tahun ini majlis pembukaan sangat istimewa kerana ia dirasmikan oleh anakanda Premier Sarawak, Dayang Norjihan yang menyambung tradisi allahyarhamah ibunya sebelum ini.
"Kami menyediakan tiga lokasi berlainan iaitu 'Food Bazaar di Marque Tent, 'Raya Bazaar' di antara Arcum Tent & Majma Mall serta Fesyen Bazaar di pusat beli-belah utama Majma Mall," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengiringi Dayang Norjihan mengadakan tinjauan di beberapa reruai di Majma Mall, Satok petang tadi.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha serta pengurusan KIS yang lain.
Dianjurkan oleh Pengurusan Kompleks Islam Sarawak, MRF telah menjadi satu tradisi penganjuran program sempena sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
"MRF 2026 berkonsepkan 'One Stop Centre Raya Sales' yang mana pelanggan boleh berbuka puasa, bersembahyang, berterawih dan seterusnya membeli-belah barangan raya di 138 gerai di sini.
"Di samping itu, kita menyediakan pelbagai pertandingan seperti 'Shop & Win,' Pertandingan Lagu Raya, Pertandingan Program Masakan, Agihan Bubur Lambuk dan hiburan busker," ujar beliau.
Tegas beliau, MRF diadakan bagi membantu usahawan Bumiputera selain dapat menarik pelanggan dan keluarga Muslim dari seluruh Sarawak yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk berkunjung ke Majma Mall.
“Walaupun ketika ini persaingan daripada penganjur lain agak hebat, MRF kita masih menjadi pilihan dan menambat hati para pembeli.
“Kita berharap orang ramai akan terus menyokong MRF kerana setiap kutipan juga akan disalurkan untuk kebajikan serta beberapa usaha lain,” katanya dan menambah acara ini berlangsung dari hari pertama Ramadan hingga malam raya dengan pengunjung masih boleh mendapatkan tawaran harga saat akhir menjelang Aidilfitri.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sbh - Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 3,768 orang
swk - Majma Raya Fest tampil buat kali kesembilan dengan 138 reruai
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ASAS komited perkukuh program pembangunan sukan renang di Sibu
Februari 21, 2026, Sabtu - 1:44pm

Kolam renang Bukit Lima yang telah dinaik taraf sekali gus akan membantu pembangunan sukan renang di Sibu.
SIBU: Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASAS) komited untuk terus bekerjasama dengan semua persatuan renang di bahagian ini bagi memperkukuhkan program pembangunan untuk semua perenang.
Presiden ASAS Pemanca Tan Kun Gee berkata, beliau berharap dapat terus membina lebih banyak peluang untuk latihan, pendedahan, pertandingan dan program pembangunan atlet renang di Sarawak.
“Pada masa yang sama, kita juga berharap dapat melihat lebih ramai bakat muda dari Sibu meningkat naik, bukan sahaja untuk mewakili Sarawak, tetapi juga Malaysia pada masa hadapan,” ujarnya kepada pemberita, baru-baru ini.
Menurut Tan, Sibu sering menjadi penyumbang penting kepada sukan renang di Sarawak, sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.
“Selama bertahun-tahun, kita telah menyaksikan perenang dari Sibu meninggalkan jejak mereka di peringkat negeri dan kebangsaan.
“Ini mencerminkan asas yang kukuh dan pembangunan berstruktur dalam persatuan,” katanya sambil menmberitahu renang bukanlah sukan yang mudah.
Di sebalik pencapaian setiap perenang katanya, sentiasa ada sistem sokongan yang kuat sama ada daripada persatuan dan sebagainya.
Beliau berkata, kumpulan ini termasuk jurulatih, ibu bapa, penjaga, penaja, penyokong, rakan kongsi dan perenang itu sendiri.
“Sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh semua pihak telah berjaya membantu memastikan perenang kita mempunyai peluang untuk bersaing, menjadi lebih baik dan berkembang.” jelasnya.
Tan juga mengucapkan tahniah kepada kepimpinan dan jawatankuasa Persatuan Renang Amatur Bahagian Sibu (SASA) atas dedikasi, komitmen dan usaha berterusan dalam membangunkan perenang muda dan memperkukuhkan komuniti renang.
Sementara Presiden SASA Joseph Ung berkata, kejayaan persatuan selama ini mencerminkan dedikasi, kerja berpasukan dan minat selama beberapa dekad terhadap sukan renang.
Katanya, pencapaian, pengorbanan dan semangat semua perenan baharu dan lama telah membina asas dan legasi yang terus memberi inspirasi kepada perenang muda hari ini.
Dalam pada itu, Ung memberitahu kemudahan kolam renang Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di Bukit Lima kini telah siap.
“Kolam renang ini amat penting untuk semua komuniti dan untuk pembangunan atlet masa depan.
“Saya amat berharap para perenang, jurulatih dan pasukan akan menggunakan sepenuhnya kemudahan ini untuk meningkatkan standard dan prestasi ke peringkat seterusnya," ujarnya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
My dear fwenssss
@nafizzz @TTun_Teja
Lamaaaanya tak berbicara… |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pestime aku tak debor n huru hara merobosh… |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Page 98!!!
SMod @vellfire
Iolls dah masukkkk ni… |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|