Originally posted by iDputera at 18-1-2009 11:53 PM ketaman bunga ditasik chini harum baunya bunga melati ceria juga kanda kesini bila dinda2 semua baik hati....... 'hi dindaa......
Use magic Report
Originally posted by iDputera at 18-1-2009 11:55 PM tersesat lama dihutan belantara duduk berihat dipohon sena tidor tak lena hanya sementara weekend ni dinda pasti lena........
Originally posted by isyarina at 18-1-2009 11:59 PM sulaman indah kain baldu kain berenda hadiah panglima dinda sudah hendak beradu baru kanda datang menjelma.... *ngelat taw..nape lambat...?
Originally posted by isyarina at 18-1-2009 11:32 AM mata layu hendak beradu sempat minum secawan jamu bila rindu bertemu rindu bila orangnya hendak bertemu......
Originally posted by putrihanglipo at 18-1-2009 11:42 AM makan nasi bergulai kari berulam pula dgn peria si dia yang hilang senang jer nak cari PM lah saja kembalilah dia............. ' tunggu kt kampung ler........
Originally posted by iDputera at 19-1-2009 12:08 AM dinda minum air madu makan majun jamu pak tani silalah dinda hendak beradu maaf dipinta lewat kesini..... mana ngelat, bz laaa........
Originally posted by iDputera at 19-1-2009 12:24 AM bila sayang tidak lagi jemu rindu berdua bila dah setia bukan tidak ingin kita ketemu orang disana sudahkah bersedia.......
Originally posted by iDputera at 19-1-2009 12:27 AM luka ditangan terkena duri hilang dahaga minum segelas kalau hang kata senang nak cari mengapa PM dihantar sering dia xbalas....... 'kat kampung lmbt lagi........
Originally posted by isyarina at 18-1-2009 11:51 PM enak sungguh makan laksa usah dibubuh sayur peria idea datang tidak dipaksa tiba masa datang lah ia.... *sya nak masuk tidur... dah jam 12 ni.... jumpa lagi len ...
Originally posted by putrihanglipo at 19-1-2009 08:55 PM sang puteri menunggu dtgnya inang jalan melenggang asyik bersolek bila hati dh mula tenang idea pun datang bergolek2...................
Originally posted by isyarina at 19-1-2009 09:47 PM orang jauh teringin balik dari Keraton ke Langkasuka bila idea datang bergolek teman berpantun menumpang suka.........
Originally posted by putrihanglipo at 19-1-2009 09:56 PM jauh merantau ke melaka ingin mencari buah kelapa susah jgk bila dh leka keje yg byk jadik terlupa..........
Originally posted by isyarina at 19-1-2009 10:03 PM bau dupa ada merata datang sengaja dari telaga kalau terlupa susah cerita alamat kerja tak jadi juga....
Originally posted by putrihanglipo at 19-1-2009 10:09 PM sungguh jernih air telaga buat membasuh buah kelapa kalo terlupa takper la juga masalahnya saja2 jer wt lupa.............
Originally posted by isyarina at 19-1-2009 10:42 PM jual dupa jual seroja jual ubat dan jual kebab buat lupa dengan sengaja keluarlah surat tunjuk sebab.....
Originally posted by putrihanglipo at 19-1-2009 11:13 PM anak pepatung menari2 indah dilihat di tepi titi daku mohon mengundur diri siapkan keje yg lama menanti............. ' tak nak ler kuar surat tunjuk sebab......... :lo ...
Originally posted by isyarina at 19-1-2009 04:08 PM sampaikan hasrat anak penghulu intan permata minta diberikan terkurung niat kerana malu nantilah kanda..dinda khabarkan............
Originally posted by putrihanglipo at 19-1-2009 08:42 PM pergi mencari si daun palas sakit di kaki tersepak batu kalo PM mu dia tak balas mgkn dia dah majuk ler tu............. ' lmbt pun tak per.... '
Originally posted by iDputera at 20-1-2009 01:18 AM terlihat dinda sedang lalu tak sedar diriku duduk dimeja ku tunggu nanti disinggah selalu kena harinya order lah saja.......
Originally posted by isyarina at 19-1-2009 11:20 PM lihat laksamana bermain mata lihat di tepi nampak bergaya semoga laksana seperti dicita senanglah hati bila berjaya......... *o.k putri....selamat malam..sya pun nak 'out' ni ...
Points Rules Reply post Add to Feed To last page
Cari Dot My FB
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2025 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.069321 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.