|
~CASA deAMOUROUS DIDDY 6~ jom jenguk: http://diddyaftersix.blogspot.com/
[Copy link]
|
|
okeh.. papai seketika
nak sambung buat keje |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok teroka dunia lakonanOleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
Rap | | SEGALANYA berlaku begitu pantas buat bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Keempat (AF4) Syamsul Hirdi Muhid, 22 atau Diddy. |
Ternyata penyanyi yang popular dengan lagu Hilang ini tidak terus hilang sebagaimana rakan seperjuangan lain yang terus menyepi selepas album pertama malah ada yang tidak berpeluang mempunyai album sendiri.
Malah kerjaya nyanyian Diddy berkembang baik sebaik muncul dengan album terbaru, Diddy, sehingga membolehkannya dicalonkan dalam beberapa majlis penganugerahan.
Terbaru, penyanyi yang sedang hangat dengan single Lena dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07) bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular bersama Bard R1, Dafi, Fiq dan Kaer.
Tahun lalu peminat turut mencalonkan anak jati Ampang, Kuala Lumpur ini dalam Anugerah Era untuk kategori Artis Baru Pilihan dan Anugerah Planet Muzik bagi Artis Berkumpulan/Duo Popular.
Walaupun belum berpeluang memegang trofi anugerah yang dicalonkan itu, Diddy menegaskan pencalonan diterima satu kemenangan besar buat dirinya.
"Apa yang saya katakan ini kedengaran amat 'klise' tetapi inilah perasaan saya sekarang. Lihat saja senarai nama artis yang dicalonkan bersama. Mereka tidak kurang popularnya.
"Sebagai artis yang baru dua tahun menyertai industri muzik tempatan, sudah tentu saya berasakan setiap pencalonan diterima sebagai satu pencapaian besar. Syukur kerana Tuhan menjayakan kerja keras saya.
"Bukan semua orang beruntung seperti saya. Ada antara rakan seperjuangan bertahun-tahun mencuba tetapi rezeki masih tidak menyebelahi mereka.
"Apatah lagi apabila ia membabitkan pilihan peminat. Ini bermakna kerjaya yang sedang saya dan pihak pengurusan F-Tersix Sdn Bhd, cuba bentuk mendapat sokongan daripada mereka.
"Selain itu ia turut menjadi petanda bahawa kerjaya saya kini berada di landasan yang betul," katanya.
Walaupun keputusan ABPBH07 hanya akan diumumkan pada malam 30 Mac ini, Diddy menerima satu lagi kejutan cukup manis apabila diumumkan antara calon Artis Baru Terbaik (Lelaki) di Anugerah Planet Muzik 2008 (APM08).
"Selepas dikaitkan dengan pilihan popular peminat, saya bersyukur kerana bakat saya turut dinilai dan disenaraikan antara yang terbaik.
"astinya pencapaian ini turut membanggakan. Ibarat satu kejayaan berganda buat saya mahupun pihak pengurusan kerana bukan calang-calang artis disenaraikan dalam pencalonan ini kerana ia menggabungkan artis tempatan, Singapura, Indonesia dan Brunei.
"Sama harapan saya dengan ABPBH07. Saya tidak mengharapkan kemenangan di APM08 dan pencalonan diterima sudah cukup membanggakan buat saya," katanya lagi yang dicalonkan bersama Aliff Aziz, Faizal Tahir, Ihsan dan Syed Azmir.
Mahu menguji bakat yang ada dalam dirinya, tahun ini Diddy membuat keputusan menerima tawaran membintangi drama terbitan JS Pictures.
Sebelum ini Diddy pernah mencuba lakonan apabila menerima pelawaan bekas gurunya di AF4, Fauziah Nawi untuk membintangi teater Lorong Blues.
"elawaan itu saya terima daripada Pengarah Urusan JS Pictures, Sheila Rusly sewaktu menjayakan rancangan Citarasa Selebriti terbitan mereka.
"Sewaktu Sheila menceritakan jalan cerita mahu dihasilkan saya berasa sangat tertarik apatah lagi ia bakal ditayangkan bersempena sambutan Hari Ibu.
"Saya memang suka apa saja jalan cerita yang memberikan gambaran mengenai kehidupan manusia terutama hubungan antara ibu dan anak. Saya memang rapat dengan ibu dan pastinya untuk permulaan saya tidak ada masalah untuk menghayati watak ditawarkan.
"Daripada apa yang diceritakan Sheila, saya dapat berasakan watak bakal dilakonkan itu amat dekat dengan diri saya. Saya menjadi seorang anak yang amat patuh dengan arahan ibunya. Difahamkan Rozie Rashid akan menjadi ibu saya nanti.
"Apabila melakonkan watak yang dekat dengan diri sendiri jadi cabarannya saya rasa tidaklah terlalu besar. Sebagai orang baru rasanya inilah yang sebaiknya saya lakukan dengan tidak mencuba sesuatu yang terlalu besar.
"Lakonan bidang baru buat saya tetapi pastinya ia sesuatu yang seronok untuk diterokai. Diharapkan percubaan saya ini akan mendapat maklum balas positif daripada peminat," katanya.
aqua dh dpt kan metro td kat seven e..byk gamba diddy yg besh2...
dpt kan skang di pasaran...
pastu td selak2 majalah yezz cover depan mila..trus nmpk diddy ngan fazrin..
beli jugak majalah tu wlpun mahal di sbb kan diddy...
nanti me ltk gamba k....
[ Last edited by aQuA_dIaMoNd at 24-3-2008 01:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1904 santubung's post
ok lah tu
piwit pun minat diddy gak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arin51 at 24-3-2008 01:14 PM
ermmm... kawan2 sekelian...
mana2 yg ada nombor arin yg baru tu, (014) tolong delete ya
simcard tu HILAAAAANNNNNGGG (macam tajuk lagu Diddy)
nanti arin update bila dapat nombor baru
( ...
patutla meset ku di 3/4 malam tidak berbalas.....
rupanya ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1893 arin51's post
eh lupa pasal share of the kek... nak bayar kat sapa ek??? ko ke wawa??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|