CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Jenayah] SR, Wall Street Journal berterusan memfitnah Najib- PANAS! bukti dah keluar

[Copy link]
Post time 24-7-2015 09:15 AM | Show all posts
kecimpret replied at 24-7-2015 09:08 AM
macam belommmmmm jer...berani ke soal siasat bos sendiri?

dia siasat guna panggilan telefon je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 11:22 AM | Show all posts
PAC mahu Kementerian Kewangan panggil Jho Low

Published: 24 July 2015 11:03 AM
http://www.themalaysianinsider.c ... gan-panggil-jho-low



Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho (gambar, kanan) perlu dipanggil sebelum menghadiri pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 8 September ini untuk menjawab segala persoalan mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Star.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, mereka akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan meminta Low hadir memandangkan kementerian tersebut merupakan pemegang saham utama 1MDB.

"Mereka perlu tahu di mana beliau dan mampu untuk mengesannya," kata Nur Jazlan dipetik sebagai berkata.

Beliau juga berkata bukan masalah PAC kementerian tersebut mengesan ahli perniagaan terbabit yang turut dikenali sebagai Jho Low dan mereka mempunyai sumber.

"Boleh menggunakan polis untuk mengesan mereka," katanya .

Low pada awalnya terlibat dalam Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ditukar kepada 1 MDB dan dinamakan sebagai perunding khas dan tidak rasmi dalam syarikat tersebut.

PAC juga memanggil pengarah Brazen Sky untuk hadir pada 9 September susulan penemuan Ketua Audit Negara dalam laporan interim 1MDB.

Sebanyak RM6.1 bilion dana negara disalurkan kepada Brazen Sky.

Dilaporkan pada bulan lalu, jumlah keseluruhan  iaitu AS$1.103 bilion atau (RM4.059 bilion) dalam 1MDB ditebus daripada dana Brazen Sky di Pulau Cayman dan ia tidak disimpan dalam mata wang dolar AS namun sebagai unit di BSI Bank LTD, Singapura.

1MDB mencetuskan kontroversi kerana hutangnya yang meningkat sebanyak RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun operasinya.

Justeru, syarikat pelaburan itu kini sedang giat melupuskan asetnya iaitu loji penjanaan kuasa dan tanah.

Ia juga kini dalam siasatan pasukan petugas khas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:25 AM | Show all posts
EJALTI replied at 24-7-2015 11:22 AM
PAC mahu Kementerian Kewangan panggil Jho Low

Published: 24 July 2015 11:03 AM

hehe dr puasa aritu kata nak panggil..dah raya pun lum panggil panggil gek.....lol...tunggu raya cina kut...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:26 AM | Show all posts
Kes 1MDB: Seorang lagi ditahan reman

10:51AM - 24 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306016



Seorang pengarah syarikat menjadi individu ketiga yang ditahan reman oleh Pasukan Petugas Khas berhubung siasatan ke atas 1MDB.

Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas individu tersebut.

Individu pertama, seorang pengarah syarikat harta tanah dan pembinaan ditahan pada hari Isnin lalu dan dikenakan perintah tahanan reman pada hari Selasa.

Pada hari Rabu, seorang pengarah urusan syarikat yang mempunyai kaitan dengan SRC International Sdn Bhd turut ditahan reman.

SRC International sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB sebelum diletakkan bawah Kementerian Kewangan.

Pasukan Petugas Khas itu menyiasat dakwaan melibatkan 1MDB, firma pelaburan milik Kementerian Kewangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:37 AM | Show all posts
EJALTI replied at 24-7-2015 11:26 AM
Kes 1MDB: Seorang lagi ditahan reman

10:51AM - 24 Jul 2015

PAC lum abis audit dan lum ada conclusion........... dah ada penangkapan ke..bukti penagnkapan ..apa yer..saya tak nampak pulak lagi satetement bukti penangkapan...

heheh yg katanyer difotnah takyah tangkap ke lol.......... asyik tanykap entah sapa sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:39 AM | Show all posts
1MDB: Jho Low to appear before PAC on Sept 8

FMT Reporters | July 24, 2015
http://www.freemalaysiatoday.com ... fore-pac-on-sept-8/



KUALA LUMPUR: Controversial Penang-born businessman Low Taek Jho, better known as Jho Low, who is in the eye of the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) storm, has been summoned to appear before the Public Accounts Committee (PAC) on September 8.

The PAC is also hauling up the directors of Brazen Sky on September 9, a company 1MDB had invested RM6 billion in.

Former 1MDB CEO Shahrol Halmi and current chief Arul Kanda Kandasamy are scheduled to appear before the PAC on August 4 and 5 respectively. The 1MDB’s board of directors will testify on August 17.

Jho Low is a well-travelled man and the PAC chairman Nur Jazlan Mohamed said yesterday the letter summoning him before the committee had been sent to the Ministry of Finance.

The ministry is the main shareholder of 1MDB and it “should know his whereabouts or be able to trace him,” said Nur Jazlan.

“It can get the police to locate him,” said Nur Jazlan in a report in The Star Online.

The PAC, a bi-partisan parliamentary committee, began investigating 1MDB in May and has already hauled up ministry officials to explain the ministry’s role in the company.

All the auditors of 1MDB also testified before the PAC in June.

The government-owned 1MDB has run up RM42 billion in debts.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2015 11:42 AM | Show all posts
1MDB probe: Nik Faisal being sought for more questioning

FMT Reporters | July 24, 2015
http://www.freemalaysiatoday.com ... amil-where-are-you/

Task force also looking for Suboh Mohd Yassin, who like Nik Faisal, is a shareholder of Gandingan Mentari, a company used as a conduit to transfer funds.



PUTRAJAYA: The Task Force probing the financial dealings of 1Malaysia Development Berhad (IMDB) wants to question Nik Faisal Ariff Kamil once again, the sovereign fund’s former chief investment officer but have been unsuccessful in tracking him down despite a travel ban being issued on him.

Task Force investigators had earlier questioned Nik Faisal, managing director of SRC International Sdn Bhd, a company alleged to have channelled funds into the private bank accounts of Prime Minister Najib Razak. The company was incorporated by 1MDB in 2011 before it was taken over by the Finance Ministry a year later.

The Task Force also wants to question former long-serving public servant Suboh Mohd Yassin of Gandingan Mentari Sdn Bhd, one of the two companies used as a conduit to transfer accounts from SRC to a private bank account in AmBank.

Both Suboh and Nik Faisal are shareholders of Gandingan Mentari.

Controversial businessman Jho Low is the third individual wanted by the Task Force and the Public Accounts Committee (PAC) has already summoned him in for questioning.

It is understood that Nik Faisal could already be out of the country. Apart from him, there is already a travel ban out on several others connected to the 1MDB probe.

“Faisal was questioned several times earlier. But investigators have not been able to get in touch with him lately,” said a source in the report carried by The Star Online.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat boleh panggil je la, muncul ke tidak di PAC tu bukan boleh kena jail pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 01:26 AM | Show all posts
dah saman ke belum ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 01:31 AM | Show all posts
kalau kes Highland Tower yg kena pelukis pelan
kes enjin jet hilang, kerani yg kena
kes 1MDB, despatch yg kena

harap2 lepas ni bersedia la
wahai pak guard dan mak cik cleaner
kalau ada high profile punya kes
anda berdua mesti bertanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
...keluar lah segala macam nama yg ditangkap - Suboh lah, Yassin lah, lepas ni sapa plak akan dirangkap - Zuhor pulak kot? Atau Fatihah..ntah ummah Pprt mana lah dikutip? Demi mensuci murni kan Jibby Kepit...

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 05:45 AM | Show all posts
Muhayiddin dah openly kritik najib kat perhimpunan umno cheras.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
@atira wak yidin dah bersuara.bukak la tred beb. @scorpionkiki
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 08:45 AM | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 27-7-2015 08:48 AM
GhostWalking replied at 27-7-2015 06:56 AM
@atira wak yidin dah bersuara.bukak la tred beb. @scorpionkiki

keh keh keh... orang no 2 umno pun baca The Edge... dia kata lagi... kalau The Edge tak betul...bgtau dia apa yg betul.... Kita tunggu pulak apa kata Macai Najib



http://dinturtle.blogspot.com/20 ... omeback-gempak.html


Wooooh, selepas gempak dengan aksi video di Janda Baik dua bulan lalu, tetiba Muhyiddin buat comeback !  Menarik beb ...... Boleh bikin team Najib tarik brek ni haha ....

Terbaru TMI ada laporan yang dipecahkan kepada beberapa artikel mengikut topik berlainan -



"Dalamsuasana negara yang dihadapi kini saya rasa agak tergamam apa yang patut sayacakapkan, tapi saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam perhimpunan agungtahunan lalu mengulas megenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalumereka menang undi popular.


"Danwalaupun kita menang namun pada waktu itu jika undi popular berterusan turunsebanyak 2 % maka ia akan menyaksikan BN kalah dalam PRU akan datang.


"Jugasaya ada bertanyakan dalam pertemuan retreat dengan pimpinan Wanita Umno diPutrajaya. Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakahkita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untukmenang," katanya semasa ucapan penutup mesyuarat Umno Cheras di KualaLumpur hari ini. - TMI.


Dari segi asasnya, kenyataan di atas lebihkurang sama dengan artikel saya sebelum ini ( KLiK ), baca juga luahan para pengomen mengenai Najib, Umno dan PRU14.

Pendek kata, baguslah kalau Muhyiddin sedar akan sentimen yang tidak memihak kepada Umno dikalangan rakyat ketika ini, Dan ianya berkait rapat dengan Najib Rosmah.



"Sayasetuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyakidea.


"Sayatidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk sayakomunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan .


"Jadiberhentilah hentam Dr Mahathir, beliau adalah bekas perdana menteri, lagi andahentam, lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukankita pula jatuh," - TMI.
.

Nasihat yang bernas buat Najib dan askar2nya ......  

Makin diungkit isu2 basi zaman Tun Mahathir jadi PM dulu, makin kuat orang buat perbandingan dengan Najib. Semakin jelas pandangan rakyat yang melihat sekeliling mereka ....... semuanya datang hasil zaman Tun Mahathir.

Zaman Najib ? Gempak jer lebih, slogan tak putus2 ..... hasil yilek. 1MDB dengan RM42 billion adalah contoh terbaik. Apa hasilnya ? LELONG harta negara nak bayar hutang. Ambil hutang untuk beli aset yang kemudiannya dilelong untuk bayar hutang itu balik ...... HEBAT !



"Sayasendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari TheEdge


"Orangcakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yangbetul," - TMI.


.
Yang ini paling menarik ! Termasuk yang di bawah ini juga. Amat sesuai untuk kita buat sedikit analisa. Sila baca dua tiga kali untuk selami apa yang boleh kita terjemahkan disebalik kenyataan ini.


"Sayaberitahu beliau untuk lepaskan jawatanya dalam 1MDB tapi beliau tidak mahudengar.

"Sayatidak punyai niat jahat, niat saya baik untuk tolong beliau," - TMI.





OK, Kenapa Muhyiddin minta Najib lepaskan jawatan dalam 1MDB kalau 1MDB tidak ada masalah ? Kenapa minta Najib cuci tangan ?


Kenapa Muhyiddin baca The Edge semata2 untuk mendapatkan maklumat tentang 1MDB ?Apakah Muhyiddin juga tidak baca dan tidak faham buku penerangan mengenai 1MDB yang diedarkan kepada kabinet ?

Apakah orang nombor 2 dalam kerajaan juga tidak ada akses kepada 1MDB ? Apakah yang Muhyiddin tahu mengenai 1MDB SEBELUM isunya menjadi panas ?

Jadi benarlah 1MDB ini bergerak secara senyap2 tanpa pengetahuan kabinet ! Kenapa ?  Nak sorok apa ?

RM42 billion duit rakyat diperjudikan tanpa pengetahuan kabinet ???  



Ketika ini ramai yang duk bising dengan isu ubahsuai maklumat siap ngan pak Menteri juga sebut tentang tindakan2 tegas terhadap mereka yang disyaki terbabit. Gantung permit dan sekat portal kerana di SYAKI ubahsuai maklumat.

Nah sekarang Muhyiddin juga bertanya  - Orang cakap laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul !


Lawak lah tengok wakil2 kerajaan kita tiap2 hari duk melalak pasal isu ubahsuai maklumat. Tunjukkanlah mana satu maklumat yang sudah diubahsuai itu dan tunjukkan yang betulnya macamana !

Takkan itu pun nak tubuh jawatankuasa untuk siasat ? ?

Serius beb ..... The Edge dah lapor mengenai isu 1MDB ini hampir 2 tahun, dan selama ini kita duk pung pang pung pang berbalas hujah dengan 1MDB dan wakil kerajaan termasuk Najib, TIDAK SEKALI PUN mereka sebut tentang salah maklumat.

Alih2 si Justo sebut tentang KEMUNGKINAN maklumat yang dijualnya diubahsuai, baru pro Najib pun ikut sama melalak isu ubahsuai maklumat !! Pelik ......

Selama ini 1MDB dan kerajaan TAK TAHU ke apa yang disiarkan oleh TheEdge dan SR itu salah ?

Ni apa punya syarikat billion2 ni ?

Sekarang bukan saja 1MDB dan Najib yang kena perjelaskan persoalan2 mengenai urusniaga 1MDB, tapi kerajaan juga telah diheret sama dalam isu kredibiliti !


Bagi ramai rakyat yang mengikuti isu ini, kita tak kisah kalau The Edge dan SR didapati bersalah, maka hukumlah mereka. No hal. Tapi kita nak tahu mengenai 1MDB dan akaun Najib.


Oya, selepas beberapa minggu berlalu sejak pendedahan WSJ mengenai deposit RM2.7 billion ke dalam akaun peribadi Najib, saya rasa pihak Task Force kena jawab apakah benar dakwaan itu.

Task Force ni sebenarnya SIASAT APA ? kalau tidak ada kes, kenapa berminggu2 duk siasat, duk tahan suspek bagai ...... apa kes ?

                                                ********************************

Saya cek maksud MONEY LAUNDERING, iaitu salah satu tuduhan yangdi mainkan oleh beberapa pihak sejak akhir2 ini -  

Money laundering is the process of making illegally-gained proceeds (i.e. "dirty money") appear legal (i.e. "clean"). Typically, it involves three steps: placement, layering and integration. First, the illegitimate funds are furtively introduced into the legitimate financial system. Then, the money is moved around to create confusion, sometimes by wiring or transferring through numerous accounts. Finally, it is integrated into the financial system through additional transactions until the "dirty money" appears "clean."[3]

hmmmm ..... yang lebih sesuai dengan maksud Money Laundering adalah dakwaan terhadap 1MDB dimana wang dipindah2kan ke beberapa akaun, ditukar2 bentuk bagi tujuan mengelirukan. Begitu juga dengan dakwaan billion2 deposit ke dalam akaun peribadi Najib.

Setakat jual beli info ...... errr.... itu cuma satu urusniaga direct.  Info curi itu kesalahan lain, bukannya money laundering.

Jadi terimakasih kepada mereka yang memperkenalkan terma Money Laundering itu !

PS - Kalau kita mengambilkira lawak Tunai-Aset-Just Unit, mungkin boleh diterima jugalah kalau 1MDB dan kerajaan terpaksa menunggu dakwaan Justo mengenai isu ubahsuai maklumat terlebih dahulu sebelum melalak sama ...... agaknya sebelum Justo bersuara, mereka pun tak terfikir kemungkinan maklumat yang disiarkan TheEdge dan SR telah diubahsuai..... cuba klik balik artikel2 lama mengenai isu 1MDB, ada sesiapa pernah sebut tentang ubahsuai tak sebelum ini ?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 08:48 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 27-7-2015 06:56 AM
@atira wak yidin dah bersuara.bukak la tred beb. @scorpionkiki

pesal  hang malu2 pulak....
semalam mmg hari wak yiddin meluah perasaan kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 11:44 AM | Show all posts
atira replied at 27-7-2015 12:48 AM
pesal  hang malu2 pulak....
semalam mmg hari wak yiddin meluah perasaan kan

td guna hp jah meleceh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 11:47 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 27-7-2015 12:45 AM
keh keh keh... orang no 2 umno pun baca The Edge... dia kata lagi... kalau The Edge tak betul...bg ...

wak yidin geram letewww
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Hairan aku.. dah banyak giler fakta keluar..
Tetap ada org nak sokong. Ni le sokong membawa rebah.

Go muhyiddin... i kat belakang u
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 27-7-2015 12:45 AM
keh keh keh... orang no 2 umno pun baca The Edge... dia kata lagi... kalau The Edge tak betul...bg ...

Trademark sgt tulisan merah biru merah biru ye kiki. I da x baca page 6 dah skrg... :p
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
MOF x dapat locate jho low katanya. PAC akan berjanggut tunggu...

Sirul yg depan mata pun x dpt nak bawak balik. Ingat jho low rakyat amerika tu nak serah diri

Nak establish akaun jibby tu benda paling senang. Money trail kat bank bukan boleh padam. Tapi dah nak masuk sebulan 4 tan sri tu tak boleh pun cakap ada ke tak akaun tu.:zz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.124785 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list