CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH VI, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 8-9-2009 03:09 PM | Show all posts


Sentiasa ramai orang..



Sedapnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 04:42 PM | Show all posts
Fasilitas Arafah Disiapkan          
Selasa, 08 September 2009 14:03

Jakarta (MCH). Pemerintah Kerajaan Arab Saudi tengah membenahi Arafah, tempat yang seluruh jemaah haji akan berkumpul pada tanggal 9 Zulhijjah.
Hampir tiga juta orang hadir melaksanakan haji di sini.
Untuk membangun dataran Arafah kini dibangun 10,4 kilometer persegi
untuk perluasan hunian Arafah yang berjarak sekitar 20 kilometer dari kota suci Mekah.
Dengan penambahan itu, maka kapasitas Arafah akan bisa bertambah 25 persen
dan bisa menampung tambahan 500.000 jemaah.
Hal ini dikemukakan Dr. Habeeb Zainal Abidin, wakil Menteri Urusan Perkotaan dan Pedesaan dan Sekretaris Jenderal Komisi Pembangunan Mekah, Madinah dan Masyairil Haram.
Bahkan, menurut Habeeb, 60 persen dari proyek ini akan selesai sebelum musim haji tahun ini.
Pekerjaan pembangunan termasuk memperbaiki drainase air hujan di daerah dan terasering lereng bukit yang berbatu-batu sebagai bagian dari perencanaan ulang yang lebih luas untuk menciptakan lahan tambahan untuk dikembangkan.
Menurut Dr. Ossama Fadul Albar, Walikota Mekah, kapasitas akan ditingkatkan dengan hati-hati dengan menggunakan tanah untuk menciptakan lokasi berkemah yang baru. Demikian seperti diberitakan harian Arab News edisi Senin, 7 September kemarin. (MH)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 05:21 PM | Show all posts
Seronoknya kat Mekah ni..
Makin Penghujung Ramadan makin ramai orang...
Berbeza sangat kat Malaysia...
Malam tadi pi Terawih setelah cuti beberapa hari Uzur Syarie...
Sedih tengokkan saf yg  ...
aziefa Post at 8-9-2009 14:01


tulah

akhir2 nie terlalu banyak kerja..

dengan lawatan dari luar negara lagi..dengan outstation

how i wish i am out of the schedule...

boleh solat dgn aman dan tenang..

mcm mana nak solat dgn tenang..tgh dok solat hati kepala duk fikir kerja melambak tak siap....

fuuh...semoga ALLAH SWT memberi kelapangan buat kita semua

kalau kt makkah fikiran kosong..bulat..zero...semuanya lenyap...hanya solat...dan ibadat...relax..makan pun kenyang..

nie bukak puasa pun tak berapa nikmat..dek kerana tiada ketenangan.....itulah sebenarnya rezeki

ada duit tak semestinya ada rezeki kan...ada makanan tak semestinya kenyang...kecuali dengan izinNYA...

ALLAH dh bgtau dalam quran tiada tempat dimana kita masuk akan aman dan tenteram kecuali Haram...@ Makkah

Ya Allah, Tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah.Engkau yang menjadikan kesedihan itu (lenyap) apabila Engkau hendakjadikannya mudah


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 06:07 PM | Show all posts
1923# HUSSAINTAHIR

agreed..kat sini terlalu byk hal duniawi yang perlu di fikirkan...kat sana tak fikir apa pun..bangun je tidur ingat nak pi masjid nak buat amal ibadat je...berkat betul bumi haram ....
macam mana nak dpt tune yang sama lagi...how i wish i could do the same...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 06:20 PM | Show all posts
salam semua,

saya ingin bertanya pasal pasport. alhamdulillah baru terima berita dari pihak TH rayuan kami untuk mengerjakan haji tahun ni dah lulus. depa nak kami settle pasport etc sebelum raya if possible.

nak tanya, sekarang guna international pasport kan instead of pasport haji. so segala requirement eg saiz gambar & background ikut requirement int. pasport ke? coz rasanya pasport haji dulu saiz gambarnya lain & background putih (int. pasport background biru).

harap ada yg sudi membantu. kalau boleh esok pagi terus nak ke imigresen. insyAllah, ini akan merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki ke makah & madinah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 06:47 PM | Show all posts
1925# dranne

Walaikumsalam...
Ini kena ayahjoe jawab...
Sebab dia dapat pi Haji tahun ni ..
Tak tahu pulak tahun ni dah tak pakai Pasport Haji warna Hijau tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2009 07:51 PM | Show all posts
salam semua,

saya ingin bertanya pasal pasport. alhamdulillah baru terima berita dari pihak TH rayuan kami untuk mengerjakan haji tahun ni dah lulus. depa nak kami settle pasport etc sebelum raya i ...
dranne Post at 8-9-2009 18:20


yes this is Saudi new requirement

all pilgrim kena apply for international passport

and the hajj visa will be stamp in the intl passport

tapi dengar citernya TH have discuss with immigration

and immigration agreed to issue intl passport with 1 yr validity for RM 60.00 INTEAD Of normal intl passport cost RM 300 FOR 5 yrs

i think would be better to consult nearest TH office for further information.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:07 PM | Show all posts
1925# dranne

tahniah dranne......
bahagia rasanya mendengar orang nak mengerjakan haji... syukur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 11:09 PM | Show all posts
1925# dranne

selalunya kedai gambar tahu ... cakap je nak ambil gambar untuk visa negara mana ... size gambar ...background semua kedai gambar tahu... tak tahu lah pulak kalau ada kedai gambar yg tak tahu.. Better call TH and tanya lagi senang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:40 PM | Show all posts
1929# bayangan_rindu

Assalamualaikum..
Dengar orang nak pi Haji pun dah rasa seronok ye..
Teringat semula kenangan pi Hajikan...
off topic jap....Nak Raya ni sibuklah  jahit tudung..
Banyak tempahan tak...lawa tudung bay...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:41 PM | Show all posts
ambil gambar visa kedai gambar mesti tahu...nak selamat gi kedai gambar yang dekat area imigresen
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:44 PM | Show all posts
1925# dranne

kat semua imegresen ada tempat ambik gambar ...gi sana terus pun senang
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 08:01 AM | Show all posts
1930# aziefa

memang rasa sungguh teruja dengar orang nak mengerjakan haji... insyallah bulan 12 ni saya sekeluarga akan mengerjakan umrah... ini permintaan anak anak.

kak dah tengok tudung saya ke... maid saya pulang cuti so saya stop jahit ... off topic jab.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 09:35 AM | Show all posts
thanx 4 all the feedback. saya baru contact imigresen. dia kata gambar background biru or putih dua2 ok. pasport adalah int. pasport, FOC (TH yg bayar- hanya bawa surat tawaran TH je), valid utk 2 tahun. kebetulan pulak pasport kami expired dah... alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 09:40 AM | Show all posts
1934# dranne

FOC ... OK jugak tu. U pegi dengan siapa.. suami/isteri or ada saudara mara lain yg turut serta.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 10:41 AM | Show all posts
1935# bayangan_rindu

insyAllah dengan suami & mak. sekarang sedang selak2 forum dari thread terdahulu, baca sikit2. mmg byk tips yg berguna. cuma mungkin kalau suntuk masa, tak sempat nak khatam semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2009 11:14 AM | Show all posts
salam semua,

saya ingin bertanya pasal pasport. alhamdulillah baru terima berita dari pihak TH rayuan kami untuk mengerjakan haji tahun ni dah lulus. depa nak kami settle pasport etc sebelum raya i ...
dranne Post at 8-9-2009 18:20

Assamualaikum....alhamdulillah dan tahniah dranne. Menurut pihak TH, segala urusan Visa Haji tahun ini akan menggunakan Passport Antarabangsa Malaysia.  Sila bawa surat panggilan bila berurusan dgn pihak imigresen utk dapatkan diskaun 50% dari charge biaser passport.  Utk gambar pergi ke kedai gambar dah mintak depa buatkan utk kedua2nya sekali.  Ambil gambar utk passport dan utk visa haji sekali.  Kedai gambar tahu apa yg depa perlu buat..jgn risau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 11:53 AM | Show all posts
nak tahu kenapa passport percuma 2 tahun? sebabnye, kalau ditakdirkan jemaah x dapat pergi atas sebab2 tertentu, passport tu boleh guna untuk tahun depan. maknanye terus nama jemaah tu masuk dalam senarai jemaah tahun berikutnye. bagus betul!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 01:56 PM | Show all posts
alhamdulillah...seronoknya orang nak pegi haji..tak pa lah saya tunggu monorail siap he he...mengubat hati je...ikut turn 2011..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 02:43 PM | Show all posts
assalamualaikum saya ada sedikit catatan yg ingin dikongsi bersama. selama ni saya silent reader saja. tapi kali ni saya nak kongsi sedikit perasaan saya ketika mengerjakan umrah dgn pakej andalusia.

alhamdulillah dgn izinNYA saya telah berpeluang mengerjakan umrah, berpuasa, bersolat jemaah serta bersolat terawih di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram pada bulan Ramadhan kali ni. Perjalanan saya bermula 20/8 dan telah kembali ke Malaysia pd 4/9. Alhamdulillah dgn izinNYA saya telah berpeluang bersua muka dgn kak rosputih - dia sihat. kami bertemu di masjid nabawi dan masjidilharam. sesungguhnya dgn izinNYA thread ini dapat menjalin hubungan sesama kita. seronok kami dapat berkongsi2 cerita serta melihat kaabah dan org bertawaf dari tingkat 2.

byk kenangan manis ketika berada di Mekah dan Madinah dan kini saya benar2 faham dan mengerti mengapa jemaah yg balik ke tanah air sering kali berkata mereka merindui Masjidil Haram dan ingin datang lagi dan lagi.

masih terdengar2 suara azan dan suara imam yg serak2 menangis ketika membaca qunut nazilah. terasa rugi sangat x faham maksud qunut tu x dapat sama2 menghayati. kalau ada terjemahan alangkah bagusnya. sekadar bbp perkataan saja yg saya tahu. masih teringat kedinginan air zam2 membasahi muka dan tekak ketika haus. Nikmatnya berbuka ketika benar2 dalam kepenatan dan kehausan. Terbayang2 jemaah2 kelam kabut mencari saf ketika azan berkumandang. Ada yg berebut2 saf sampai bergaduh, langkah melangkah x kira kepala atau badan permandangan biasa, ada juga yg berbual2 ketika jemaah sedang solat terawih, ada juga sedekah makanan, sedekah tasbih, sedekah buku, sedekah tisu tapi sayang kebersihan masjid tak dijaga mungkin mereka beranggapan sebab ada ramai pekerja di masjid agaknya.  Pekerja pembersih masjid memang cekap dgn kerja mereka...Kesimpulannya dengan pelbagai ragam manusia yg kita jumpa matlamat mereka sama dgn kita mencari keredhaan serta memohon keampunan dari ALLAH semuanya kerana ALLAH.

p/s sunsuria3 - x ada jodoh kita nak bersua muka ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.363251 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list