Originally posted by iDputera at 17-1-2009 06:14 AM
duduk jauh terputus kata
selalu teringat bergurau senda
datang menjenguk dinda jelita
hampa pulang dia pula tiada.......
enak rasa durian belanda
makan sama saudara berlima
dinda puas menanti kanda
tapi kanda tiada menjelma.......
Originally posted by iDputera at 18-1-2009 03:19 AM
berenang2 pergi ke seberang
rasa penat kayuh perlahan
sedap juga ku moyan seorang
tenet laju puas berjalan........
burung hantu mencari makan
hinggap seekor di pohon gelam
tenet laju puas berjalan
hiburkan hati di sunyi malam.........
Originally posted by iDputera at 18-1-2009 03:19 AM
berenang2 pergi ke seberang
rasa penat kayuh perlahan
sedap juga ku moyan seorang
tenet laju puas berjalan........
duduk leka lihat tarian
tarian inang dayang istana
tika kanda moyan sendirian
dinda pula tertidur lena............
Originally posted by putrihanglipo at 18-1-2009 10:56 PM
cepatnya datang hari isnin
hatiku resah serba tak kena
banyak keje kepala pun fenin
idea pun hilang entah ke mana.........
enak sungguh makan laksa usah dibubuh sayur peria idea datang tidak dipaksa tiba masa datang lah ia....
*sya nak masuk tidur... dah jam 12 ni.... jumpa lagi len kali...:flower: :victory: