|
|
Remaja dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kolong
Februari 20, 2026, Jumaat - 7:44pm
KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Kampung Kolong, Sungai Tengah, berdekatan Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.32 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi.
“Maklumat awal daripada rakan mangsa memaklumkan mangsa sedang bermain di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam air dan dihanyutkan arus deras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan dengan melakukan pencarian di sekitar tebing sungai dan kawasan berhampiran lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Seramai sembilan anggota terlibat dalam operasi itu dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS.
Turut membantu di lokasi ialah pihak polis.
Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian sedang diteruskan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua lelaki diberkas bersama syabu di Siburan
Februari 20, 2026, Jumaat - 7:47pm
KUCHING: Dua lelaki tempatan diberkas bersama rampasan dadah disyaki syabu dalam serbuan di Kampung Siga, Siburan awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 24 dan 30 tahun.
Katanya, mereka ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan kira-kira jam 1.30 pagi.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah membawa kepada penemuan dan rampasan bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 5.61 gram.
“Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan dadah yang dirampas akan dihantar untuk analisis forensik,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tegasnya, pihak polis akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah Padawan.
“Kita memohon orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa agar tindakan segera dapat diambil,” ujarnya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buruh warga Indonesia dicekup bersama syabu di rumah kongsi
Februari 20, 2026, Jumaat - 7:52pm
LIMBANG: Seorang buruh warga Indonesia dicekup bersama sejumlah syabu di rumah kongsi di sebuah tapak projek pembinaan di sini menerusi Ops Tapis pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, suspek ditahan jam 12 tengah hari bersama satu peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki jenis syabu beranggaran berat 0.40 gram.
“Hasil semakan mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod lampau dan dipercayai mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak awal tahun 2025 dan bekerja sebagai seorang pembersihan bangunan dan pejabat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kata Parum, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek di dapati positif Amphetamine dan Methamphetamine.
Kata beliau, suspek telah memasuki ke Daerah Limbang untuk tujuan kerja pada akhir tahun 2024 dan pasport suspek masih sah tempoh semasa tangkapan dibuat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Dalam kes berasingan, tiga lelaki berusia 28 hingga 55 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Patiambun di sini, Ahad lepas.
“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas fizikal ketiga-tiga saspek dan keseluruhan rumah didapati tiada menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
“Ketiga-tiga suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Limbang kerana disyaki ada mengambil dadah.
“Ujian saringan air kencing juga telah dijalankan dan mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.
Katanya, semakan rekod lampau mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala seorang suspek tidak mempunyai rekod lampau.
Kes telah disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB1952 .
Justeru katanya orang ramai dinasihati tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah dan diharapkan dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah kepada pihak polis.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang Sarawak di talian 085-211466 atau hotline 24 jam Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) Sarawak (017-5929211) atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buruh warga Indonesia dicekup bersama syabu di rumah kongsi
Februari 20, 2026, Jumaat - 7:52pm
LIMBANG: Seorang buruh warga Indonesia dicekup bersama sejumlah syabu di rumah kongsi di sebuah tapak projek pembinaan di sini menerusi Ops Tapis pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, suspek ditahan jam 12 tengah hari bersama satu peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki jenis syabu beranggaran berat 0.40 gram.
“Hasil semakan mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod lampau dan dipercayai mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak awal tahun 2025 dan bekerja sebagai seorang pembersihan bangunan dan pejabat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kata Parum, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek di dapati positif Amphetamine dan Methamphetamine.
Kata beliau, suspek telah memasuki ke Daerah Limbang untuk tujuan kerja pada akhir tahun 2024 dan pasport suspek masih sah tempoh semasa tangkapan dibuat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Dalam kes berasingan, tiga lelaki berusia 28 hingga 55 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Patiambun di sini, Ahad lepas.
“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas fizikal ketiga-tiga saspek dan keseluruhan rumah didapati tiada menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
“Ketiga-tiga suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Limbang kerana disyaki ada mengambil dadah.
“Ujian saringan air kencing juga telah dijalankan dan mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.
Katanya, semakan rekod lampau mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala seorang suspek tidak mempunyai rekod lampau.
Kes telah disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB1952 .
Justeru katanya orang ramai dinasihati tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah dan diharapkan dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah kepada pihak polis.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang Sarawak di talian 085-211466 atau hotline 24 jam Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) Sarawak (017-5929211) atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Keldai akaun’ ditahan, disyaki terlibat kes tipu lebih RM35,500
Februari 20, 2026, Jumaat - 7:59pm
LUBOK ANTU: Seorang wanita tempatan berusia lewat 30-an ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian membabitkan kerugian lebih RM35,500.
Tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu yang diketuai Inspektor Muhammad Asyraf Azmi pada petang 19 Februari di kawasan Pekan Engkilili.
Menurut kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi IPD Lubok Antu, suspek dipercayai berperanan sebagai ‘keldai akaun’ dalam satu kes 'love scam' dan satu kes e-dagang yang dilaporkan di Pulau Pinang dan Sabah melibatkan nilai kerugian berjumlah lebih RM35,500.
“PDRM menasihati orang ramai agar tidak menyerahkan akaun bank, kad ATM atau maklumat perbankan kepada mana-mana pihak atas apa jua alasan kerana ia boleh dieksploitasi untuk aktiviti penipuan,” menurut kenyataan itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Parkir tambahan diusahakan untuk lancarkan operasi Bazar Ramadan Semarak: Fazzrudin
Februari 20, 2026, Jumaat - 9:28pm

Fazzrudin ketika ditemui pemberita pada perasmian Bazar Ramadan Semarak 2026, hari ini. Gambar Chimon Upon
KUCHING: Isu kekurangan tapak parkir di Bazar Ramadan Semarak diberi perhatian dan kini berada dalam proses mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dijadikan ruang letak kenderaan tambahan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman ketika majlis perasmian Bazar Ramadan Semarak 2026, hari ini.
Bagaimanapun katanya, peningkatan jumlah gerai dan pengunjung turut menimbulkan isu kekangan parkir khususnya apabila sebahagian ruang sedia ada digunakan untuk penempatan gerai.
"Perbincangan telah diadakan bersama pihak DBKU bagi mengenal pasti tapak berhampiran yang sesuai dijadikan parkir tambahan demi keselesaan pengunjung dan juga pelanggan tetap premis sekitar Semarak.
"Kita faham bukan semua pengunjung hanya pergi ke bazar, ada juga pelanggan kedai-kedai berhampiran.
"Jadi kita perlu seimbangkan keperluan semua pihak. Beberapa kawasan berdekatan sedang diteliti untuk tujuan itu," katanya.
Perubahan ketara turut dapat dilihat pada penganjuran tahun ini apabila konsep gerai dinaik taraf berbanding penggunaan kanopi besar seperti sebelum ini.
Penjaja yang sebelum ini berniaga berhampiran kawasan hadapan Masjid AT-Taqwa, Kampung Pinang Jawa telah dipindahkan ke tapak baharu yang lebih tersusun dan kukuh.
Tambah beliau lagi, langkah naik taraf oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu nanti bukan sahaja memberi imej lebih kemas dan moden, malah membuka peluang kepada lebih ramai peniaga untuk menyertai bazar berkenaan.
"Setakat ini kita mempunyai lebih 30 peniaga tetap serta tambahan 10 peniaga.
"Sambutan juga amat menggalakkan dan kita jangka jumlah pengunjung akan terus meningkat," katanya.
Setakat ini ujar Fazzrudin, kawasan bazar tersebut tidak terjejas oleh banjir atau banjir kilat serta memberi keyakinan kepada peniaga untuk beroperasi sepanjang Ramadan tanpa gangguan cuaca ekstrem.
Penganjuran kali ini turut menekankan pelaksanaan amalan 3R iaitu 'Reduce, Reuse dan Recycle' selaras dengan aspirasi kelestarian yang sering ditekankan oleh kepimpinan negeri.
Inisiatif tersebut menyasarkan pengurangan penggunaan plastik sekali guna serta menggalakkan peniaga dan pengunjung mengamalkan budaya lebih mesra alam.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai, anggota polis Miri bantu warga emas alami kerosakan kereta
Februari 20, 2026, Jumaat - 9:31pm
MIRI: Keprihatinan anggota polis sekali lagi terserlah apabila membantu seorang warga emas yang mengalami kerosakan kereta sehingga menghalang aliran trafik di Jalan Miri–Pujut, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri (IPD Miri) yang sedang menjalankan Rondaan Cegah Kemalangan sempena Ops Selamat Tahun Baharu Cina Ke-25 telah mengesan sebuah kereta yang rosak dan berada di tengah laluan.
Pemeriksaan mendapati kereta terbabit mengalami kerosakan pada bahagian ‘timing belt’, sekali gus menyebabkan ia tidak dapat bergerak dan berpotensi mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.
Bertindak segera demi keselamatan awam, Inspektor G Visvanathan Guna Cekeren bersama Sarjan Stephen membantu menolak kereta berkenaan ke bahu jalan yang lebih selamat selain mengawal keadaan lalu lintas bagi memastikan aliran trafik kembali lancar dan terkawal.
Tidak lama kemudian, anak kepada pemandu berkenaan tiba di lokasi dan memaklumkan bahawa kereta itu akan ditunda ke bengkel berhampiran untuk tindakan lanjut.
Warga emas terbabit turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan serta bantuan pantas yang diberikan oleh anggota trafik IPD Miri.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara, selaras dengan semangat 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.'
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sbh - Ramli umum pembubaran BERSATU Bahagian Sipitang
swk - Pegawai, anggota polis Miri bantu warga emas alami kerosakan kereta
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sbh - Ramli umum pembubaran BERSATU Bahagian Sipitang
swk - Pegawai, anggota polis Miri bantu warga emas alami kerosakan kereta
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki mengaku bersalah tampar anak saudara dipenjara dua tahun
Februari 20, 2026, Jumaat - 7:56pm
MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menampar seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga merupakan anak saudaranya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dibebas dengan bon berkelakukan baik selama setahun dengan jaminan RM2,000 berserta seorang penjamin dan perintah khidmat masyarakat 200 jam selama enam bulan selepas menjalani hukuman penjara kelak.
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Afidah Abdul Rahman setelah meneliti semua aspek termasuk pengakuan bersalah tertuduh yang menjimatkan masa dan kos mahkamah, rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, keseriusan kesalahan dan mengambil kira kepentingan awam.
Tertuduh, Sufian Shukor, 34, dari Kampung Pujut Tanjung Batu, Jalan Miri-Bypass di sini didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan keterangan kes, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai tanggangjawab menjaga seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun telah menganiaya mangsa dengan menampar pipinya menggunakan tangan.
Kesalahan dilakukan tertuduh pada jam 3 petang, 12 Februari lalu di sebuah rumah di Pujut Tanjung Batu di sini.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Luqman Hakim Sahrol Bahar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki didakwa edar ekstasi seberat lebih setengah kilogram
Februari 20, 2026, Jumaat - 7:55pm
MIRI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ekstasi seberat lebih setengah kilogram, minggu lalu.
Tertuduh, Kiew Chern Xi, 27, dari Pujut 7D di sini mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ashok Linggam.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) atau lebih dikenali sebagai Ecstacy seberat 544 gram pada jam 9.16 malam, 11 Februari lalu di tepi jalan berhadapan pencawang elektrik SESCO, Jalan Melayu di sini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ABD) 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh disebat tidak kurang 12 kali.
Mahkamah kemudian menetapkan 19 Mac depan untuk sebutan lanjut sementara menunggu laporan kimia berhubung barang kes siap.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Samry, manakala tertuduh yang tidak ditawarkan jaminan diperintahkan ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki mengaku bersalah pecah rumah, curi dipenjara 25 bulan
Februari 20, 2026, Jumaat - 2:57pm
SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 25 bulan terhadap seorang lelaki atas tiga pertuduhan mencuri dan satu pertuduhan pecah rumah.
Tertuduh, Enggong Gani, 38, terdahulu dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Romario Jonoi.
Enggong terdahulu didakwa mencuri tong gas dari sebuah rumah di Jalan Foochow pada 20 Disember 2025, kira-kira jam 11.57 pagi.
Dia dituduh melakukan kesalahan sama dengan mencuri 'air fryer' dari sebuah premis makan di Jalan Aman pada 22 Januari 2026, kira-kira jam 3.50 pagi.
Untuk kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit dengan kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa mencuri telefon bimbit dari sebuah kilang di Jalan Alan pada 23 Disember 2025, kira-kira jam 9.15 malam dan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Seksyen ini memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit dengan kesalahan.
Sementara bagi pertuduhan pecah rumah, Enggong didakwa memecah masuk sebuah kilang di Jalan Teng Kung Suk dengan niat untuk mencuri pada 4 Januari 2026, kira-kira jam 6.55 pagi.
Untuk pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, di mana sabit kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman penjara tidak kurang setahun serta tidak lebih 14 tahun dan dengan sebatan dan juga denda.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Siti Mariyah Dahari sementara tertuduh tidak diwakili.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki didenda RM1,500 kerana curi, jual kipas meja milik kakak
Februari 20, 2026, Jumaat - 2:31pm
KUCHING: Padah menjual harta curi milik kakaknya iaitu sebuah kipas meja pada harga RM30, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau lima bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nur Syaheeqa Nazwa Radzali terhadap Mohd Saiful Dris, 30, yang mengaku bersalah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh didakwa melupuskan harta curi milik kakaknya, iaitu sebuah kipas meja pada 5 Februari 2026, sekitar jam 10 pagi di sebuah rumah di Kampung Lot Baru Batu 10, Jalan Matang di sini.
Berdasarkan fakta kes, kakak tertuduh (pengadu) menyedari jeriji pintu belakang rumahnya dibuka secara paksa dan berlubang, selain mendapati kipas meja serta penyahkod televisyen telah hilang.
Anggaran kerugian dilaporkan sekitar RM1,000.
Pengadu mengesyaki adik kandungnya (tertuduh) memecah masuk ke rumah tersebut dan sehubungan itu, laporan polis dibuat sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh pada 17 Februari 2026.
Semasa tangkapan dibuat, tertuduh menunjukkan sendiri kepada polis kipas meja dilaporkan hilang tersebut, yang seterusnya dirampas untuk dijadikan bahan kes.
Hasil siasatan polis kemudian mendapati tertuduh telah memecah masuk rumah pengadu dengan cara merosakkan pintu serta jeriji dapur bahagian rumah, sebelum mencuri sebuah kipas meja milik pengadu dan menjualnya pada harga RM30.
Selain itu, pengadu turut mengenal pasti barang rampasan itu dan mengesahkannya sebagai miliknya.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki dipenjara enam bulan kerana simpan motosikal curi
Februari 20, 2026, Jumaat - 2:29pm
KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan sebuah motosikal curi.
Tertuduh, Mohd Syafiq Affendi Mohd Husain, 31, didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, seorang wanita berusia 20 tahun (pengadu) membuat laporan polis selepas mendapati motosikal milik bapanya yang diletakkan di sebuah premis di Jalan Song, Kuching hilang disyaki dicuri pada 31 Disember 2025 sekitar jam 8.30 pagi.
Bertindak daripada laporan itu, polis semasa Ops Lejang Khas pada 17 Februari 2026, sekitar jam 9.30 pagi di tepi Jalan Resak, Kuching telah memberkas tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mencurigakan.
Turut dirampas adalah sebuah motosikal dengan nombor plat pendaftaran palsu.
Hasil siasatan polis mendapati number casis dan enjin motosikal itu sepadan dengan motosikal milik bapa pengadu yang dilaporkan hilang pada 31 Disember 2025.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani di hadapan Majistret Nur Syaheeqa Nazwa Radzali sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja am dipenjara lima tahun terlibat penyalahgunaan dadah
Februari 20, 2026, Jumaat - 10:46am
KUCHING: Seorang pekerja am dijatuhi hukuman penjara lima tahun dua bulan dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah berulang kali menyalahgunakan Amphetamine dan Methamphetamine.
Hakim Iris Awen Jon turut memerintahkan Kamar Bahari, 32, untuk menjalani pengawasan polis selama dua tahun selesai menjalani hukuman, selari dengan Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39C (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum tujuh tahun dan tidak lebih tiga sebatan.
Fakta kes mendedahkan tertuduh menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine dan pada masa sama turut mempunyai dua rekod sabitan lampau di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952, masing-masing bertarikh 22 Januari 2024 serta 20 Februari 2024.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.35 pagi, 28 Mei 2025 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmawi Nur Haqim Mokhtar sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Musim cemerlang skuad Bintulu

REBUT... Antara sebahagian aksi pemain pada perlawanan akhir tersebut. - FOTO ALIF NONI
CUKUP hebat! Begitulah gambaran sepintas lalu di sebalik kecemerlangan yang dicipta pasukan Bintulu musim ini.
Pasukan itu mencatat dua kejayaan apabila muncul juara Zon Utara Liga Premier Sarawak 2025/2026, selain menjuarai Piala Premier Sarawak 2025/2026.
Kejayaan itu memperlihatkan kem kendalian jurulatih berpengalaman, Farhan Abdullah @ Anai Igang berada dalam kelas tersendiri ketika ini.
Dengan kata lain, kejuaraan berganda yang diperoleh jagoan terbilang ini meletakkan kredibiliti mereka sebagai kuasa baharu bola sepak di Sarawak.
Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA), Sophie Shariee menyifatkan kejuaraan berganda yang diperoleh skuad Bintulu ketika ini sebagai kejayaan luar biasa yang jauh melangkaui jangkaan awal pihaknya.
“Kejayaan yang cukup cemerlang dicatatkan pemain skuad Bintulu ketika ini. “Dua gelaran juara yang diperoleh itu membuktikan komitmen yang dilaburkan semua pihak telah membuahkan hasil,” ujar Sophie kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau secara peribadi menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada para pemain, jurulatih serta pegawai yang selama ini bertungkus lumus demi pasukan.
Beliau mengakui kejayaan yang diperoleh adalah hasil usaha dan kerjasama berpasukan yang diterapkan dalam sanubari pemain, jurulatih dan pegawai.
Pengurus Pasukan, Awang Madihi Awang Yatim turut berkongsi kegembiraan atas kejayaan pasukannya merangkul dua kejuaraan musim ini.
“Satu perkembangan positif kepada dunia bola sepak di Bintulu ketika ini. “Dua kejuaraan yang diraih pemain ketika ini jelas memperlihatkan misi dan visi yang diinginkan berjaya direalisasikan sepenuhnya,” ujar Awang Madihi.
Bagi Farhan, kejayaan yang diraih pemainnya merupakan gambaran jelas reputasi hebat skuad Bintulu ketika ini.
“Dua kejuaraan ini jelas memperlihatkan keupayaan dan kecemerlangan sebenar anak-anak jati Bintulu mengharungi pentas bola sepak tempatan,” tegas Anai.
Tambah beliau, yang menggembirakannya di sebalik penampilan pemain dalam dua saingan berbeza itu ialah pasukannya tidak pernah tewas dalam semua perlawanan yang diharungi.
Skuad Bintulu memastikan gelaran juara edisi sulung Piala Premier Sarawak 2025/2026 selepas menumpaskan Samarahan 3-1 pada aksi akhir yang berlangsung penuh dramatik di Stadium Negeri, Petra Jaya, baru-baru ini.
Jaringan tiga pemain iaitu Badrol Hafiz Mohd. Isa, Shahmir Izat Sinang dan Mohd. Faisal Yusuf pada minit ke-53, ke-57 dan ke-74, menjadi penyumbang kejayaan penuh bermakna buat skuad Vaie, sekali gus memastikan mereka menjulang piala edisi sulung berkenaan.
Kejayaan itu turut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta piala pusingan dan pingat.
Sebagai naib juara, Samarahan pula menerima wang tunai RM30,000 berserta piala dan pingat.
Gol tunggal Samarahan yang beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan kental, Khairul Jemi, dilayangkan kad merah pada minit ke-45, dijaringkan oleh Muhd. Zarif Razali pada minit ke-64.
Dalam pada itu, pasukan Kuching dan Serian yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Turut hadir ialah Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom; Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Fazzrudin Abdul Rahman; serta beberapa wakil rakyat.
Sumber : Suara Sarawak
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
261 lot Bazar Ramadan di buka di Bintulu

Iskandar menyerahkan apron kepada peniaga yang mengambil bahagian dalam Bazar Ramadan 2026 di Taman Budaya ParkCity, Bintulu.
BINTULU : Peniaga kecil dan sederhana merupakan nadi ekonomi tempatan yang perlu terus diperkasa bagi menyokong kesejahteraan komuniti, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee.
Beliau berkata, sokongan berterusan masyarakat terhadap peniaga tempatan bukan sahaja memacu ekonomi, malah memperkukuh semangat perpaduan dalam komuniti.
Membeli daripada peniaga tempatan dapat merancakkan kitaran ekonomi setempat serta membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.
“Penganjuran Bazar Ramadan bukan sekadar platform jualan bermusim, malah menjadi medan penting memperkukuh ekonomi rakyat, khususnya dalam kalangan usahawan mikro dan peniaga kecil.
Saya tahu di sebalik setiap lot dan gerai ini, ada cerita perjuangan masing-masing, ada yang menjadikannya sumber pendapatan utama, ada juga yang menambah rezeki untuk keluarga.
“Kerana itu, saya sentiasa menekankan bahawa peniaga kecil dan sederhana adalah nadi kepada ekonomi tempatan, dan mereka wajar terus diberi sokongan,”katanya semasa berucap merasmikan Bazar Ramadan 2026 di Taman Budaya ParkCity, di sini, Jumaat petang.
Iskandar turut mengingatkan para peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan, memastikan kualiti makanan terjamin serta mematuhi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.
Layanan mesra, senyuman ikhlas dan harga berpatutan bukan sahaja memberi pengalaman positif kepada pelanggan, malah mampu menaikkan reputasi Bazar Ramadan di Bintulu.
Sebanyak enam tapak Bazar Ramadan melibatkan 261 lot gerai disediakan di sekitar Bintulu dan Samalaju tahun ini bagi memberi lebih banyak peluang ekonomi kepada peniaga tempatan sepanjang bulan Ramadan.
Sumber : Suara Sarawak
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejohanan Futsal Piala Presiden SABERKAS terbuka kepada semua cawangan: Rentap
Februari 20, 2026, Jumaat - 6:01pm

Rentap (tengah) bercakap kepada media pada sidang media Kejohanan Futsal Piala Presiden SABERKAS 2026 di Bangunan Baitulmakmur II, petang tadi. - Gambar Mohd Faisal Ahmad
KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) membuka penyertaan kepada 82 cawangan seluruh Sarawak untuk menyertai Kejohanan Futsal Piala Presiden SABERKAS 2026.
Pengerusi penganjur yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM7,000 kepada johan pertandingan akan berlangsung dari 1 Mei hingga 3 Mei ini.
"Kejohanan akan berlangsung di dua lokasi berasingan di mana peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir diadakan di Arena Sukan, Simpang Tiga, Kuching sebelum perlawanan kemuncak atau final di Kompleks Sukan Asajaya, Kota Samarahan," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II, petang tadi.
Tambah Rentap, kejohanan adalah anjuran Jawatankuasa Kecil Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan SABERKAS Sarawak dan julung kali diadakan.
"Kejohanan ini terbuka kepada SABERKAS cawangan seluruh Sarawak dan kategori dipertandingkan adalah untuk kategori lelaki sahaja.
"Ia terbuka tanpa mengira peringkat umur dengan syarat ahli SABERKAS di peringkat cawangan masing-masing," kata Rentap.
Katanya, johan pertandingan futsal ini akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta piala dan sijil penyertaan.
"Naib johan akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil manakala tempat ketiga bersama meraih hadiah wang tunai RM3,000, piala serta sijil penyertaan.
"Sementara empat pasukan yang layak ke suku akhir bakal menerima RM1,000 setiap pasukan sambil Pemain Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan Penjaring Terbanyak turut menerima piala iringan dan wang tunai RM200," katanya.
“Pada 1 dan 2 Mei, pertandingan akan berlangsung di Arena Sukan Simpang Tiga manakala perlawanan akhir akan diadakan di Kompleks Sukan Asajaya, Kota Samarahan,” katanya dan menambah ia sebagai platform mengeratkan hubungan serta mencungkil bakat dalam kalangan ahlinya.
"Setiap 82 cawangan SABERKAS wajib menghantar satu pasukan yang dianggotai 10 pemain terdiri daripada ahli berdaftar cawangan masing-masing.
“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Mac ini kerana kita memerlukan bulan April untuk menyusun jadual dan membuat cabutan pertandingan,” katanya.
Menurutnya, penganjuran Piala Futsal Piala Presiden SABERKAS 2026 itu merupakan kesinambungan daripada program Karnival Sukan SEBERKAS yang sebelum ini menerima maklum balas positif daripada ahli untuk dianjurkan pada skala lebih besar.
“Kita menerima banyak maklum balas supaya diadakan pertandingan pada peringkat lebih tinggi untuk ahli-ahli SEBERKAS, jadi kita adakan Piala Presiden ini,” katanya.
Mengulas mengenai persediaan, beliau berkata pihak jawatankuasa telah membuat persiapan rapi termasuk aspek teknikal dan pengurusan pertandingan.
“Kita sudah bersedia termasuk dari segi jawatankuasa dan teknikal. Kita harap semua 82 cawangan dapat menghantar pasukan masing-masing,” katanya.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Presiden SABERKAS Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Kejohanan katanya akan turut diuar-uarkan dalam Facebook rasmi SABERKAS Sarawak serta saluran media di Sarawak.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Sarawak sasarkan pembinaan Pusat Prestasi Tinggi Sukan
Februari 19, 2026, Khamis - 6:47pm

Abdul Karim pada sidang media, semalam.
KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarkan pembinaan sebuah Pusat Prestasi Tinggi Sukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang bagi memperkukuh pembangunan atlet berasaskan sains sukan.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pusat berkenaan amat diperlukan bagi memastikan latihan atlet tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional semata-mata.
Menurut beliau, sains sukan merangkumi aspek pemakanan, tumpuan terhadap bahagian tubuh tertentu, persediaan mental serta penyesuaian fisiologi mengikut keperluan pertandingan.
“Sudah berlalu zaman atlet hanya berlatih siang dan malam tanpa sokongan sains sukan. Pusat prestasi tinggi inilah yang akan memainkan peranan penting dengan dikendalikan pakar dan saintis sukan,” katanya pada sidang media semalam.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abdul Karim menjelaskan tapak pembinaan bagi pusat tersebut telah dikenal pasti dalam kawasan Kompleks Sukan Sarawak yang kini merupakan antara kompleks sukan terbesar di Malaysia dalam satu lokasi berpusat.
Beliau berkata, kawasan kompleks berkenaan meliputi kira-kira 67 hingga 68 ekar merangkumi dua lot tanah, termasuk perancangan pembinaan velodrom serta penambahan kemudahan lain seperti penaiktarafan lapang sasar menembak.
Bagi merealisasikan projek ini, kerajaan negeri katanya kini berunding dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) serta Institut Sukan Negara bagi menjadikannya sebagai usaha kolaboratif.
Tegas Abdul Karim lagi, pembangunan pusat itu penting bagi memastikan kemudahan sukan sedia ada tidak sekadar menjadi infrastruktur fizikal tanpa impak maksimum terhadap prestasi atlet.
Dengan sokongan kepimpinan negeri termasuk Premier Sarawak, beliau optimis projek tersebut mampu direalisasikan demi melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|