|
Tidak Mudah, Namun Bukan Mustahil! Begitulah pandangan Bryan Nickson Lomas, pengarah teknikal skuad terjun negara, mengenai peluang penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri, untuk meraih tempat di podium dalam acara 3 meter (m) papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024. Menurut Berita Harian, penerjun berusia 25 tahun ini dijadualkan memulakan aksi dalam pusingan kelayakan malam ini di Pusat Akuatik Paris. "Sukar untuk kita meramalkan tetapi untuk selamat anda perlu mengutip 330 mata dan ke atas untuk menaiki podium. "Namun, ia juga bergantung kepada prestasi penerjun lain dalam aksi final nanti. "Sebagai contoh dalam acara 10m platform seirama pada kali ini, 420 mata hanya mampu untuk memenangi gangsa. "Jadi, jika Dhabitah boleh kutip 320 mata dan ke atas, dia ada peluang untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik," kata Bryan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|