|
Liverpool FC ~ tim bakal relegate sizen nehhh...
[Copy link]
|
|
Benitez cuba dapatkan pertahanan Hull.
LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengakui mengadakan rundingan dengan pengurus Hull, Phil Brown membabitkan tawaran ke atas pemain pertahanan, Michael Turner.
Benitez terdesak mendapatkan pertahanan tengah selepas Jamie Carragher dikeluarkan kerana kecederaan buku lali, pada awal babak pertama ketika Liverpool menewaskan Atletico Madrid, 2-1 dalam aksi persahabatan di Anfield.
Jurulatih kelahiran Sepanyol itu menghadapi masalah kekurangan pertahanan selepas Daniel Agger dan Martin Skrtel turut ditimpa kecederaan manakala Sami Hyypia dan Alvaro Arbeloa, masing-masing menyertai Bayer Leverkusen serta Real Madrid pada musim perpindahan.
Benitez dipercayai mengemukakan tawaran £6 juta (RM35.4 juta) bagi mendapatkan Turner dengan Hull mahukan nilai hampir £12 juta (RM70.8 juta).
“Saya sedang berbincang dengan (pengurus Hull) Phil Brown, namun saya tidak akan bercakap mengenai jumlah bayaran. Tapi, mungkin saya hanya bercakap dengan Phil mengenai keadaan cuaca!” kata Benitez.
Kecederaan lain turut membimbangkan Benitez menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Tottenham, Ahad ini apabila penyerang antarabangsa Fernando Torres dikeluarkan terhencut-hencut berpunca masalah buku lali ketika menentang Atletico.
Benitez berkata: “Carragher terseliuh buku lali dan kerana itu, kami menghadapi masalah kecederaan membabitkan posisi pertahanan tengah. Kami mengambil keputusan mengeluarkannya sebagai langkah keselamatan.
“Kami perlu menunggu untuk melihat sejauh mana perkembangan pemain tercedera, tapi saya fikir, mereka akan sedia beraksi untuk perlawanan berikutnya.” - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
tim ni nak abis season baru kuat balik...mcm bessaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
{:2_69:}semakin aku tidak paham dengan taktik si rafa jendul ni...
beli player injured..dok beli defend ja...tuhaa..beli la super striker nak ganding ngan toreh tu..
kalo toreh ngan unkel g injet lagi.. so satu lgi season bungkus utk fools.. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe..mcm biase tread mark..."next season pasti milik kami"......
kene kencing jer laaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
in liverpool we trust not frust... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
beli aquilani tp xleh main 2 bulan lg
YNWA............. |
|
|
|
|
|
|
|
beli aquilani tp xleh main 2 bulan lg
YNWA.............
karipapayam Post at 10-8-2009 17:01 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
injed ka ??? ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
injed ka ??? ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
katana83 Post at 10-8-2009 17:02 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
dia wat surgery kat ankle dia bln 5 lps
x fully recovered lg |
|
|
|
|
|
|
|
1888# karipapayam
tu la....mo7 mu dpt free... buleh main, buleh skor...ni si aquilani?..da la klab ni meskin..beli player pastu sakit 2 bln....hahah |
|
|
|
|
|
|
|
salammmm.... lama tak masuk...
ramai penghuni baru nampaknyeee... hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
1888# karipapayam
tu la....mo7 mu dpt free... buleh main, buleh skor...ni si aquilani?..da la klab ni meskin..beli player pastu sakit 2 bln....hahah
jAck666 Post at 10-8-2009 06:10 PM ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
pelik gak camne aquilani bleh pass medical fitness tu.. kata injet..
mesti pasukan perubatan tu dah dirasuah oleh si aquilani tu..
jangan jadi cam owen h kat man u tu sudah la..
masuk je injured sampai la lani x pulih2...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
rilek r ade veronin.. abg rambut tocang.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
adeiii...geram tol dgn rafa nie.. ape le strategi die...:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool's Title Chances Are The Best For A Decade - Jason McAteer
The former Red believes Rafa's men have what it takes to lift the Premier League title.
Former Liverpool midfielder Jason McAteer believes that Liverpool have got their best chance to win the league title for ten years as they head into the new season.
McAteer is currently assistant manager to England and Liverpool legend John Barnes at Tranmere Rovers, and he believes his former club can bounce back from a poor pre-season to mount a title charge.
"I know you shouldn't go on pre-season but it's not been the greatest and not filled you full of confidence for Liverpool," McAteer told Sky Sports News.
Liverpool launch their Premier League campaign against Harry Redknapp's Tottenham Hotspur on Sunday and McAteer thinks the Reds will be more than up for the game.
"When it comes to Sunday we should see a different attitude, there always is when you go into the first competitive game.
"It's a huge game against Spurs and Harry's done a good job getting his team in, but Rafa Benitez was knocking on the door last season and there's no reason why they can't go one step further."
McAteer believes that defending champions Manchester United will find it hard to cope without World Player of the Year Cristiano Ronaldo, after they allowed him to leave for Real Madrid this summer.
"Manchester United have been knocked by the transfer of Cristiano Ronaldo, we know all about Chelsea, and Arsenal might be a dark horse this season.
"Certainly this is Liverpool's closest chance they've had in the last ten years to win this title, hopefully they'll bring it home."
McAteer made 100 league appearnces for Liverpool after joining from Bolton Wanderers in 1995.
He also had spells at Blackburn Rovers and Sunderland before ending his career at Tranmere where he continued his footballing career as a coach.
David Kifford, Goal.com
![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Gerrard rindu juara liga.
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0811/Utusan_Malaysia/Sukan_Luar_Negara/sl_01.1.jpg)
--------------------------------------------------------------------------------
LIVERPOOL, England - Walaupun tempatnya dalam dewan kemasyhuran di Liverpool sudah terjamin, namun kapten Reds, Steven Gerrard tidak akan berasa puas selagi gagal menamatkan penantian 19 tahun untuk merangkul kejuaraan bola sepak Liga Perdana England.
Di pentas Liga Juara-Juara Eropah, taktik yang diterap oleh pengurus, Rafael Benitez dan inspirasi yang dibawa Gerrard membantu Liverpool merangkul kejuaraan Eropah 2005 dan melangkah ke final pada 2007.
Namun skuad Reds gagal melakukan perkara yang sama pada saingan domestik.
Liverpool, yang kali terakhir muncul juara Liga Perdana pada 1990 gagal memberi cabaran serius pada empat musim pertama dibimbing Benitez. Namun situasi itu berubah musim lalu apabila mereka memberi cabaran sengit kepada juara, Manchester United.
Mereka menamatkan saingan dengan hanya empat mata di belakang United. Malah secara keseluruhan Liverpool mempamer aksi lebih baik dan mengalahkan United dalam kedua-dua pertemuan liga.
Prospek bahawa United mampu mengatasi rekod 18 kejuaraan liga yang dipegang bersama Liverpool, meningkatkan lagi tekanan kepada Gerrard dan rakan-rakan untuk mencari kejuaraan.
Nilai bintang tengah berusia 29 tahun itu bersama Liverpool semakin meningkat selepas digandingkan dengan bintang penyerang Sepanyol, Fernando Torres.
Setiap kali Gerrard cedera musim lalu, prestasi Liverpool kurang bertenaga dan Torres pula seperti kurang bermaya. Malah, kombinasi kedua-dua pemain ini telah membenam United 4-1 di Old Trafford.
Pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher percaya, kombinasi itu mampu menjadi ancaman lebih hebat apabila musim baru bermula, Sabtu ini.
"Tiada pasukan lain di England yang mempunyai kombinasi sehebat Gerrard dan Torres. Memang agak pelik apabila kita bercakap mengenai Stevie (Gerrard) sebagai penyerang tetapi itulah posisinya sekarang
"Apabila anda memiliki kemampuan seperti ini dalam pasukan, ia memberi anda keyakinan. Kalau kami dapat pastikan kedua-dua pemain ini bebas daripada kecederaan, maka kami pasti sukar dihalang,'' ujar Carragher. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
1894# sha02
quote yg sama setiap sizen..kopipes la diorg nih..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak rasa semangat ye musim ni?
Apakah sebab Astro naikkan caj? :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
aku tngk football focus last tuesday nite, only shebby out of the 4 oundit yg masukkan liverpool (di tempat ke-4) dalam prediction season terbaru nih.
tiga yg lain - jamie, paul and abbas saad lansung tak masukkan liverpool, infact they opted for MC.
termakan gak aku kata2 shebby, dgn alonso dah out dia tak yakin Liverpool dapat betahan through out the season, apatah lagi mascherano pun masih belum pasti akan stay samapi end of season, mana tau kot2 dipancing ke La liga.
Yang aku paling pelik dengan rafa, dia tak mengidam ka dgn satu org lg striker? atleast back up kepada combination of G and Torres? Yg ada dalam list skang ni semua setakat cukupkan team saja. Voronin? dia tak lebih baik dr Keane aritu. Ngog? Bel Zhar? tu kanak2 yg menunggu2 peluang kot2 dipinang team second division liga2 lain.
The other team in the so-called big 4 ada banyak pilihan untuk striker. tapi liverpool hanya begantung talian hayat pada Torres. Torres injured, harap Gerrard sorang lah..
Kalo dapat top 4 ini tahun pun kira dah mujur... |
|
|
|
|
|
|
|
Konsistensi jadi kunci atasi kemarau juara.
LIVERPOOL – Liverpool telah mendapat keuntungan daripada pemain tengah, Xabi Alonso tetapi kedudukan kewangannya masih belum cukup untuk mereka mendapatkan pemain hebat seperti penyerang Valencia, David Villa.
Bagaimanapun, pengurusnya, Rafael Benitez tetap yakin dia dapat menamatkan kemarau tiga musim tanpa piala di Anfield dan memberikan hadiah yang amat dinantikan peminat.
Mei tahun depan akan menjadi ulang tahun ke-20 kelab Merseyside itu gagal menenangi kejuaraan liga, ia adalah tempoh yang terlalu lama bagi tradisi Liverpool.
Walaupun hanya tewas dua kali dalam saingan liga musim lepas ia masih belum mampu membantu mereka untuk muncul sebagai naib juara.
“Kami adalah cukup kuat untuk mengalahkan sesiapa sahaja tetapi kami perlukan konsistensi.
“Kami mengumpul 86 mata musim lepas, ia adalah rekod kelab ini dalam liga, tetapi kami masih perlu menunjukkan peningkatan. Kami mempunyai keyakinan tinggi,” kata Benitez menjelang persiapan menjelang musim keenamnya di Anfield.
Konsistensi akan menjadi kunci buat Liverpool. Walaupun hanya tewas dua perlawanan berbanding Manchester United, tetapi mereka lebih banyak mencatatkan keputusan seri di tempat sendiri musim lepas dan Benitez tahu mereka tidak boleh mengulanginya. – Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni kalau tak manang BPL gak rasa nya elok lah rafa ni di pecat jer..
cari lah jurulatih lain plak..![](static/image/smiley/default/curse.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|