Originally posted by PurpleAxe at 12-12-2008 02:09 PM
Sungguh tinggi terbang helang
Mencari ikan dikawasan muara
Idea pantun dah semakin hilang
Inilah pantun akhir sebelum bersara
bergegar jiwa rasa teruja
bila bulan jatuh keriba
hilang idea bukan sengaja
teman berbicara ramai tiada
Dilereng bukit padinya huma
Buat makan para pendita
Terkadang teringat teman nan lama
Apa khabar apa, apa berita.......
Originally posted by pinkyberry at 18-12-2008 08:53 AM
Rumah kampung beratapkan rumbia
Di tepi rumahnya penuh ampaian
Tahun baru dah menjelang tiba
Azam yang lepas tak juga kesampaian
pagi2 dah makan ubat
sakit kepala di sana sini
jgn lah risau wahai sahabat
azam yang lepas qada jer tahun ni...........
Originally posted by arifah_72 at 16-12-2008 07:41 PM
Pergi kekedai mencari halba
Dibeli bersama si ikan parang
Singgah mengenguk terasa hiba
Mengapa pantun tertolak kebelakang.........
mari isi air di tempayan
letak ia di atas papan
tiba masa utk ku moyan
umah pantun ku bawa ke depan..............
[ Last edited by putrihanglipo at 10-1-2009 03:47 PM ]
Originally posted by isyarina at 11-1-2009 10:01 PM
tertusuk duri terasa bisa
salah berpaut patahnya dahan
sakit jiwaku memendam rasa
rindukan tuan kala berjauhan...............
pergi belayar ke pulau jawa
singgah sebentar mengutip nira
andai rindu mencengkam jiwa
seru namanya datanglah segera..........
Originally posted by pinkyberry at 13-1-2009 08:29 PM
Rimas sungguh dengan kelkatu
Sayapnya bertaburan merata-rata
Kalau anda bisa membantu
Nak kempiskan perut apa caranya
mari hiris si limau purut
utk dimakan bersama rakan
kalo dirimu nak kempiskan perut
bykkan senaman kurangkan makan........
Originally posted by pinkyberry at 14-1-2009 03:58 PM
Anak kucing di bawah kerusi
Asyik mengejar seekor belalang
Janganlah ragu jangan sangsi
Hatiku buat kanda seorang
tinggi mentari di puncak awan
tidaklah daku tercapai tangan
begitu setia kasihmu puan
buat sidia tiada tandingan............