|
|
Bazar Ramadan Serian meriah dan jadi tumpuan masyarakat setempat
Februari 20, 2026, Jumaat - 3:28pm

John (kanan) memakaikan apron kepada salah seorang penjaja yang menyertai Bazar Ramadan Serian, semalam.
KUCHING: Bazar Ramadan Majlis Daerah Serian yang beroperasi secara rasmi bermula semalam kini menjadi tumpuan masyarakat setempat.
Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melaporkan, bazar berkenaan dipenuhi dengan suasana penuh warna-warni dan aroma juadah tradisi menyambut kehadiran pengunjung sepanjang bulan Ramadan.
Perasmian bazar tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus.
John pada masa yang sama membawa berita gembira apabila mengumumkan projek menaik taraf Taman Komuniti Serian bernilai RM3 juta di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Greater Kuching (GKCDA).
Sebanyak 69 gerai mula beroperasi menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa, sekali gus memberi peluang kepada peniaga tempatan menjana pendapatan tambahan sepanjang bulan penuh keberkatan ini.
Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan cenderahati berbentuk apron kepada para peniaga sebagai tanda sokongan dan galakan agar terus bersemangat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Menurut beliau, projek naik taraf Taman Komuniti Serian kini dalam fasa pelantikan perunding dan menunggu dokumentasi tender sebelum kerja fizikal dapat dimulakan.
“Mudah-mudahan tahun depan tempat ini akan berubah wajah,” katanya optimis.
“Konsep pembangunan semula yang dirancang berteraskan konsep terbuka dan fleksibel bagi membolehkan kawasan itu dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan termasuk parkir, penganjuran Bazar Ramadan, konsert serta aktiviti komuniti berskala besar,” katanya.
Sementara itu, beliau tut memaklumkan cadangan penganjuran bazar Gawai akan dibincangkan bersama Pejabat Majlis Daerah Serian, Pejabat Residen, DBNA serta Persatuan Iban Remun, namun tarikh dan pengisian program masih dalam peringkat perancangan.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Ahli Majlis Daerah, Pejabat Residen serta JKK Bandar Serian atas komitmen dan kerjasama menjayakan majlis tersebut.
“Kita berharap para peniaga akan memperoleh pendapatan yang baik, manakala orang ramai khususnya penduduk sekitar terus menyokong usaha ini demi memeriahkan suasana Ramadan di Serian,” ujarnya kemudian.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga perlu berniaga secara konsisten, jangan biar kios kosong: Hasbi
Februari 20, 2026, Jumaat - 3:42pm

Hasbi (empat kanan) disaksikan Mohamad (tiga kanan) menyerahkan sumbangan kurma kepada salah seorang peniaga pada majlis tersebut.
LIMBANG: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah mengingatkan para peniaga agar berniaga secara konsisten serta tidak membiarkan kios perniagaan kosong dan tidak beroperasi.
Menurutnya, peniaga kios di bawah seliaan Persatuan Melayu Limbang (PML) di tapak Pusat Pembangunan Komuniti Melayu dekat sini perlu berniaga secara konsisten dengan memanfaatkan inisiatif tersebut dengan sebaik mungkin bagi membantu mereka menambah pendapatan.
Jelasnya, setiap peniaga perlu memperhebatkan aspek promosi bagi menarik lebih ramai pelanggan dan pengunjung datang sekali gus memastikan kios berkenaan mampu bersaing dengan kios lain terutama pada bulan Ramadan ini.
“Saya menyeru kepada semua pengusaha, jangan dibiarkan kios-kios perniagaan ini kosong terutama pada hari biasa.
“Kalau tidak mampu beroperasi dalam seminggu, bukalah dalam tiga hari, jangan dibiarkan nampak kosong,” katanya pada Majlis Peluncuran Bazar Ramadan PML 2026 di Pusat Pembangunan Komuniti Melayu, Kampung Bunga Raya di sini, semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi PML Mohamad Abu Bakar.
Ahli Parlimen Limbang mahu para peniaga di kios lebih kreatif dan berdaya saing dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan yang sedap dan bersih terutama menjelang Ramadan ini.
Menurutnya, kios PML 2026 menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa kepada penduduk di daerah ini.
Bazar yang menghimpunkan usahawan tempatan itu menyediakan hidangan tradisional dan moden termasuk makanan panas, sajian bakar, kuih-muih, kek, biskut serta pelbagai jenis minuman.
“Selain bazar di Lot 777, kita mahu bazar ini menjadi antara lokasi tumpuan penduduk daerah ini untuk mendapatkan juadah berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.
Jelasnya, penganjuran bazar berkenaan membuka ruang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan, selain memudahkan orang ramai mendapatkan juadah berbuka berdekatan kediaman mereka.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SICTA adakan kunjungan ke atas Lau sempena TBC
Februari 20, 2026, Jumaat - 3:54pm

Ahli jawatankuasa SICTA merakam kenangan bersama Lau semasa kunjungan TBC, hari ini.
SIBU: Majlis jawatankuasa Persatuan ICT Sarawak (SICTA) mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng pada hari keempat Tahun Baharu Cina (TBC), hari ini.
Suasana kunjungan berlangsung dalam keadaan mesra dan meriah, mencerminkan semangat perayaan yang kuat.
Dalam sesi pertemuan tersebut, Presiden SICTA Kong Sieng Kieng merakamkan penghargaan kepada Lau atas perhatian serta sokongan berterusan beliau terhadap pembangunan sektor teknologi dan perniagaan tempatan.
Beliau turut membentangkan secara ringkas pencapaian persatuan sepanjang tahun lalu serta hala tuju pembangunan pada masa hadapan.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai isu inovasi teknologi, transformasi digital dan pembangunan belia, dengan harapan kerjasama dapat diperkukuh pada masa akan datang bagi bersama-sama memacu industri teknologi Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.
Lau pula mengiktiraf peranan aktif persatuan dalam memacu pembangunan industri serta usaha menyatukan pemain industri.
Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada persatuan pada tahun baharu ini serta mendoakan agar para ahlinya terus maju dan makmur dalam perniagaan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai penduduk sertai majlis tadarus al-Quran di Masjid Tuanku Haji Bujang
Februari 20, 2026, Jumaat - 4:14pm

Jemaah lelaki dan wanita sedang bertadarus pada malam kedua bulan Ramadan selepas solat sunat terawih.
BALINGIAN: Penyertaan ramai penduduk kampung pada majlis tadarus al-Quran di Masjid Tuanku Haji Bujang, Kampung Masjid di sini dilihat amat memberangsangkan.
Bertadarus adalah membaca al-Quran secara berkumpulan, dengan seorang membaca dan yang lain mendengar serta menyemak bacaan atau membaca bersama-sama secara bergilir-gilir.
Tujuannya untuk memperelok bacaan, menjaga tajwid dan mengkhatamkan al-Quran bersama pada bulan Ramadan.

Hanyut Samat.
Guru mengaji yang juga Imam masjid terbabit Hanyut Samat, 80, berkata, mereka yang mengaji perlu terus belajar dan membaca ayat-ayat suci ini walaupun telah khatam al-Quran.
"Mereka tidak harus berhenti membacanya sebaliknya perlu kerap dan meneruskan bacaan sebagai amalan harian kerana membaca satu ayat (satu huruf) memberikan fadhilat besar dengan ganjaran 10 kebaikan (pahala)," katanya kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.
Menurutnya, ganjaran membaca al-Quran digandakan oleh Allah SWT menjadi syafaat (penolong) di hari kiamat.
Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Masjid Balingian Kamri Dairi, 58 berkata, penyertaan ramai penduduk bertadarus dilihat cukup baik dengan dipimpin Hanyut.
Pada malam pertama Ramadan katanya, peserta yang menyertai majlis tadarus seramai lebih 20 orang dan malam kedua peserta dibahagi dua supaya bacaan cepat diselesaikan dengan cadangannya agar peserta dapat khatam al-Quran lebih awal.

Kamri Dairi.
"Berdasarkan pemerhatian dua malam ini, saya amat terharu dengan penyertaan penduduk dalam usaha untuk mengimarahkan masjid pada bulan Ramadan," jelasnya.
Pada masa sama Kamri berkata, pihaknya terdiri Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Tunku Haji Bujang akan turut mengadakan program lain melibatkan pengagihan bubur lambuk kepada penduduk setempat.
Seterusnya katanya, majlis tahlil beramai-ramai untuk kali kedua akan diadakan pada pertengahan bulan Ramadan ini di masjid itu selepas majlis sama diadakan sebelum puasa.

Jemaah wanita sedang mengadakan majlis tadarus membaca al-Quran di Masjid Tunku Haji Bujang, Kampung Masjid Balingian.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kehadiran tarian singa ceriakan kediaman ADUN Tanjong Batu
Februari 20, 2026, Jumaat - 4:21pm

Pang (dua kiri) dan keluarga merakamkan gambar bersama kumpulan tarian singa yang dijemput bagi mengadakan persembahan di kediaman keluarga beliau.
BINTULU: Bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang telah menjemput kumpulan tarian singa ke kediamannya malam Khamis.
"Pasukan tarikan singa telah datang ke kediaman sekali gus melambangkan tuah, rezeki dan membawa keceriaan sempena dengan sambutan Tahun Kuda tahun ini," ujarnya.
Katanya, kemeriahan TBC bukan sahaja mengenai keluarga, rakan taulan dan makanan yang enak, namun ada lagi yang harus dikekalkan iaitu menjemput tarian singa datang membuat persembahan ke rumah.
Pang berkata tarian singa merupakan lambang kebahagiaan dan tuah yang mana budaya serta tradisi ini amat signifikan dalam kalangan komuniti Cina.
Sambil berharap tahun ini akan menjadi tahun yang lebih makmur lagi, Pang berkata ia turut dikuatkan lagi dengan Tahun Kuda yang sememangnya melambangkan simbol tenaga, keberanian, ketekunan dan semangat untuk bergerak maju.
"Justeru, dengan permulaan tahun yang penuh dengan tuah atau petanda baik ini, semoga semua komuniti Cina dan rakyat di bahagian ini dapat menikmati kemakmuran serta rezeki yang melimpah ruah dan menikmati tahun yang lebih gemilang sempena tahun kuda ini, " tambahnya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terabai Menua dan Emma Maembong santuni keluarga mendiang Lidek Nasu
Februari 20, 2026, Jumaat - 4:27pm

Emma Maembong (tiga kanan) menyerahkan dokumen keranda yang disumbangkan kepada keluarga mendiang Lidek sambil disaksikan oleh Thomas (dua kanan) di Sibu, hari ini.
SIBU: Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Terabai Menua bersama pelakon popular tanahair, Emma Maembong telah memberikan sumbangan keranda kepada keluarga mendiang Lidek Nasu di Batu 8, Jalan KJD, Sungai Mador di sini, hari ini.
Turut hadir dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah Pengerusi persatuan Thomas Jagan yang menyatakan bantuan berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan persatuan dalam membantu keluarga yang memerlukan, khususnya ketika berdepan saat dukacita.
Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Emma Maembong atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan.
Sumbangan itu disampaikan bagi meringankan beban kewangan keluarga dalam menguruskan urusan pengebumian, selain sebagai tanda solidariti dan keprihatinan masyarakat terhadap keluarga mendiang.
Pihak persatuan berharap sumbangan itu dapat memberi ketenangan dan sokongan emosi kepada keluarga mendiang, sekali gus menggalakkan semangat bantu-membantu dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Menurut pihak persatuan lagi, usaha kebajikan seperti ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa demi memperkukuh nilai empati, perpaduan dan tanggungjawab sosial dalam komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar negeri ini.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pesta Kecergasan TBC galak gaya hidup sihat
Februari 20, 2026, Jumaat - 4:30pm

Tetamu dan para peserta bergambar pada Program Pesta Kecergasan Tahun Baharu Cina anjuran Pemuda PDP Nasional baru-baru ini.
LIMBANG: Program Pesta Kecergasan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Nasional baru-baru ini mampu menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan dan aktiviti kecergasan dalam kalangan masyarakat.
Pengerusi Pengelola merangkap Exco Pemuda Nasional dan Presiden Kelab Senamrobik Generasi Cergas Daniel Taha berkata, program ini menggabungkan aktiviti fizikal sihat dengan sambutan budaya untuk memulakan Tahun Baharu dengan tenaga positif.
“Program ini dianjurkan dengan objektif menggalakkan gaya hidup aktif melalui sukan dan aktiviti kecergasan dalam kalangan masyarakat, di samping memupuk semangat perpaduan sempena sambutan TBC,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, antara tarikan utama malam tersebut ialah sesi senaman bertenaga bersama instruktur jemputan khas dari Kota Kinabalu serta jamuan santai yang berjaya mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh harmoni dan semangat muhibah.
Seramai 150 peserta menjayakan program itu yang berlangsung penuh meriah.
Turut diadakan Pelancaran Rasmi Dancefitfiesta 2.0, yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mei tahun ini dan dijangka menarik penyertaan lebih ramai komuniti pencinta kecergasan dari seluruh daerah.
Program itu turut dihadiri oleh kelab dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti KSCKBR, Fat 2 Fit Studio, Kelab Padang, serta ahli-ahli komuniti setempat yang sentiasa menyokong aktiviti sihat dan positif.
Turut sama ialah Pengerusi PDP N.80 Batu Danau Kaunselor Henry Madai, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Rynnille Elsther Peter, Exco Wanita Pusat merangkap Ketua Wanita N.80 Batu Danau Kaunselor Lim Goon Tie, Presiden Kelab Gimnasium Rakyat Limbang Ronny Jumat,
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Riot ziarah mangsa kebakaran di Kampung Entubuh, Tebedu
Februari 20, 2026, Jumaat - 5:15pm

Riot (tengah) menyampaikan cek bantuan ihsan kepada mangsa kebakaran di Kampung Entubuh di Tebedu, pada Rabu. - Gambar UKAS
KUCHING: Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem turun padang menziarahi dan menyantuni mangsa kebakaran rumah di Kampung Entubuh di Tebedu, Serian yang berlaku pada petang Rabu lalu.
Dalam kejadian tersebut, tiga rumah dilaporkan terlibat, dengan sebuah daripadanya musnah sepenuhnya manakala dua lagi mengalami kerosakan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semasa lawatan itu, beliau menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa serta memuji keberanian dan semangat kerjasama penduduk kampung yang bertindak pantas membantu memadamkan kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba.
Menurutnya, tindakan segera penduduk jelas mencerminkan tahap perpaduan dan keprihatinan komuniti yang tinggi.
“Saya amat memuji keberanian dan kerjasama penduduk Kampung Entubuh yang bertindak segera membantu memadamkan api sebelum pihak bomba tiba. Semangat seperti ini harus dicontohi,” katanya.
Beliau turut menasihati ketiga-tiga mangsa selaku ketua isi rumah agar terus tabah dan bersabar dalam menghadapi ujian tersebut.
Dalam lawatan berkenaan, beliau turut menyampaikan bantuan ehsan kebakaran kepada mangsa, selain bantuan makanan kering daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban mereka.
Turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan ialah Pegawai Daerah Tebedu Gerard George Entigar, Pegawai JKM Serian Robert Julong Bagat serta Ketua Kaum Edward Bingam.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah Terbuka TBC Alice Lau berlangsung meriah
Februari 20, 2026, Jumaat - 6:04pm

Lau (duduk, tiga kiri) merakam kenangan bersama masyarakat pelbagai kaum pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 di pusat khidmatnya.
SIBU: Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau di pusat khidmatnya hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan etnik.
Para pengunjung dihidangkan dengan pek makanan, limau mandarin dan angpau serta dimeriahkan dengan persembahan tarian singa oleh Sibu Martial Art (Quan Shu) Association dan persembahan tukar topeng muka Cina (Bian Lian).
Ketika ditemui pemberita, Lau berkata walaupun sambutan tersebut berlangsung dalam bulan Ramadan, pihaknya menyediakan pek makanan halal khas untuk pengunjung Muslim supaya mereka boleh membawanya pulang bersama limau mandarin dan minuman.
“Bagi pek makanan bukan halal, kami menyediakan lebih 1,000 pek dan pengunjung boleh mengambilnya sebelum menerima angpau perayaan,” ujarnya yang bersyukur kerana cuaca tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas yang hujan.
Lau turut memberitahu bermula Cap Goh Mei, pusat khidmatnya akan meneruskan pengagihan pek makanan vegetarian pada setiap hari pertama dan hari ke-15 dalam kalendar lunar di Tokong Tua Pek Kong dan Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Lau (lima kiri) merakam kenangan bersama Tiong (empat kanan) pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 di pusat khidmatnya.
“Ini mungkin bukan sumbangan besar, tetapi ia melambangkan keprihatinan dan semangat kebersamaan.
“Satu usaha kecil untuk memastikan mereka yang memerlukan merasai kasih sayang dalam komuniti kita,” tambahnya.
Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Presiden Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu Ngieng Hock Teck, ketua masyarakat dan ketua kaum. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga bersyukur jualan juadah berbuka puasa laris
Februari 20, 2026, Jumaat - 6:08pm

Huziyati menunjukkan cendol dan air kelapa segar jualannya.
BINTULU: Tiga peniaga juadah berbuka puasa bersyukur dengan jualan yang laris dibeli para pengunjung pada hari kedua umat Islam berpuasa Ramadan hari ini.
Pelbagai jualan kuih-muih yang dijual menjadi tumpuan dan menerima maklum balas baik daripada pembeli.
Antara peniaga yang ditemui ialah Huziyati Shaimi yang menjual pelbagai jenis makanan untuk berbuka puasa.
"Sejak semalam pada hari pertama puasa, jualan saya habis semuanya dibeli pelanggan," kata Huziyati kepada Utusan Borneo hari ini.
Beliau yang menjual di Market MDDM Balingian berkata, antara juadah yang dijualnya adalah cendol, air kelapa, rojak buah, nasi ayam, mi jawa, laksa, kuih lenggang, cucur udang dan sebagainya.
"Selalunya jualan nasi ayam awal habis," katanya sambil menambah untuk jualan esok dia merancang untuk menambah menu jualan berupa keropok lekor dan mungkin juga roti canai seperti diusahakannya di premis jualannya sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Huziyati bersedia menerima kehadiran pelanggan di gerai jualannya.
Katanya, keropok lekor tersebut dibawa khas oleh anaknya yang mendapat bekalan di bandar Bintulu.
Dalam pada itu, dua peniaga lain yang turut menerima pembelian positif daripada pelanggan adalah peniaga adik beradik.
Selihah Labot, 57, berkata, setakat ini perniagaan di sini lancar dan hasil jualan menerima sambutan yang amat baik daripada pelanggan.
Katanya, kebanyakan hasil jualan cepat habis dijual sebelum masuk waktu berbuka.
Kuih-muih jualannya terdiri kuih lenggang, pulut panggang, kuih apam balik kecil antara yang mendapat sambutan hangat daripada para pembeli. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Huziyati menyediakan bahan-bahan untuk penghasilan rojak buah di gerainya.
Sementara itu, adiknya Rosmi@Madu Labot, 55, yang menjual kuih tradisional amat popular iaitu kuih penyaram yang goreng segar di tempat jualannya.
Kuih yang rangup di luar dan lembut dalamnya menggunakan gula apong untuk membuatnya yang digoreng menggunakan minyak panas dalam kuali kecil untuk membentuk rupa seperti topi.
"Alhamdulilah jualan penyaram juga habis," katanya ringkas semasa sedang mengoreng penyaram dengan api kecil serta minyak secukupnya di gerai jualannya.
Kelihatan juga tidak banyak jualan kuih penyaramnya di atas meja jualan, susulan jualan cepat habis hasil pembelian banyak dan kerap daripada para pelanggan.
Ketiga-tiganya antara peniaga kecil yang berusaha menambah rezeki pada bulan Ramadan dan persiapan kewangan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Huziyati menyediakan bahan-bahan untuk penghasilan rojak buah di gerainya.
Sementara itu, adiknya Rosmi@Madu Labot, 55, yang menjual kuih tradisional amat popular iaitu kuih penyaram yang goreng segar di tempat jualannya.
Kuih yang rangup di luar dan lembut dalamnya menggunakan gula apong untuk membuatnya yang digoreng menggunakan minyak panas dalam kuali kecil untuk membentuk rupa seperti topi.
"Alhamdulilah jualan penyaram juga habis," katanya ringkas semasa sedang mengoreng penyaram dengan api kecil serta minyak secukupnya di gerai jualannya.
Kelihatan juga tidak banyak jualan kuih penyaramnya di atas meja jualan, susulan jualan cepat habis hasil pembelian banyak dan kerap daripada para pelanggan.
Ketiga-tiganya antara peniaga kecil yang berusaha menambah rezeki pada bulan Ramadan dan persiapan kewangan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bazar Ramadan turut menjadi tumpuan pengunjung bukan Islam
Februari 20, 2026, Jumaat - 6:13pm

Chai tidak melepaskan peluang mengunjungi Bazar Ramadan Satok setiap kali Ramadan tiba.
KUCHING: Bazar Ramadan bukan sahaja menjadi lokasi untuk umat Islam membeli pelbagai juadah berbuka puasa, malah turut menjadi tumpuan dalam kalangan pengunjung bukan Islam, sekali gus memeriahkan lagi suasana sepanjang bulan Ramadan di bandar raya ini.
Tinjauan Utusan Borneo di Bazar Ramadan Satok, mendapati suasananya sangat meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.
Chai Lee Choon, 70, antara yang tidak melepaskan peluang mengunjungi Bazar Ramadan Satok setiap kali tibanya Ramadan, yang sudah menjadi satu kemestian, meskipun beliau bukan beragama Islam.
Menurutnya, kepelbagaian juadah yang ditawarkan menjadi tarikan utama selain suasana meriah yang hanya dapat dirasai setahun sekali.
“Saya memang akan datang setiap tahun. Antara makanan kegemaran saya ialah ayam panggang, kek keju dan nasi goreng dabai,” katanya ketika ditemui.

Michelle menunjukkan antara juadah yang dibeli di Bazar Ramadan Satok.
Chai yang menetap berhampiran kawasan Satok berkata, jarak yang dekat memudahkannya berkunjung ke bazar pada bila-bila masa lapang, tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas.
Sementara itu, Michelle Nerina, 23, berkata, beliau juga tidak melepaskan peluang mengunjungi bazar Ramadan setiap tahun bagi menemani rakan Muslimnya mencari juadah berbuka puasa.
Menurut Michelle, bazar Ramadan memberi peluang kepadanya menikmati pelbagai kuih-muih tradisional yang jarang ditemui pada hari biasa.
“Saya paling suka apam balik dan aneka kuih tradisional. Semalam, saya sudah ke bazar di Matang, hari ini datang ke Satok pula sebab rakan teringin hendak cuba roti John yang sedang viral di sini,” ujarnya.
Bagi Monica Yue, 20, yang berbangsa Bidayuh, kunjungan ke bazar bersama dua lagi rakan sekerjanya disifatkan sebagai aktiviti santai selepas waktu kerja kerana pelbagai jenis makanan boleh didapati di bawah satu bumbung.
“Saya suka kebab dan shawarma. Pilihannya banyak dan mudah untuk kami berkongsi serta mencuba makanan berlainan,” katanya.

Monica turut tidak melepaskan peluang mengunjungi Bazar Ramadan Satok.
Dalam pada itu, Bazar Ramadan Satok 2026 beroperasi mulai 19 Februari hingga 20 Mac 2026, dari jam 2 petang hingga 7 malam setiap hari sepanjang Ramadan.
Sebanyak 108 tapak jualan disediakan di Satok tahun ini, merangkumi 82 tapak makanan, 22 tapak minuman serta empat tapak makanan panggang, sekali gus menjadikannya antara bazar terbesar dan paling tersusun di bandar raya ini.
Sejak diperkenalkan, Bazar Ramadan Satok kekal sebagai simbol keharmonian masyarakat berbilang kaum di Kuching apabila bukan sahaja menjadi lokasi umat Islam mendapatkan juadah berbuka, malah turut menarik kehadiran pengunjung bukan Islam yang bersama-sama menikmati kemeriahan suasana Ramadan setiap tahun.

Suasana di Bazar Ramadan Satok meriah dengan kehadiran pengunjung termasuk bukan Islam.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkukuh perpaduan, kematangan politik agar kestabilan, kemajuan negara terpelihara: Tiong
Februari 20, 2026, Jumaat - 6:16pm

Tiong (duduk kiri) merakamkan gambar kenangan bersama keluarga Wong serta ahli Parti Demokratik Progresif (PDP) pada semasa majlis rumah terbuka tersebut.
SIBU: Perpaduan dan kematangan politik perlu terus diperkukuh bagi memastikan kestabilan serta kemajuan negara kekal terpelihara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata semua pemimpin, tanpa mengira parti politik, harus mengutamakan kepentingan rakyat serta mengelakkan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam masyarakat majmuk.
“Kita tidak boleh menjejaskan kepentingan rakyat. Perpaduan dan keharmonian mesti dipelihara, sama ada dalam parti mahupun antara kaum,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa berkunjung ke kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di sini, hari ini.
Menurut Tiong, kestabilan politik merupakan asas penting kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Sehubungan itu katanya, perpaduan dalam parti perlu sentiasa diperkukuh bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar dan berkesan.

Tiong ketika ditemui pemberita semasa program tersebut.
Beliau berkata, perpecahan serta pertikaian yang berlaku di sesetengah tempat wajar dijadikan iktibar agar tidak menjejaskan usaha pembangunan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara.
Sementara itu, Wong berkata Sarawak terus menjadi contoh keharmonian masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam semangat kepelbagaian dan perpaduan.
Beliau berkata rakyat negeri ini, tanpa mengira agama dan bangsa, hidup aman, saling menghormati serta bekerjasama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
“Di Sarawak, kita hidup seperti sebuah keluarga besar. Inilah keunikan dan kekuatan kita,” katanya.
Kedua-dua pemimpin itu sependapat bahawa perpaduan yang kukuh serta kepimpinan bertanggungjawab merupakan kunci kepada kesejahteraan berterusan bukan sahaja di Sarawak, malah di peringkat nasional.
Mereka turut menegaskan usaha memelihara keharmonian kaum perlu diperkasa secara berterusan bagi memastikan negara kekal stabil, aman dan makmur.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mayat lelaki dalam insiden bot laju karam ditemui
Februari 20, 2026, Jumaat - 6:29pm
BETONG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot laju yang diujinya karam berdekatan Rumah Siti Tisak, Ulu Sungai Skrang di sini, ditemui meninggal dunia pagi tadi.
Mayat mangsa berusia 20 tahun itu dijumpai kira-kira jam 10.50 pagi pada jarak 15 kilometer dari pos kawalan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (POG) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.12 petang, 18 Februari lalu.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 21 kilometer dari balai dan tiba pada jam 4.45 petang hari sama.
“Berdasarkan maklumat saksi, mangsa dikatakan sedang menjalankan ujian bot laju sekitar jam 3.51 petang sebelum bot berkenaan dipercayai karam.
“Operasi SAR diteruskan sehingga hari ketiga dengan penglibatan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba bagi membantu pencarian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, operasi pagi tadi dimulakan seawal jam 7.30 pagi melibatkan pencarian di permukaan air dalam radius tujuh kilometer menggunakan bot bomba.
Katanya, strategi pencarian membabitkan pembahagian dua kumpulan, iaitu pasukan bomba dan K9 bergerak ke hilir sungai, manakala polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung melakukan pencarian ke hulu sungai.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Tisak Ulu dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.
Operasi berkenaan turut dibantu oleh polis, APM, RELA serta penduduk kampung dengan keseluruhan puluhan anggota dan beberapa bot serta perahu digunakan sepanjang operasi.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua terselamat, kereta terbabas ke dalam parit di simpang Lubok Antu
Februari 20, 2026, Jumaat - 7:40pm
BETONG: Dua individu terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit dalam kejadian kemalangan sebelum Kampung Sedarat Panjang, Simpang Lubok Antu, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.35 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 32 kilometer dari balai.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit.
“Dua mangsa, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita, berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, mangsa wanita yang mengadu sakit pada bahu diberikan rawatan awal oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, pasukan operasi turut bertindak membuka terminal bateri kenderaan bagi memastikan tiada risiko kebakaran sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.20 petang.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|