|
All about Langkawi (by inaez, lina_lim79 & zul_khaleeda)
[Copy link]
|
|
Originally posted by sayangfarisPJ at 6-7-2007 10:20 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
insyaalah....saya stay kat federal villa.
Flight dari kl pukul 10.20 pg...(31hb)
la..sama le.. 10.20pg..flight ak6302... jumpa di lcct ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1855 mekjawa's post
mekjawa berapa rate langkasuka 1 malam ek? |
|
|
|
|
|
|
miz_hazel This user has been deleted
|
Reply #1860 menachi's post
tak silap hazel RM 199 ....tak sure sgt sbb hubby yg bayarkan............![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Keunikan Gua Kelawar
Oleh Hamzah Osman
Aktiviti penerokaan, kegiatan lasak janjikan keseronokan, percutian lebih bermakna kepada pengunjung
![](http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/8dimen12a.jpg)
"HAMIS! Menyesakkan hidung dan hanya memenatkan badan," kata-kata itu mungkin terpacul daripada bibir mereka yang tidak berminat dengan kegiatan meneroka gua.
![](http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/8dimen12b.jpg)
Malah, bagi segelintir wanita yang tidak berminat kegiatan lasak, aktiviti itu pasti tidak seronok seperti membeli-belah di kedai bebas cukai sekitar pekan Kuah, mahupun seindah bersantai di Pantai Chenang atau Tanjung Rhu.
Begitu juga lelaki, mereka yang tidak berminat mungkin memberikan seribu satu alasan jika diajak menyusup kegelapan Gua Kelawar yang terkenal sebagai rumah kepada beribu-ribu kelawar di pulau lagenda, Langkawi.
Letaknya di kawasan hutan bakau di Sungai Kilim, antara sungai terindah di pulau sumpahan Mahsuri, gua sepanjang kira-kira 60 meter itu semakin popular di kalangan pengkaji dan peminat rekreasi.
Untuk itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) memajukannya menerusi projek Langkawi Geopark sebagai kawasan rekreasi yang indah untuk membolehkan pengunjung menikmati udara dingin dan pemandangan indah di sekitarnya.
Perjalanan ke Gua Kelawar dari pangkalan nelayan Sungai Kilim (belakang Galeria Perdana) hanya mengambil masa kira-kira 10 minit, manakala dari Tanjung Rhu mengambil masa 30 minit menggunakan bot laju.
Sepanjang perjalanan, pengunjung turut dihidangkan pemandangan indah bukit batu yang berusia beratus juta tahun di kiri dan kanan Sungai Kilim yang pasti menjanjikan percutian anda lebih bermakna dan menyeronokkan.
Berbekalkan lampu suluh, pengunjung bakal memperoleh pengalaman baru sebaik melihat beribu-ribu kelawar bergantungan dalam kegelapan di dinding dan setiap penjuru gua yang mirip bentuk terowong.
Bagi sesetengah mereka yang tidak tahan dengan bau hamis najis kelawar, mereka boleh meneruskan penerokaan dengan menyaksikan pembentukan stalagmit dan stalaktit di sepanjang laluan konkrit yang dibina merentasi gua itu.
Pembinaan laluan konkrit itu juga bertujuan memudahkan pengunjung menyusup ke dalamnya kerana gua itu kerap dilimpahi air Sungai Kilim apabila waktu air laut pasang.
Selain itu, pengunjung juga pasti terpegun sebaik melihat pokok belalai gajah tergantung di celah batu di dalam gua itu. Pokok berkenaan amat istimewa kerana ia dikatakan mengambil masa 60 tahun untuk membesar sepanjang semeter.
Pokok itu juga amat bernilai dan harganya dikatakan boleh mencecah sehingga ratusan ringgit sekiranya dijual.
Seorang pengunjung, Tommy Melzer, 43, dari Jerman, berkata Gua Kelawar antara gua yang unik kerana hanya boleh dikunjungi dengan menaiki bot dan pada masa tertentu mengikut pasang surut laut.
"Sungguh menyeronokkan kerana sebaik masuk saja ke dalam Gua Kelawar ini saya disambut dengan bunyi jeritan beribu-ribu kelawar yang bergantungan di dinding gua," katanya yang pertama kali mengunjungi gua itu.
Bagaimanapun, katanya, pengunjung diingatkan supaya sentiasa membawa lampu suluh atau lilin dan memakai kasut getah kerana kawasan di dalamnya amat licin disebabkan najis kelawar yang menjadi penghuni tetap gua itu.
Paling menarik, katanya, kesunyian dalam gua itu hanya dihiasi bunyi air yang menitis daripada batu di atas gua yang jatuh ke batu yang kelihatan membentuk beberapa objek aneh dan jarang ditemui di kawasan gua di tempat lain.
Pegawai Daerah Langkawi, Mansor Ismail, berkata sungguhpun kewujudan gua mencerminkan kebesaran Allah tetapi ia mampu memberi pulangan lumayan jika dieksploitasi daripada perspektif pelancongan.
"Meneroka gua memang banyak keseronokannya. Jika pelancong dari luar sanggup datang dari jauh semata-mata untuk melihat keunikan dan keindahannya, mengapa kita yang dekat tidak mahu berbuat demikian," katanya.
Oleh itu, jika anda yang belum pernah berkunjung ke Gua Kelawar jangan lepaskan peluang dan mengambil kesempatan pada musim cuti sekolah dan perayaan untuk bertandang ke gua itu bersama keluarga.
![](http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/8dimen12c.jpg)
Bagaimana ke sana?
Sekiranya dari Kuala Lumpur, anda boleh memilih sama ada untuk menaiki pesawat AirAsia atau Penerbangan Malaysia (MAS) terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat.
Bagaimanapun, kalau anda tidak suka pesawat anda boleh menaiki bas sehingga ke Alor Setar atau berhenti di Kangar.
Dari dua lokasi ini, perjalanan diteruskan dengan menaiki feri sama ada dari Kuala Kedah mahupun dari Kuala Perlis.
Sebaik tiba di Langkawi, pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan pengangkutan ke Sungai Kilim kira-kira 10 kilometer dari jeti Kuah sama ada menerusi perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri atau teksi.
Di pangkalan nelayan Sungai Kilim anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot ke Gua Kelawar menerusi kaunter agensi pelancongan dengan caj berpatutan.
FAKTA: Gua Kelawar
Gua sepanjang 60 meter itu dipercayai wujud sejak lebih 400 juta tahun lalu bersama batu-batan yang menghiasi landskap Pulau Langkawi.
Disebabkan ia dihuni beribu-ribu kelawar, bau air kencing dan najisnya amat kuat menyebabkan tidak ramai pengunjung yang tahan dengan baunya, tetapi bagi mereka yang meminati kegiatan lasak ia bukan masalah untuk meneruskan penerokaan.
Bagi pengunjung yang enggan melihat kehidupan kelawar, mereka boleh menikmati keunikan stalagmit dan stalaktit yang menghiasi gua berkenaan.
Terletak di kawasan hutan bakau di Sungai Kilim, antara sungai terindah di Langkawi dan ia adalah sebahagian daripada Langkawi Geopark.
Perjalanan 10 minit dari jeti nelayan Sungai Kilim dan 30 minit dari Tanjung Rhu menggunakan bot laju.
Pengunjung yang masuk tidak dibenarkan mengganggu atau membunuh kelawar di situ kerana dikhuatiri akan menyebabkan ia lari ke tempat lain. |
|
|
|
|
|
|
|
restoren haji ramli tu kat ner??
camana nak cari?senang tak... |
|
|
|
|
|
|
|
restoren haji ramli tu kat ner??
camana nak cari?senang tak... |
|
|
|
|
|
|
|
kat pantai cenang je.. on the way nak g underwater world... besau signboard..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
miz_hazel This user has been deleted
|
Reply #1866 kate_lost's post
senang sgt....kalau dr airport ...kedai dia sebelah kiri...... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum....
sy plan nak p langkawi on 4-6 dis ni.... malangnya masa tu kan lima so most hotel yg 3 bintang ni dah penuh lak. ada sesiapa yg tau ada info ke, sedara ke atau kawan2 yg keje hotel or travel angency atau sewa rumah ke, mana boleh cari penginapan masa tu...... bajet dalam rm150 je per nite....
tq |
|
|
|
|
|
|
|
oo harus ku pegi kedai hj ramli ni...tak sabar..bulan 8 ni nak g.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by junE-juLY at 7-7-2007 10:38 AM ![](http://forum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
la..sama le.. 10.20pg..flight ak6302... jumpa di lcct ye..
june, klu kita pegi amik package airasia with hotel tue, just print out the itinery tuh jer ker??? for check in flight and hotel?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by simbiosis at 28-6-2007 10:02 PM ![](http://forum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
eh sama lah... i pun pegi next week, stay dekat Awana for 1 nite....see u there
sim, review sket awana porto malai.thanksssssss |
|
|
|
|
|
|
|
hi guys..just came back from Langkawi .. bermalam kat Awana Porto Malai ..huhu..best gilos.. banyak duit habis beli cekelat jerk... thanks for tips guys ...makan kat Wan Thai memang superbbbbb.... fantastik bombastik .... ahaks .... tapi i nak recommend u guys beli pizza kat kedai nama PIZZA - signboard warna hijau ..dekat pantai cenang depan restoran rasa ... u order PIZZA SUPER SEAFOOD ... sedap tahap gaban..... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai ckp candol pulut n laksa tu sedap..kat mana ek??kat tepi pantai kat sg empat?pantai cenang ka..
ahaha..aku nak g mkn jer..tak mau shopping..![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by spritzer at 9-7-2007 04:14 PM ![](http://forum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
hi guys..just came back from Langkawi .. bermalam kat Awana Porto Malai ..huhu..best gilos.. banyak duit habis beli cekelat jerk... thanks for tips guys ...makan kat Wan Thai memang superbbbbb... ...
sprit....awana ok ker???kasi la review skettttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1876 kate_lost's post
berlainan....tp kt langkawi mmg byk tempat jual cendol & laksa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by forex at 9-7-2007 04:32 PM ![](http://forum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
sprit....awana ok ker???kasi la review skettttttttt
weh forex..jd ke duk awana..ko g berapa hb? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1876 kate_lost's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by forex at 9-7-2007 04:01 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
june, klu kita pegi amik package airasia with hotel tue, just print out the itinery tuh jer ker??? for check in flight and hotel??
june tak pernah amik yg skali ngan hotel, tapi june amik yg promotion free tu... yup!.. bawa je yg kita print tu.. nak balik pun simpan baik2 tau.. takpun print 2..satu tu simpan( nak balik nanti guna).. satu lagi utk pergi.. klu kena ujan ke masa nak naik kapalterbang, kita ada lagi satu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|