CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: ellZack

[Tempatan] Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering

[Copy link]
Post time 24-6-2014 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi posted on 24-6-2014 05:39 PM
Insyaalah .. noraidil  perlu kuat demi anak . kekuatan itu akan timbul  bila kita ada kasih sayang ...


I have. dr dlm perut ade support gp. For now x pernah sekali pun ank i menyusahkn. he makes me calm. tq ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 05:47 PM | Show all posts
kazaraf posted on 24-6-2014 05:32 PM
semoga cucu encik AN sentiasa sihat & penyakit yang dialami akan sembuh nanti..

terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 05:47 PM | Show all posts
jamilah posted on 24-6-2014 05:40 PM
Saya doakan AN dan keluarga tabah hadapi dugaan ni..

alhamdullilah...terima kasih jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 05:50 PM | Show all posts
Kredit buat @zuerinaBP  

Kuala Lumpur – Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai saluran untuk membantu.

Pengurus Kanan Modal Insan Brahim’s Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.

“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya itu dengan pihak syarikat ataupun Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.

“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38 dan, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk membuat pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.

Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih. – Harian Metro
   
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 05:55 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-6-2014 05:29 PM
sebab tu saya pun banyak belajar..krn diri sendiri yg alaminya.

Anak saya dan keluarga bukan se ...

besar nya dugaan keluarga abang hadapi..
tak kisah pun abang tulis panjang2
senang paham.. bahasa teratur dan ada perenggan

Semoga semua nya berjalan dengan lancar untuk cucu abang tu
semoga semua nya di permudahkan

tak operate meninggal, operate meninggal..baik kita amik risiko opreate...doakan je anak tu selamat...
keputusan yang di ambil tu betul
kita cuma berusaha
terpulang lah pada ketentuan NYA

sekarang cucu saya kesana kemari tak ada tengkoraknya lah..kena jaga dia betul2....dia plak lasak..macam org tak sakit.
pernah duduk dekat sebulan juga menjaga abang kita yang xcdent
wad yang patah riuk bersebelahan ja dengan wad kanak2
pernah tertengok sorang budak ni
seperti cucu abang citer kan tu
lasak nya bukan main
dengan tengkorak kepala takde
kita lak ngilu nengok

kalau tak berkawan dengan orang OKU ni..
mungkin agak payah untuk memahami perasaan dier rang
dan memahami perasaan orang yang menjaga

jauh sekali nak bekap si mak tu
biar lah dia..
dah dalam siasatan dan bakal d hukum
malas nak ambik tau pasal si emak tu
tak kira lah apa hukuman nya nanti
semoga itu akan menyedarkan dia






Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gji byk ngat lola ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2014 06:00 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 05:55 PM
besar nya dugaan keluarga abang hadapi..
tak kisah pun abang tulis panjang2
senang paham.. bahas ...

Tulah...terima kasih.

sebab tu saya minta pertimbangan dulu..siasat dulu, kaji dulu masalah lola ni..terbukti dari siasatan pihak berwajib..dia begitu kejam..nak carutkan dia sampai subuh pun tak apa..

macam saya..keluarga saya tabah..saya kuat semangat..mungkin sbb saya ni lelaki yg pernah susah dan dari keluarga2 susah..

Lola ni sapa tahu?..dia perempuan..kenapa tetiba dia jadi macam tu?..tu yg kita perlu selidiki dulu...hentam memang seronok..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:03 PM | Show all posts
noraidil_06 posted on 24-6-2014 05:42 PM
I have. dr dlm perut ade support gp. For now x pernah sekali pun ank i menyusahkn. he makes me c ...

semoga terus tabah kak

menaip kata2 memang senang dan mudah kan kak
tapi itu ja termampu
semoga semua nya d permudahkan untuk akak dan keluarga




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana cukup duit sibuk Nak melaram
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-6-2014 05:50 PM
Kredit buat @zuerinaBP  

Kuala Lumpur – Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya ...

Takde lah miskin sgt....ingatkan gaji tujuh lapan ratus je....kawan ris gaji bersih seribu elok je dpt bela anak 3 org....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:11 PM | Show all posts
anak kucen pun kita bagi makan tiap2 hari

sedih tgk dia mengiau2

neh plak anak kandung? cacat?

seminggu beberapa kali je makan?

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:13 PM | Show all posts
Bell posted on 24-6-2014 12:22 PM
Kalau dah mati ok la. Tp how about bapak tirinya? Adakah dia pun terlibat mengasing dan menaniaya  ...

Sejak kes ni tersebar. aku hari2 baca paper
nama bapak tiri langsung tak di sebut sebut
agak muskil di situ
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:13 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-6-2014 06:00 PM
Tulah...terima kasih.

sebab tu saya minta pertimbangan dulu..siasat dulu, kaji dulu masalah lol ...
terbukti dari siasatan pihak berwajib..dia begitu kejam..nak carutkan dia sampai subuh pun tak apa..
terbukti pun kejam
malas nak carut2 ni bang
bukan boleh mengubah apa2 pun

nak tekan kan kat sini..
malas nak mengutuk atau mencarut
tak bermakna menyokong perbuatan keji membiarkan anak kebuluran macam tu

yang penting sekarang adik tu dah terbela nasib nya
tentu ramai dok manja2 kan dia sekarang kat hospital tu
tentu dia seronok kan
dulu sensorang .......

alhamdulillah
semoga hari2 mendatang bahgia ja yang adik tu rasa



Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:15 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 24-6-2014 12:51 PM
kan nok...berair gak la mata aku tgk....

walau dlm keadan sopa jerangkung
namun rambut adik Firdaus tetap menarik pehatian aku

hitam lebat curly beralun..sayang pulak bila di botak kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel posted on 24-6-2014 06:13 PM
Sejak kes ni tersebar. aku hari2 baca paper
nama bapak tiri langsung tak di sebut sebut
agak mus ...

ntah ujud ntah x? haiyuukkk. jom ... csi. sapa laki lola ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:18 PM | Show all posts
Berat Muhammad Firdaus naik 2kg
24 Jun 2014

Rohani melihat keadaan remaja orang kurang upaya (OKU) Mohammad Firdaus Dullah, 15, ketika melawat remaja itu di wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini hari ini. - Foto Bernama Rohani melihat keadaan remaja orang kurang upaya (OKU) Mohammad Firdaus Dullah, 15, ketika melawat remaja itu di wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini hari ini. - Foto Bernama

SEREMBAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menempatkan remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, di institusi kanak-kanak JKM melalui perintah sementara daripada mahkamah sebaik dia sihat dan pulih serta dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
   
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, langkah ini bagi memastikan dia dijaga dengan baik, diberi perlindungan dan juga pemulihan.
   
"Sebagai seorang OKU, kita akan memberikan segala bantuan dan kemudahan yang diperlukannya. Dia akan kita tempatkan di institusi kami yang bersesuaian dengan keadaannya.
   
"Kami juga akan memberikan kaunseling sebab emosinya belum lagi stabil," katanya kepada pemberita selepas melawat Muhammad Firdaus di HTJS di sini, hari ini.
   
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
   
Rohani berkata selain itu, JKM juga akan menjejaki waris remaja OKU itu, selain daripada ibunya.
   
"Ini disebabkan, walaupun dia akan berada dalam institusi kami, saya tidak mahu hubungan kekeluargaan terputus. Keluarga mesti bersama-sama bertanggungjawab untuk memastikan Muhammad Firdaus mendapat sepenuh kasih sayang," katanya.
   
Ditanya berapa lama Muhammad Firdaus akan berada di hospital, beliau berkata, melihat daripada keadaannya, dia dijangka dibenarkan keluar daripada hospital dalam tempoh sebulan atau lebih.
   
Katanya Muhammad Firdaus kini didapati bertambah sihat dan selera makannya pun bertambah.
   
"Dalam masa tiga hari, berat badannya telah bertambah dua kilogram. Dia memberi tindak balas yang baik terhadap segala rawatan yang diberikan kepadanya.

Dia nampak gembira dan hendak makan sahaja, yang penting dia bertambah kuat, malah dia bangun sendiri. Sebagai OKU 'cerebral palsy' keadaan ini adalah normal," katanya.
   
Beliau yakin remaja yang ditemui dalam keadaan menyedihkan Sabtu lalu akan pulih dengan lebih cepat.
   
Sementara itu, Rohani mengesahkan bapa Muhammad Firdaus iaitu Dullah Sibil, sudah meninggal dunia ketika berumur 51 tahun di Sabah pada 22 Januari 2012.
   
Mengenai ibu Muhammad Firdaus, Rohani berkata, ibunya masih ditahan reman polis dan kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 06:18 PM | Show all posts
intan_pet posted on 24-6-2014 12:51 PM
Diorg bercerai waktu firdaus umur 1 tahun ke?
Lps tu tak pernah berhubung....

Paper tulis gitu la

kawin di sabah. pastu pindah ke senawang nsemilan keja kilang
setahun firdaus dilahirkan , kakLolak ngan laki dia bercerai
terus putus hubungan
ayah kandung Firdaus asal Kinarut, Sabah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:22 PM | Show all posts
poyohabis posted on 24-6-2014 01:50 PM
Oooo kira budak tu anak yatim la ye... Agak2nya bercerai mati kot... Si maknya ni jd dpt batang ba ...

mengabaikan anak kandung sampai gitu sekali

mulut jahat aku nak padan kan muka kaklolak ni, bila tau di keguguran

dia tak layak jadi sorang ibu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:23 PM | Show all posts
Hukuman berat boleh dikenakan jika abai anak
23 Jun 2014

KUALA LUMPUR - Perbuatan mengabaikan anak sehingga boleh membawa kematian adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat.
   
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamidah Yunus berkata ibu bapa yang mengabaikan anak mereka boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
   
"Mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, terkandung kesalahan iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.
   
"Jika telah cukup bukti hasil keterangan semua pihak bahawa wujudnya salah satu elemen itu di mahkamah, tindakan akan diambil terhadap ibu bapa terbabit," katanya kepada Bernama.
   
Beliau berkata banyak ibu bapa menganggap perbuatan mengabaikan anak-anak mereka bukan urusan orang lain sehingga boleh diperlakukan sesuka hati.
   
"Tanggapan itu ternyata meleset sama sekali...kita ada undang-undang bagi melindungi kanak-kanak, ibu bapa jangan ingat mereka terlepas," katanya.
   
Mengulas kes remaja Orang Kurang Upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, Sabtu lepas, Hamidah berkata perbuatan ibunya telah menyebabkan penderitaan, masalah kesihatan sehingga boleh membawa kematian kepada remaja itu.
   
"Walaupun disahkan bahawa ibunya tidak mendera secara fizikal ke atas anaknya seperti memukul dan sebagainya, namun penderaan dari segi emosi telah berlaku.
   
"Ini kerana ibunya tidak menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna kepadanya sehingga membawa kepada pengabaian,"katanya.
   
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menahan reman ibu remaja terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan siasatan menjurus kepada punca sebenar mengapa kanak-kanak itu diabaikan dan ditinggalkan seorang diri di flat berkenaan.
   
Sementara itu, Pakar Psikologi Kaunseling Fakulti Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan lebih tegas agar kes melibatkan pengabaian, penganiayaan, penderaan atau penyeksaan terhadap kanak-kanak dapat ditangani dengan lebih berkesan.
   
Katanya terdapat ibu bapa ketika ini seolah-olah tidak peka akan empat perkara asas yang seharusnya diberikan kepada anak-anak iaitu menjaga,
memelihara, melindungi dan memberi sokongan dalam proses perkembangan anak-anak mereka.
   
Beliau berkata nilai kemanusiaan semakin terhakis sehingga ada kalanya ibu bapa sanggup mengabaikan dan menyeksa anak-anak daripada memberi suasana perkembangan hidup yang positif.
   
Mengulas tentang ibu bapa yang mempunyai anak OKU, beliau berkata ibu bapa berkenaan seharusnya tidak perlu merasa takut atau bimbang kerana terdapat banyak saluran yang boleh memberikan bantuan sama ada melalui agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).
   
"Ibu bapa harus sedar bahawa anak adalah amanah dan anugerah Tuhan. Suka atau tidak anak-anak perlu dijaga dengan baik apatah lagi jika mereka OKU...Jangan menganggap anak itu menyusahkan, sebaliknya ibu bapa mesti sanggup menjaga mereka dengan penuh kasih sayang," katanya.
   
Keluarga terdekat, jiran dan komuniti juga seharusnya bertanggungjawab dan peka dalam memastikan perkembangan kehidupan seharian kanak-kanak terjamin, kata Mohamed Fadzil. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 06:32 PM | Show all posts
pittjie posted on 24-6-2014 06:16 PM
ntah ujud ntah x? haiyuukkk. jom ... csi. sapa laki lola ni.

esok aku beli paper ..
'
kalau ada story pasal laki baru kaklolak , aku letak sini
tak payah susah2 nak bercsi

yang peting skrg ni.., adik Firdaus dah selamat dan semakin sihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98dd5bhatt ji
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 2626 Replies : 0
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19207 Replies : 24
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3232 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 3839 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3941 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98bhatt ji
Views : 4041 Replies : 0
bhattji
akkuio98bhattji
Views : 4551 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.295877 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list