Tiba-tiba tawanya terhenti. Ruang bilik yang suram direnungnya tembus. Dan di sebalik dinding terpampang wajah Najiha Abdul Samad. Lembut, tersenyum manis dengan gaya gadis kampung yang penuh sopan dan santun.
“Kenapa hati aku tiba-tiba rasa pelik?” Berkali-kali matanya dikejip namun wajah Najiha tenggelam timbul di ruang mata.
“Layakkah aku mencium bau syurga sedang neraka begitu marak menyala?” Persoalan yang diutarakan kepada Najiha diulangnya kembali.
“Kenapa tidak?” Suara lunak milik Najiha kedengaran di cuping telinganya. Pantas dia menoleh. Memerhatikan sekeliling. Yang ada hanyalah sunyi dan sepi...
Tapi neraka aku terlalu semarak... Hatinya berbicara pula.
“Jika Dia mengkehendakinya, semarak neraka akan terpadam atas rahmat-Nya.” Kata-kata Najiha kedengaran lagi. Sekali lagi dia menoleh. Ke kiri, ke kanan, ke belakang...
Tubuhnya dijatuhkan pula ke atas katil. Mata bundarnya merenung siling. Wajah Najiha muncul pula di situ. Lekas-lekas dua kelopak mata dipejam.
"Kalau taman hati itu ditanam dengan iman, Insya-Allah emosi itu lebih menenangkan. Dan jika awak baja pokok iman dalam taman hati awak itu dengan zikrullah, masya-Allah! Awak akan terasa kesegarannya apabila mencium bunga-bunga iman yang berbau syurga"
Suara lunak itu kedengaran lagi. Kelopak matanya dibuka kembali.
“Apa yang tak kena dengan aku ni?”
Senyumannya... tawa rianya yang bersahaja, tutur katanya yang lembut... Segala-galanya tentang gadis itu tiba-tiba mencuit rasa hati.
Hahaha... Dengan gadis naif yang yang lemah gemalai? Sangkanya dengan membuai perasaan gadis itu, akan membuatkan Fahmi cemburu. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Sudah gilakah aku?
Tawanya terhenti. Puas dia cuba menghadirkan wajah Fahmi. Lelaki itu sudah tiga hari tak ditemuinya. Kalau tidak ada kursus mahu pun seminar, masanya kini banyak dihabiskan bersama Dona.
Ahhh! Bayangan Najiha juga yang muncul. “Najiha... kenapa awak pula yang muncul?”
**********
tamat! Sila buat plot sendiri...
Nantikan kemunculannya di versi cetak!
Sure bengkek giler kan? kan? Last edited by ladyFinger12 on 19-4-2013 04:25 PM
ladyFinger12 posted on 19-4-2013 04:38 PM
Wehhh... Eddie tu sah sah jiwa kacau. Mmg dia tengah tensyen. Awat hang nak tensi tensi pulak ni? ...
Tensen okeh! Ingat senang ke jadi MD?
Bayangkan Eddie tengah jiwa kacau... kejap bukak radio era...kejap bukak IKIM FM. Bila tengah kacau bukak Era lagi..dah ok balik bukak IKIM FM. Lama-lama gila terus......