![](http://4.bp.blogspot.com/-wP94TSbDjy8/Ub_T8Y-YvhI/AAAAAAAAkKk/PJPJAAWZc0k/s400/kesan+impak2.jpg) ![](http://2.bp.blogspot.com/--dKnriymO7g/Ub_TvA4z3-I/AAAAAAAAkKY/HuA5aIQfG1M/s400/kesan+impak.jpg) Apakah jenis kuasa yang menyebabkan sebuah jalanpecah dan mengakibatkan sebuah kereta terbenam sehingga enam meter ke bawahtanah?
Menurut seorang pakar kejuruteraan, tenaga yang menghempap kereta Honda Cityyang dipandu oleh Lim Chin Aik adalah bersamaan dengan tenaga tujuh bas yangbergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secaraserentak.
Kapasiti penuh bagi setiap bas henti-henti adalah 60 penumpang dan pemandu.
Arkitek berusia 35 tahun yang berpangkalan di Singapura, Clifford Tan membuatpengiraan mengenai daya impak ke atas kereta yang dipandu oleh penjual nasi,Lim apabila penebat kilat sepanjang 38 meter dan sebahagian daripada “dindingsayap” yang memegangnya jatuh dari bumbung Menara Umno setinggi 21 tingkat diJalan Macalister.
Tan berkata, serpihan itu “akan memusnahkan apa yang dikenakannya”.
Serpihan yang melambung jatuh ke bawah itu akan menghasilkan halaju yang tinggiapabila menjunam, katanya dalam satu temu bual menerusi panggilan telefon dariSingapura.
Beliau berkata, ia akan menjadi sukar untuk mengeluarkan apa-apa yang telahdihancurkan atau dihempap dengan tenaga kuasa daripada serpihan yang jatuh itu.
Nasib pemandu masih tidak diketahui tetapi dia dikhuatiri terbunuh.
Tan, yang menyiarkan penemuan beliau pada akaun Facebook peribadinya, merujukkepada ribut yang dahsyat, yang menyebabkan penebat kilat dan penyokongnya yangmerupakan dinding sayap konkrit terjatuh.
Runtuhan serpihan itu turut menyebabkan seorang pembantu pemandu lori dariIndia maut.
Tan menganggarkan bahawa jisim konkrit yang runtuh itu sahaja hampir 100 tanmetrik.
Dengan rangka keluli, struktur antena keluli, aluminium pelapisan dan komponensampingan yang lain, jumlah jisim struktur yang jatuh itu mungkin seberat110-120 tan metrik, katanya.
Bagi daya impak, beliau menganggarkan, kira-kira 1143333 N (newton) atau 1,143kN.
Meletakkannya sebagai satu perspektif: jika anda meletakkan sau botol airseliter di tangan anda, yang mengenakan daya ke bawah kira-kira 10N (9.8N) ditangan anda.
Daya impak serpihan itu adalah 114,333 kali daripada itu.
Selain itu, beliau berkata, ia adalah bersamaan dengan tujuh bas RapidPenangyang penuh muatan yang memberi kesan kepada seorang individu pada kelajuan 133kilometer sejam (133km/j).
Sebuah tapak lantai konkrit biasa bagi sebuah bangunan pejabat direka untukmembawa beban sebanyak 1.5 hingga 2.0kN/ meter persegi, manakala kawasan bebanberat seperti dok muatan biasanya lima kN bagi meter persegi.
Tambahan berat beban papak lantai, sebagai contoh gudang dan kilang-kilang,biasanya diberi nilai antara 10-20kN/bagi meter persegi.
“Saya menganggarkan bahawa dinding sayap jatuh dari anggaran ketinggian 70meter dan akan menyebabkan apa-apa yang dikenakannya akan musnah,” kata Tan.
Tan menegaskan bahawa beliau tidak membuat spekulasi mengenai runtuhan itutetapi hanya menawarkan pemerhatian berdasarkan pengetahuan mengapa kereta ituhancur sehingga menjadi kepingan. |