Nicki_Meow posted on 19-4-2013 03:28 PM
TAK PAYAH! Lili is out of the league!
Gituhhhh.....
Hamboi...bangkang sungguh...yelah kot...agak2 lili tau siapa eddie & tau sisi gelap eddie ...harus lili muntah ijau...tp sian eddie...takkn xde ruang nak berubah...kalu x...napa dia beriya2 nak jumpa jiha...rasanya mukan setakt nak kenal jiha tp nak kaunseling drpd jiha...yg pastinya... apa pun kata2 jiha bila kena gaya ada gak meresap dlm hati eddie yg agak sensitip... jiha berhemah beri nasihat...
Takpun kan ...eddie jumpa minah lesbian ke kan....masing2 nak berhijrah kekdahnya....
Santapan hujung minggu khusus buat khai di perantauan dan kebosanan (sebab tak ada pak we lagikk. Cer kalau ada... tak lekat rumah. ) ... kononnya! Pada hal hari ni jugak dia baca sampai habis. lepas tu mintak lagikk...
----
BAB 51
Pejabat Kaunseling.
“Line three!” Kak Ruby melaung.
“Ok, thanks kak!” Gagang telefon aku angkat kemudian butang nombor tiga segera aku tekan.
“Apa khabar Jiha?”
“Eddie!! Ok, Alhamdulillah. Awak?”
“Tak ok... Selepas kejadian di restoran minggu lepas, berkali-kali saya cuba hubungi awak, Jiha. Awak sengaja melarikan diri dari saya?”
“Eh, mana ada. Saya balik kampung.”
“Lamanya awak bercuti.”
“Saja... nak lepaskan rindu pada orang-orang kat kampung.”
“Tapi orang kat KL ni pula yang sakit menanggung rindu.”
Terdiam aku mendengarkan kata-katanya. “Betul lah tu... Ada orang yang sedang merindui anaknya. Ada juga yang sedang menanggung rindu kepada mak, ayah, atuk, nenek, anak buah, kawan-kawan lama...”
“Dah! Cukup, cukup... Berapa ribu orang awak nak senaraikan?”
Terburai tawa aku mendengar jenaka darinya. “Apa lah yang disukakan tu?” Aku menoleh ke belakang memandang Kak Ruby yang menegur sebaik sahaja dia mendengar tawa riang aku.
“Sejak balik dari kampung, bukan main ceria lagi Jiha akak tengok.” Katanya lagi. Aku hanya tersengih. Aku tutup gagang telefon dengan telapak tangan.
“Eddie..” Aku berbisik memberitahu Kak Ruby dengan siapa aku sedang berbicara.
“Sunyi bila kita terlalu beremosi.” Balas aku. Hah! Macamlah kau pandai sangat kawal emosi kau. Perghh... Sadis ayat yang digunakan untuk mengutuk diri sendiri.
“Macam mana tak beremosi bila dalam hati sudah mula bertaman?”
“Kalau taman hati itu ditanam dengan iman, Insya-Allah emosi itu lebih menenangkan. Dan jika awak baja pokok iman dalam taman hati awak itu dengan zikrullah, masya-Allah! Awak akan terasa kesegarannya apabila mencium bunga-bunga iman yang berbau syurga.”
“Layakkah saya mencium bau syurga sedang neraka saya begitu marak menyala?”
“Kenapa tidak? Pembuat syurga dan neraka sentiasa menerima para hamba-Nya dengan dua pintu yang sentiasa terbuka. Kita sebagai hamba, diberi peluang untuk memilih pintu yang mana satu. ”
“Tapi neraka saya terlalu semarak sehingga saya tak mampu lari dari bahangnya.”
“Jangan mudah berputus asa Eddie. Jika Dia mengkehendakinya, semarak neraka tak akan membakar hatta sehelai bulu roma. Jika Dia mengkehendakinya, semarak neraka akan terpadam atas rahmat-Nya.”
“Kalau begitu, sudikah kau mengguyur neraka ku, Jiha?”
Termenung aku memikirkan kata-kata Eddie sebentar tadi. Apa maksud sebenar dia?
“Lah! Dah termenung pulak? Tadi bukan main ceria?” Teguran Kak Ruby mematikan menungan aku.
Sejak Eddie bersedia menjadi klien aku, segala butiran mengenainya sudah pun terekod. Ini bermakna satu bahagian kaunseling sudah tahu aku sedang menangani masalah lelaki yang mengalami kecelaruan seksualiti. Cuma... hanya Kak Ruby sahaja yang mengenali siapakah lelaki gayah itu. Kami bertiga pernah keluar minum sekali, tapi pada masa itu, Kak Ruby tidak mengetahui lagi siapa sebenarnya Eddie. Setelah mengetahuinya, aku meminta Kak Ruby merahsiakan identiti sebenar Eddie. Biarlah orang pejabat terutamanya bos aku mengetahu tentang masalah Eddie tanpa mengetahui siapa orangnya.
Kadang-kadang isu Eddie naik dalam mesyuarat. Bos aku mahu mengetahui perkembangan selanjutnya tentang Eddie. Malah ada juga yang memberikan buah fikiran bagaimana hendak menangani masalah klien aku yang seorang ini. Inilah masalah paling besar dan berat yang aku terima di sepanjang tempoh aku memikul tanggungjwab sebagai kaunselor. Ia sangat mencabar bagi aku. Last edited by ladyFinger12 on 19-4-2013 04:06 PM
Matanya merenung dinding. Dan ingatannya menerawang....
“Eddie! Kau tipu aku. Kalau kau nak main kayu tiga sekali pun kenapa dengan teman serumah aku?”
“Cinta bukan mengira teman serumah ke, teman sekampung ke atau teman seFacebook Lili. Kalau dia teman serumah kau sekali pun, apa aku tak boleh menyintai dia?”
“Sampai hati kau Eddie. Kau tipu aku. Kau sendiri tahu Jiha sukakan Mujahid. Dan kau sendiri setuju nak temukan dia orang berdua.”
“Aku tak pernah tipu kaulah Lili. Bila masa aku beritahu kau yang aku suka kan kau?”
“Eddie!”
“Aku pernah cakap aku cintakan kau Lili? Tak, kan? So, kita kawan sajalah... Macam biasa.”
**********
“Hahaha... Berhasil perencanaan aku. Bila Jiha tahu siapa skandal aku, tentu dia tak akan benarkan BFF dia mengahwini Fahmi.”
Pelbagai cara sudah diusahakannya bagi menggagalkan niat Fahmi. Namun Fahmi nampaknya begitu tekad untuk mengahwini Dona. Satu cara lagi, pergunakan Jiha... Dulu, gadis itu yang bertakhta di hati Fahmi, alih-alih sudah bertukar kepada Dona pula. Begitu mudahnya!
“Aku tahu kau sendiri pun tak pasti dengan hati engkau, Fahmi. Sebenarnya dua-dua kau tak cinta. Kau boleh tipu aku, tapi kau tak akan mampu menipu diri sendiri.” Tawanya kembali terburai.
“Najiha Abdul Samad! Naif sungguh!” Kepalanya digeleng beberapa kali. (part ni lah yg aioll nak tambah bunyi cicak tu... )
“Kaunselor lemah gemalai yang hatinya pasti mudah dibuai.” Dan Eddie kembali tertawa. Tertawa dan terus tertawa....