Post Last Edit by bunick at 19-8-2010 15:09
“Takpe, aku makan aiskrim ni dulu. Jap lagi aku CSI balik kes epal hijau Bunick ni. Dah le tadi aku dah pening-pening lalat bila ada mat salleh interframe kita buka puasa. Pastu sibuk dok mengendeng-ngendeng kat Bunick. Musykil betul aku.” Kia mula menikmati aiskrim yang sudah mencair itu.
“Kia, rasanya tadi kita tak makan burung murai pun kan?” Miko dah gelak kecil.
“Burung murai?” Kia tengok balik kat Miko yang sedang tersengih.
“Ye la, sebab dari tadi lagi kau dok menceceh macam burung murai tercabut ekor. Selalu kau tak macam ni pun.”
“Macam mana aku tak bising, misteri sungguh si Bunick ni. Korang ni komplot dengan Bunick ke? Mesti korang ada rahsiakan apa-apa dari aku ni.” Kia dah bangun bercekak pinggang.
“Sabar Kia, bawak bertendang.” Chengkeh pegang belakang Kia.
“Baik korang cerita kat aku what is going on now? Miko, kau mesti tau pasal epal hijau!”
Miko gamit Kia suruh duduk kat sebelah dia. “Epal hijau??? Hehehee.... tauuuuuu.. tauuu sesangatttttt . Kau nak tau ke Kia? Meh aku cerita. Tersebut lah alkisah…..taibbbbbb…..” Miko dah buka sila untuk bercerita ala-ala dalam filem P Ramlee. Dia berjeda seketika. “ Kau ingat tak ada satu hari tu si Bunick dengan Chengkeh ni follow aku pergi trekking kat Sg. Lolo Hulu Langat? Kan ke minah ronggeng scooby doo ni join aku dengan bebudak opis aku pergi sana.”
“Minggu aku balik kampung tu ye? Habis tu apa kena mengena dengan epal hijau pulak?”
“Kau ni cepat sangat la hilang ingatan Kia. Kan ada kes mamat orang putih yang dok usha Bunick. Si Alex tu lah hot apple green yang dah berjaya membuatkan Bunick angau siang malam.” Panjang lebar Miko bercerita.
“Oooooo……yang tolong buang pacat kat kasut Bunick tu? Mamat tadi tu ke hot apple green? Memang hot la nyah! Meleleh air liur mak tengok dia nyah....” Kia dah dapat balik ingatan dia yang hilang tadi.
“Yang tu la Kia. Sebab tu aku kasi can dia menempel kat Bunick tadi. Tapi aku pun musykil jugak ni, mana Bunick dapat pinky love ballon ni. Rasanya si Alex tu dah balik dah…..” Miko buat muka was-was.
“Entah-entah si Alex tu tak balik lagi kot. Ni mesti dia ada nyorok kat mana-mana ni. Baik kau cakap Bunick mana kau sorok epal hijau tu!” Chengkeh pulak yang beria sekarang ni.
“Wei korang, mana aci tiga lawan satu!” Bunick sedikit menjerit.
“Kau panggil la abang Alex tu masuk team kau Bunick.” Chengkeh pun dah belot dah ni. Tadi bukan main lagi tolong selamatkan Bunick dari serangan Kia, sekarang dia dah jadi kumpulan lawan pulak.
“Aku tak ada apa-apalah dengan epal hijau tu. Lagipun bukan dia baik dengan epal hijau kurang garam ke Miko?” Bunick tanya Miko yang sedang gigit kon aiskrim.
“Epal hijau kurang garam ni sape pulak?” Kia dah garu kepala yang berselendang lilit ala Bienda.
“Tu opismate aku yang suka menempel kat Alex. Ala Bunick, minah tu bila-bila masa je aku boleh singkirkan. Lagipun Alex dengan dia bukan ada apa-apa pun. Aku tengok dia macam dah syok sangat dah kat kau.”
“Wah, untunglah kau Bunick. Nanti bolehlah aku ikut kau balik Norway ye.” Chengkeh dah siap pasang angan-angan. Tuan punya badan entah mana pangkalnya, dia pula yang sibuk-sibuk di hujung.
“Nanti aku suruh si Alex tu masuk Islam, lepas tu pergi konsert Hattan. Lepas tu bolehlah masuk meminang kau Bunick.” Miko dah makin bersemangat nak jadi match maker Bunick dan Alex.
“Miko, kau tak tau ke Alex dah convert?” Bunick pandang je muka Miko yang begitu seronok mengatur rancangan.
“Hah???!!!!Alex dah convert? Kat ofis aku takde bising-bising pun. Mana kau tau ni Bunick?” Miko terkejut bukan kepalang. Tak ada pulak dia dengar khabar angin bertiup di pejabatnya yang Alex dah memeluk agama Islam.
“Tadi dia bagitau aku. Dia cakap tak ada siapa pun tau pasal ni. Keluarga angkat dia je yang tau.” Bunick jawab perlahan. Malu dan bangga bila mendapati bahawa dia antara orang yang terawal mengetahui tentang Alex yang telah memeluk agama Islam. Miko yang satu pejabat dengan dia pun tak tahu.
“Patutlah aku tengok Alex sekarang ni macam lain sikit. No wonderlah diaorang dah tak buat car pool lagi dah.” Miko mengetuk-ngetuk jarinya di atas rumput.
“Wei, jomlah balik. Dah lewat ni. Nanti tak pasal-pasal kena rush pulak.” Kia cuit Chengkeh yang hampir tertidur dalam duduk. Si galah ni kalau mengantuk dalam laut pun dia boleh tidur.
“Jomlah, aku pun dah mengantuk. Nak sahur kat mana ni?” Bunick cepat-cepat bangun. Malas mahu memanjangkan isu tentang Alex alias Muhammad Ariff.
“Tak kisahlah kat mana pun. Aku ikut je….” Miko menjawab sambil mengutip sampah sarap di hadapan mereka.
Keempat dara pingitan itu meninggalkan Dataran Merdeka yang makin sunyi. Apa yang terbayang di fikiran mereka sekarang ini hanyalah bantal sahaja setelah seharian menerjah bumi Kuala Lumpur.
|