Hensem gak yg niki tepek...encem...ada rupa cinlanda....
Yg fendi kebetulan kata rambut dia nak tumbuh panjgkan?...kebetulan jumpa lak gambar tuh...cuma fifi belum ketemu lagi...ada tuh tp terlalu canti lak...macm mek salleh...walaupun tak ler mek salleh sgt sbb kaler rambut dia coklat2 hitam...cun giler meleleh....
Tapi yang Eddie tu errr.... Boboiboy sangat... ...
Bila auntie surf under images utk chinese looking westerner, auntie dpt gambar ni....
Ok tak? Kalau tak ok, auntie cuba lagi... Rasa mcm rupa Cina abis, tapi ngancam babe.... Kalau tak, bagi jer "image" ni kat Shark... Hihihi.... auntie rela.....
“Cantikkan awak?” Fifi berkata sambil matanya tak lepas-lepas memandang ke arah air pancut di taman Suria KLCC ini. Terpegun dan kagum dengan kreativiti dan juga kecanggihan sistem teknologi yang di persembahkan.
“Cantik” Fandi menjawab sepatah. Seperti Fifi, matanya juga mengarah ke hadapan, memerhatikan air pancut yang menari-nari mengikut irama, diiringi dengan lampu laser pelbagai warna. Mereka mengambil tempat duduk tidak jauh dari situ. Kebetulan ketika mereka datang membeli-belah di sini, Suria KLCC sedang menganjurkan KL International Music & Light Festival. Jadi, mereka mengambil kesempatan menyaksikannya, sekadar menghabiskan masa sebelum pulang ke rumah.
“Sofea…”
“Hhmm…”
“Kenapa sekarang ni awak banyak diam?”
“Entahlah awak. Saya…” Fifi mematikan kata-kata lalu mendiamkan diri.
“Awak okay?” Lama memerhatikan Fifi yang tidak bersuara, Fandi bertanya. Fifi menoleh ke arah Fandi. Fifi masih tidak menjawab. Sebelah tangannya di letakkan di atas perut lalu dia tunduk memandang ke bawah.
“Macam-macam yang saya fikir, awak”
“Apa yang awak fikir?”
“Layak ke saya jadi ibu?” Fifi bertanya perlahan. Semakin dekat dengan tarikh bersalin, fikirannya semakin bercelaru. Pelbagai perkara yang bermain di mindanya. Mengandung di usia semuda ini, apatah lagi anaknya tidak sah taraf, membuatkan Fifi merasa terbeban. Terbeban dengan rasa berdosa, terbeban dengan tanggungjawab. Dia tidak tahu sama ada dia mampu untuk melalui semua itu.
“Kalaulah saya boleh patah balik ke masa silam….”
“Tapi awak tak bolehkan?”
“Saya menyesal”
“Awak nak salahkan takdir?”
“Tak..saya salahkan diri saya sendiri”
“Sampai bila?” Fifi diam.
“Seribu penyesalan yang awak luahkan, tak dapat mengubah perkara yang dah pun berlaku, Sofea. Awak tak akan dapat berpatah balik. Perit macam mana pun, awak kena lalui juga” Fifi mengangguk perlahan, sekadar mengiyakan kata-kata Fandi.
“Awak sayangkan Harris?” Fandi pula bertanya lagi. Sejak nama Harris Saifullah di pilih, dia lebih suka memanggil bayi dalam kandungan Fifi dengan panggilan Harris.
“Sayang… tapi…” Kata-kata Fifi terhenti. Sebagai bakal ibu, sudah tentu dia menyayangi anak yang berada dalam rahimnya. Anak itu tak berdosa, yang berdosa adalah dia.
“I don’t think I can be a good mother” Fifi berkata sebak.
“Kenapa awak cakap macam tu?” Fifi mengangkat bahu.
“Saya sebenarnya tak bersedia nak hadapi semua ni. Saya belum bersedia nak jadi ibu. Sepatutnya sekarang ni, saya fikirkan study, fikirkan masa depan, fikirkan cita-cita saya. Bukan fikirkan pasal anak” Dengan satu keluhan, Fifi menjawab.
“Peluang awak masih ada. Masa depan awak masih cerah. Saya tahu, awak ada cita-cita dan awak ada impian sendiri. Awak muda lagi. Rugi rasanya kalau awak biarkan masa muda awak terbiar sedangkan awak ada kemampuan. Kalau awak rasa nak sambung belajar lagi, saya izinkan” Ujar Fandi lagi.
“Saya jadi housewife ajelah” Fifi membalas, separuh bergurau. Fandi tersenyum.
“Is that what you really want to do?” Fifi menarik nafas. Sudah tentu tidak. Dia mempunyai impiannya sendiri. Lahir dalam keluarga korporat, Fifi sudah di asuh dari kecil tentang betapa pentingnya mempunyai cita-cita dan matlamat hidup. Tapi dia telah tersasar dari matlamat hidupnya dan semenjak hamil, impian dan cita-citanya seakan terkubur.
“Entahlah” Pendek saja jawapan yang di berikan.
“Sofea, awak sebenarnya patut bersyukur dengan apa yang awak ada sekarang. Awak lebih beruntung daripada orang-orang lain yang senasib dengan awak. Awak dah buat silap tapi Allah masih sayangkan awak. Dia beri awak kesempatan untuk bertaubat. Dia bagi awak keluarga yang penyayang. Walaupun terkilan dengan sikap awak, papa dengan mama terima awak seadanya. Papa awak sanggup…” Fandi mematikan kata-kata. Dia menelan air liur. Hampir saja dia terlepas cakap mengenai kontrak dan perjanjiannya dengan Datuk Yusuf.
“Sanggup apa?” Fifi bertanya apabila Fandi terdiam secara tiba-tiba.
“Papa dengan mama sayang pada awak, Sofea. Begitu juga dengan abang-abang awak. Dia orang sanggup lakukan apa saja untuk kebahagian awak” Fandi menjawab. Fifi mengeluh lagi.
Imannya masih rapuh. Semangatnya belum kental. Emosinya turun naik mengikut harinya. Di dalam ketenangan mencari kekuatan diri, adakalanya dia kembali di usik hambatan dosa. Dia tidaklah sekuat mana untuk untuk menghadapi ujian seperti ini. Tidak, bukan ujian. Ini adalah balasan di atas dosa-dosanya kerana melakukan kemungkaran. Ini adalah balasan di atas dosa-dosanya kerana mengaibkan papa dan mama. Pernah terfikir untuk menggugurkan kandungan malah pernah juga dia terfikir untuk membunuh diri namun, titis-titis iman yang masih bersisa dalam hati menghalang.
Fifi tahu, itu bukan salah sesiapa. Kesilapan itu berpunca dari dirinya sendiri. Dia yang terlalu alpa dengan keindahan dunia sehingga hanyut kehilangan arah. Dia yang terlalu percaya dengan kata-kata dan janji seorang lelaki sehingga mata dan hatinya menjadi buta. Dia yang memilih laluan itu maka sewajarnyalah dia menerima balasan di atas perbuatannya.
Mujurlah ada keluarga yang masih menyayangi. Jika tidak, mungkin hidupnya terbiar terumbang-ambing. Mungkin saja dia boleh gila. Mungkin saja dia bakal menjadi salah seorang daripada mereka yang terpapar beritanya di dada akhbar kerana membuang atau membunuh bayinya sendiri. Segalanya mungkin terjadi pada dia.
“Allah tu maha Pengampun, maha Penyayang. Dia tahu apa yang ada dalam hati awak. InsyaAllah kalau niat awak baik, Allah pasti tunjukkan jalan” Fifi tersenyum kelat. Fandi seolah-olah dapat membaca isi hatinya.
“I’m not that strong…” Fifi membalas perlahan.
“Be strong. Untuk keluarga awak, untuk mama, untuk papa....”
“Untuk Harris…” Fifi menoleh ke arah Fandi. Wajah itu di renung lama. Berbicara dengan Fandi seperti ini membuatkan dia rasa lebih tenang. Fandi hanya tersenyum membalas renungan Fifi. Perlahan-lahan, Fifi juga tersenyum.
Lagu di mainkan menandakan persembahan bermula lagi. Mereka kembali memandang ke arah kolam, terhibur melihat air pancut yang kembali menari mengikut irama serta lampu yang berwarna-warni. Komunikasi antara mereka terhenti.
“Sofea…” Beberapa detik mereka terdiam, Fandi memanggil memecahkan kesunyian antara mereka. Tangan Fifi di raih dan di genggam.
“Saya tak pandai berpuisi, saya tak pandai nak karang madah-madah cinta untuk awak. Tapi saya nak awak tahu yang saya betul-betul sayangkan awak…” Fifi diam. Menunggu Fandi meneruskan bicara.
“Sebagai manusia biasa, saya tak sempurna. Kekurangan saya masih banyak. Tapi, sebagai suami, saya akan cuba jadi yang terbaik untuk membimbing awak, menjaga awak dan mencintai awak selagi mana hayat saya masih ada” Fifi tunduk.
“InsyaAllah…” Sambung Fandi. Fifi mengangkat muka memandang ke arah Fandi yang tersenyum.
“Thanks awak sebab sudi terima saya. Saya tak tahu kenapa awak nak kahwin dengan perempuan macam saya ni…” Fifi berkata perlahan. Perasaan rendah diri masih lekat dalam hati.
“Sebab…” Fandi menarik nafas beberapa kali. Mata Fifi di pandang dalam-dalam.
Terus terang? Tak payah? Terus terang? Tak payah? Terus terang? Tak payah?
“Sebab…errr… dah jodoh”
“Awak ni, buat suspen ajelah!” Fifi muncung. Fandi tersengih.
Mereka kembali terdiam, melayani hati dan perasaan. Tangan saling di genggam, menzahirkan rasa kasih dan cinta tanpa bicara.
“Sofea…”
“Ya…”
“Macam mana kalau saya kena pergi jauh dari awak?”
“Awak nak pergi mana?” Soalan Fandi di jawab dengan pertanyaan.
“Manalah tau, tiba-tiba saya kena pergi jauh…” Fandi sengaja tidak menjawab soalan dengan tepat.
“Taknaklah pergi jauh-jauh”
“Kalau kena pergi juga?”
“Jangan pergi” Fandi diam. Niatnya untuk memberitahu tawaran kerja dari Encik Bahar mati begitu saja. Dalam keadaan emosi Fifi yang turun naik, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbincang tentang itu.
“Awak nak pergi mana?” Fifi mengulang soalannya.
“Tak pergi mana pun. Saja tanya. Nak tengok awak sayang saya ke tidak…”
“Apalah awak ni. Mestilah sayang” Fifi menjawab sambil bibirnya muncung. Fandi tersengih lagi.
“Kalau sayang…” Fandi mengetuk pipinya perlahan dengan jari telunjuk.
“Taknaklah. Tak malu ke? Orang ramai kat sini…”
“Kalau macam tu, jomlah balik. Tak sabar nak kena kiss…”
“Awak ni…!” Fifi mencebik. Fandi tergelak.
“Dah pukul sepuluhlah awak…” Fandi berkata.
“Jomlah balik” Fandi mengajak lagi. Fifi mengangguk. Fandi bangun, menghulurkan tangan kepada Fifi lalu di sambut dengan senyuman.