CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: CELEBRATE TOGETHERNESS

 Close [Copy link]
Post time 23-8-2024 11:44 AM | Show all posts


Bisa tembakan tidak patahkan semangat Mohd Hasif kembali bertugas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 11:44 AM | Show all posts
ok joging dulu

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:44 AM | Show all posts
KOTA TINGGI: Sarjan Mohd Hasif Roslan, yang terselamat dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, Mei lalu, masih merasai 'bisa' dan kesakitan di bahagian anggota yang ditembak.

Mohd Hasif berkata, beliau ditembak di bahagian bahu dan pinggul kiri dalam insiden berkenaan, namun kedua-dua peluru berkenaan menembusi anggota badannya.

"Alhamdulillah, kesihatan saya sudah pulih 75 peratus selepas kira-kira empat bulan tragedi berkenaan berlalu, namun bahagian bahu dan tangan kiri masih terasa sakit dan bisa kesan tembakan dalam insiden itu.

"Bahagian tangan sebelah kiri juga masih terasa kebas dan kurang deria rasa menyebabkan saya sukar mengangkat barangan berat.
"Saya dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) selama dua minggu dan kini masih meneruskan rawatan fisioterapi di hospital," katanya.

Beliau ditemui media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada mangsa tragedi Balai Polis Ulu Tiram, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Afandi Senin; Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara (RESPA), Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin dan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Asisten Komisioner Hussin Zamora.

Dalam kejadian serangan Balai Polis Ulu Tiram pada jam 2.54 pagi 17 Mei lalu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala suspek berusia 21 tahun itu mati ditembak.

Tragedi itu turut mencederakan Mohd Hasif, 38, yang terkena tembakan pada bahu dan pinggul.

Terdahulu, Meor menyampaikan sumbangan RESPA bernilai RM8,000 kepada Mohd Hasif.

RESPA sebelum ini membuat kutipan derma untuk mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram dan berjaya mengumpul sebanyak RM34,000 daripada ahlinya, orang awam dan syarikat korporat.

Sumbangan RM13,000 masing-masing sudah disalurkan kepada keluarga Allahyarham Azza Fahmi dan Allahyarham Syafiq.

Dalam pada itu, Mohd Hasif yang kini bertugas di IPD Kota Tinggi berkata, pemergian Allahyarham Azza Fahmi dan Allahyarham Syafiq yang sudah dianggap sebagai adiknya itu kini menjadi penguat semangat buatnya terus menabur bakti terhadap ibu pertiwi.

Katanya, Azza Fahmi dan Syafiq juga mempunyai hubungan rapat dengannya dan sering ditugaskan melakukan rondaan bersama.

"Saya merasa kehilangan mereka berdua. Azza Fahmi lebih ceria dan kami banyak bersukan bersama manakala Syafiq lebih pendiam.

"Selain itu, keluarga juga menjadi pendorong kuat untuk saya terus berbakti terhadap negara," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:45 AM | Show all posts
nice nona.. tepek jer apa2.. janji menolak.

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:45 AM | Show all posts
banyak lagi nak post tapi tak cukup masa ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:45 AM | Show all posts
tengok lah nanti kalau sempat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2024 11:45 AM | Show all posts
rasanya sempat kot or sy post kat btu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:45 AM | Show all posts
sampai rumah nanti tengok rumah tak sapu, kain baju tak cuci
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 11:45 AM | Show all posts
memang sy terus buat.. walau hubby pesan rehat dulu. jangan buat apa2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:46 AM | Show all posts
tapi kita ni mcm tak cukup sehari kalau boleh nak siap terus hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:46 AM | Show all posts
nak sapu rumah atas bawah, tengok semua kain baju anak2.. hmmm awal dah otak fikir ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:47 AM | Show all posts


Hannah yakin atlet para bawa pulang empat emas
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:47 AM | Show all posts
mlm ni kalau tak ada barang basah boleh makan kat luar.. kalau anak sulung ada beli. saya suka masak kat rumah jer lebih sedappp dan bersih
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:47 AM | Show all posts
wahh sampai sudahhhh page 90
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:47 AM | Show all posts
SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh optimis kontinjen negara mampu membawa pulang empat pingat emas yang disasarkan untuk Sukan Paralimpik Paris 2024.

Hannah juga yakin atlet terutamanya mereka yang sudah mempunyai pengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.

"Kita doakan berjaya (empat emas). Bagi atlet kali pertama, saya harap mereka dapatkan ketenangan dan keyakinan kerana Sukan Paralimpik adalah platform berbeza," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan kontinjen negara ke Sukan Paralimpik Paris 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini.
Sebelum ini, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) meletakkan sasaran empat emas sekali gus melengkapkan keseluruhan 10 emas diraih Malaysia sepanjang pembabitan mereka dalam temasya itu.


Malaysia setakat ini mengumpul enam emas Sukan Paralimpik secara keseluruhan dengan tiga daripadanya diperoleh di Rio 2016 dan tiga lagi di Tokyo 2020.
Dalam pada itu, Hannah mengingatkan kontinjen negara supaya menjaga barangan peribadi masing-masing sepanjang Sukan Paralimpik Paris 2024.

"Kebimbangan saya hanyalah satu, iaitu isu keselamatan. Atlet harus hati-hati dengan (menjaga) barang peribadi seperti pasport dan dompet," katanya.

Sebelum ini, isu keselamatan mencemari perjalanan Sukan Olimpik Paris 2024 antaranya membabitkan dua petugas televisyen dari Australia yang mengalami kecederaan dalam kejadian cubaan rompakan berkumpulan manakala seorang wanita Australia didakwa dirogol, menurut laporan media.

Terdahulu, seramai 17 atlet dan 17 pegawai berlepas ke Paris dari KLIA Terminal 1 hari ini.

Malaysia menghantar 30 atlet daripada lapan sukan untuk beraksi pada Paralimpik Paris 2024 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:47 AM | Show all posts
maaf tak sempat nak reply
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 11:47 AM | Show all posts
20post x 10 pages lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:48 AM | Show all posts
sikit lagi dik nona.. jom2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:48 AM | Show all posts
saya tak sempat buat kuiz
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:48 AM | Show all posts
tengah fikir..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.192965 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list