|
LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D
[Copy link]
|
|
Benitez janji kebangkitan Liverpool
| Rafael Benitez
|
STOKE, England - Rafael Benitez menegaskan Liverpool bakal pulih daripada krisis pertengahan musim, walaupun mengalami satu lagi kejutan, apabila seri dengan Stoke pada perlawanan Liga Perdana England, kelmarin.
Bos skuad The Reds itu, yang semakin tertekan, berang terhadap pengadil Lee Mason yang enggan memberikan sepakan penalti, ketika pasukannya seri 1-1 pada perlawanan di Stadium Britannia.
Namun, dia menegaskan prestasi pasukannya yang dibelenggu masalah kecederaan pemain, merupakan reaksi positif selepas kekalahan dalam saingan Piala FA ke atas pasukan dari saingan divisyen, Reading.
Jaringan penyamaan pada babak akhir perlawanan oleh Robert Huth, memberikan Stoke satu mata, selepas pemain pertahanan dari Greece, Sotirios Kyrgiakos memberikan Liverpool jaringan pendahulu pada awal babak kedua.
Keputusan perlawanan mungkin berlainan jika Mason memberikan sepakan penalti setelah ulang tayang televisyen jelas menunjukkan memang sepatutnya penalti diberikan, selepas Danny Higginbotham mengkasari Lucas Leiva pada babak kedua.
Namun, pengadil memilih keputusan sebaliknya apabila pemain tengah itu dilayangkan kad kuning kerana sengaja merebahkan badan.
Benitez juga merasakan kekasaran kedua ke atas Lucas oleh Higginbotham kemudiannya, sebelum percubaan Dirk Kuyt terkena palang, juga sepatutnya diberikan sepakan penalti.
Namun, dia tetap percaya Liverpool akan memperbaharui keyakinan menjelang perlawanan penting Rabu ini menentang Tottenham, iaitu pencabar mereka untuk kedudukan empat teratas liga, juga slot layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Katanya: "Kami sepatutnya mendapat dua sepakan penalti, pada saya ia amat jelas.
"Bagi saya, kedua-duanya adalah penalti dan keputusan pengadil salah. Kami harus berasa amat kecewa, kita boleh lihat dua insiden menerusi ulang tayang, walau seratus kali, anda masih mempunyai pendapat yang sama seperti mana semua orang di dalam stadium.
"Namun, kami perlu mara dan bersedia untuk cabaran seterusnya, dan berharap beraksi seperti mana yang kami pamerkan di sini.
"Sukar untuk diterima, setelah 89 permainan kami berada pada kedudukan sebagai pemenang.
"Kami mempamerkan perwatakan yang betul. Kami beraksi tanpa pemain yang cedera, namun pemain berusaha keras ke atas pasukan yang sangat sukar.
"Ia perlawanan fizikal. Dalam bola sepak jika ada perkara sebaliknya yang anda hadapi, anda akan berdepan masalah, tetapi kami harus terus mara. Saya sangat gembira, ia sesuatu yang boleh kami bina,'' katanya.
Benitez juga menolak andaian beberapa pemain tonggak skuad itu hilang keyakinan terhadap keupayaannya untuk membimbing kejayaan Liverpool.
"Perbualan mengenai masalah di dalam bilik persalinan tidak benar. Anda boleh melihat sendiri tindak balas dari pemain.
''Adakah orang berkata ada masalah dengan Steven Gerrard? Tidak benar. Dia di sini hari ini menyokong pasukan, ia menggambarkan kesemuanya.''
Sementara itu, bos Stoke, Tony Pulis menafikan dakwaan Benitez mengenai keputusan pengadil yang enggan memberikan penalti.
"Anda boleh lihat lain-lain keputusan. Saya tidak fikir sepakan bebas patut diberikan sebelum mereka menjadikan gol, mungkin penjaga gol. Thomas Sorensen yang harus dipersalahkan kerana melepaskan gol mudah.
"Kami mendapatkan momentum pada babak akhir dan saya rasa, kami berhak seri.
"Sudah pasti saya tidak fikir ada masalah dengan prestasi Liverpool. Komitmen dan sikap mereka tepat sekali.
"Saya boleh faham mengapa Rafa membuat rungutan terhadap keputusan tidak memberikan sepakan penati tetapi, anda berbuat demikian hanya apabila anda secara bertahan
''Saya akan melakukan perkara yang sama tetapi ia adalah sebahagian daripada perlawanan,'' katanya. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
boooooooooooooooooooooooo.....  |
|
|
|
|
|
|
|
what????!!!!  |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tim2 yg berebut tempat keempat semuanya seri ngan kalah....ada chance lagi nak dapat nomot 4....
lawan spurs lepas ni kena menang....kalau tidak goodbye la campion league season depan... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tim2 yg berebut tempat keempat semuanya seri ngan kalah....ada chance lagi nak dapat nomot 4....
lawan spurs lepas ni kena menang....kalau tidak goodbye la campion league season depan...
patt_sue Post at 18-1-2010 13:00 
masih mengharap lg nampaknya  |
|
|
|
|
|
|
|
cukup2lah mengharap tu...sizen ni liverfool bottom less |
|
|
|
|
|
|
|
tutup laa ini benang...sizen depan baru bukak balik....
tanabe2287 Post at 23-12-2009 10:39 
fuhh...last posting haku kat sini hampir sbulan yg lepas....muahahaaaa....
syg korang dgn benang neh arrr....gigih abes...wa ingat mau jer humban kasik tutup...
ape2 hal....jumpa next sizen...kalo relegate jumpa next punya next sizen.... |
|
|
|
|
|
|
|
Souness desak Benitez berundur

| Benitez
|
LONDON - Bekas bintang bola sepak Liverpool, Graeme Souness mendesak Rafael Benitez (gambar) supaya meninggalkan kelab itu.
Katanya, beliau mahu legenda bola sepak The Reds, Kenny Dalglish mengambil alih tugas itu dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan kelab tersebut.
Ketika ini kelab Merseyside itu berada dalam situasi tidak menentu dan Sounness yang pernah memenangi lima kejuaraan liga serta tiga kejuaraan Eropah mahu Benitez meninggalkan Liverpool.
"Dia telah bersama dengan kelab itu selama enam musim dan ia merupakan satu tempoh yang panjang.
"Dia perlu merenung kembali saat mula-mula dia mengendalikan kelab itu dan pencapaian sepanjang bersama kelab itu sehingga sekarang.
"Bukan sesuatu yang mudah untuk dia membuat keputusan, namun jika dia mengundurkan diri, ia adalah sesuatu yang baik dan masanya sudah tiba Beni- tez meninggalkan The Reds," jelas Sounesss.
Menurutnya, dia bimbang keadaan itu akan menyebabkan beberapa pemain utama seperti Fernando Torres dan Steven Gerrard akan hilang kepercayaan terhadap kelab.
Katanya, masalah dalaman kelab perlu diselesaikan segera. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
benitez mana mau resign....kalau resign duit tak dapat nanti..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kerjaya masih selamat
LIVERPOOL: Rafa Benitez berjanji dia tidak akan meninggalkan Liverpool dan akan bersama pasukan itu hingga 2014.
Pengurus Kop yang kini menerima tekanan, dan menandatangani kontrak selama lima tahun bernilai jutaan dolar Mac lalu berkata: “Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan pasukan ini, saya mahu terus bersaing.
“Saya menandatangani kontrak jangka panjang dan percayakan kelab ini. Saya masih sekuat dulu.” Penyingkiran Piala FA selepas kalah kepada Reading mencetuskan cadangan agar Benitez disingkirkan malah legenda Reds, Ronnie Whelan turut meminta dia dipecat.
Sebaliknya pemilik Kop menegaskan kerjaya Benitez masih selamat, menyokong jurulatih Sepanyol itu selepas kekalahan di pusingan ketiga, biarpun tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan tergelincir daripada gelaran juara.
Benitez yang mengunjungi Stoke kelmarin berkata: “Semua orang tahu pasukan ini tidak bermain sebaik mungkin.
“Bila kami kalah, penyokong, pemain dan kakitangan turut kalah. Saya boleh memahami kekecewaan penyokong tetapi kami turut merasai perkara yang sama. Kami mahu menang demi mereka.” - Agensi
* abis lah.. nampaknya sampai 2014 lah prestasi pasukan ni merundum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerjaya masih selamat
LIVERPOOL: Rafa Benitez berjanji dia tidak akan meninggalkan Liverpool dan akan bersama pasukan itu hingga 2014.
Pengurus Kop yang kini menerima tekanan, dan menandatangani ...
along3746 Post at 19-1-2010 12:26 
Boleh meningkat ke dengan pemain yang ada? Bad buy atau can't buy?  |
|
|
|
|
|
|
|
sampai bile la star2 nak bertahan duduk tim ni kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
souness..souness....ko dah banyak kelab jadi manager dah ko rasa kene pecat...ni nak api2 kan lagi pak rafa......heheheheheh |
|
|
|
|
|
|
| |
|