CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HUSSAINTAHIR

UMRAH IV, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 29-3-2009 09:48 PM | Show all posts


Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang King Abdul Aziz,Jeddah


Mengenangkan Saudi negara ini kaya dengan minyak dan menerima berjuta-juta orang dari serata dunia
menunaikan haji dan umrah setiap tahun paling tidak kita akan menduga lapangan terbang itu tidak kalah KLIA atau Changi di Singapura.


Sebaliknya sampai di balai ketibaan terasa macam berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ,Alor Star.

Hairan juga mengapa pihak Saudi tidak terfikir nak upgrade lapangan terbang ini yang menjadi pintu masuk utama haji dan umrah.

Nampak gayanya bukan orang Malaysia saja yang hairan melihat kemudahan di lapangan terbang ini.

Bukan sahaja kawasan mengambil barang agak sempit ,seorang rakan yang hendak menunaikan sembahyang Maghrib
terkejut mendapati saiz suraunya yang cuma sebesar sebuah bilik sahaja.

Nasib baik urusan imigresen waktu kami tiba boleh kata cepat juga dari kebiasaanya.
Rupanya ramai yang memberitahu itu sudah kira amat nasib baik.Ada yang pernah kena beratur berjam di situ.

Balai ketibaan yang kecil itu memang tidak dapat menampung dengan selesa ketibaan jumlah penumpang yang ramai serentak.
Terasa suasana macam pasar borong Selayang bila ramai penumpang bersesak-sesak.

揇atang untuk ibadah tak boleh komplen-komplen卼erima sajalah..ingat orang tua-tua kita dulu yang kena
naik kapal laut sebulan datang dan sebulan balik ..tak merungut pun,攂isik seorang kawan.

Setelah lapan jam setengah dalam penerbangan dari Kuala Lumpur memang boleh rasa 憄utus nafas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2009 09:54 PM | Show all posts


Jadi semasa membuat tempahan pakej kami sudah sepakat untuk ambil connecting flight Saudi Airline
yang cuma memakan masa lebih setengah jam sahaja ke Madinah.

Namun begitu fikir-fikir balik rasanya lebih relaks tidur nyenyak atas bas lima jam ke Madinah yang jaraknya lebih 400 kilomiter.

Ini selepas kena usung barang masuk ke dalam bas dan keluar balik.
Juga berkejar dari terminal antarabangsa ke terminal domestik yang terletak di tempat lain pada jarak 15 minit menaiki bas
dan melalui proses biasa, check in , tunggu,pemeriksaan dan sebagainya.

Balai ketibaan Lapangan Terbang Madinah pun tak sebesar mana tetapi tidaklah sesesak Jeddah.

Letihnya lebih lagi berbanding kalau naik bas 卪embuatkan ada yang terbujur kaku dalam bilik selepas check in hotel
tidak jauh dari Masjid Nabawi sejurus tiba menjelang pada waktu tengah malam.

Belum sempat nyenyak
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 10:32 PM | Show all posts
forumers2 yg dihormati..saya nak mintak maaf juka ada kesalahan saya dlm forum ni..saya akan berangkat esok pukul 3pm tapi dah kena ada noon at KLIA...anak2 ponteng lah nak hantar mama papa atuknenek mereka..
Doakan saya sekeluarga sihat, dipermudahkan urusan & dapat buat ibadat ini dgn sempurna...terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 29-3-2009 10:52
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/ws.gif
Bukan apa Kak Ros...buat menyibuk aje..
Cuba nak cari Jubah Jubah Malaysia kat Gerai Gerai di PWTC..
Kononnya nak juga Promosi Jubah Malaysia.. ...


Azie,

Tarikh berganjak sehari tentu tak jadi masalah zie
kakak doakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan azie dan ahli keluarga serta ahli rombongan   dalam menjalani ibadah umrah kelak.

Begitulah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang hambanya, dan azie di antara hamba\ーhambaNya yang bertuah mendapat kurniaan kerana kerapnya dijemput menjejakkan kaki ke Tanah Haram itu untuk beribadah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by cenggitu at 29-3-2009 22:32
forumers2 yg dihormati..saya nak mintak maaf juka ada kesalahan saya dlm forum ni..saya akan berangkat esok pukul 3pm tapi dah kena ada noon at KLIA...anak2 ponteng lah nak hantar mama papa atukn ...


Selamat berangkat nenunaikan ibadah umrah cenggitu. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan cenggitu dan keluarga serta ahli rombongan, diberi  kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah, selamat pergi dan kembali ke tanah air kelak dengan umrah yang mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 11:39 PM | Show all posts


ALAMAK SILAP PULAK..
Pembetulan..
Sebetulnya Husain mendaki Jabal Nur...
Bukan Jabal Thur...

Baru dapat sms dari Husain..
Dia dah selesai mendaki Jabal Nur ...
Alhamdulillah...
Dia jugak pesan kat mimi dan sesiapa yang nak pi Umrah dlm
masa terdekat ni supaya membawa Baju Sejuk..
Mekah sejuk waktu pagi dan malam...
Terima Kasih Husain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2009 11:53 PM | Show all posts
Perbezaan antara Jabal Nur dan Jabal Thur..

Dua buah bukit yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.
Jabal al-Nur yang memiliki ketinggian 281 meter terletak kira-kira 5km dari Masjidil Haram.
Di lerengnya terdapat Gua Hira; tempat Rasulullah SAW beribadat
dan menerima wahyu Ilahi yang pertama.


Jabal Thur pula terletak hanya empat km dari Masjidil Haram dengan ketinggian 458 meter.
Di sini terdapat sebuah gua iaitu tempat Rasulullah SAW dan Abu Bakar al-Siddiq r.a.
menyembunyikan diri selama tiga malam ketika peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah
pada tahun 622M.

Maknanya Jabal Thur lagi tinngi dari Jabal Nur..
Lepas ni Husain mendaki Jabal Thur lah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 11:56 PM | Show all posts

Balas #1767 aziefa\ catat

terima kasih azie .. im akan try usha2 kat travel agensi nih ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 12:06 AM | Show all posts

Balas #1786 im_comey\ catat

Sama sama..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 12:07 AM | Show all posts


Jabal Nur



Jabal Thur
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 12:15 AM | Show all posts


Tak perasan pulak Peringatan ni masa pi Umrah..
Kat bahagian mana Masjid Nabawi..??

Ada free selipar..tak tau pun.. ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 29-3-2009 23:39
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/duh.gif

ALAMAK SILAP PULAK..
Pembetulan..
Sebetulnya Husain mendaki Jabal Nur...
Bukan Jabal Thur ...


kak azie..nasib baik baca pesanan husain thru kak azie tu..terus capai bajusejuk..ingat tis time dah start panas...thanks kak azie n hussain ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 07:27 AM | Show all posts

Reply #1790 cenggitu's post

cenggitu,

selamat berangkat. insyaallah, apa saja ibadat yg diusahakan disana akan diterima oleh Allah dan umrah yang dikerjakan akan menjadi umrah yang makbul.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 08:16 AM | Show all posts
ASM Im

Ibutia ucapkan takziah kpd Im, kalau nak buat badal haji kirimlah kpd sesiap yg pegi haji kerana disana kosnya lebih murah, Masa Ibutia g Haji tahun lps roomate ada buat badal haji kiriman ofismate dia kalau melalui Tabung Haji RM1,800.00 pastu ada kwn pesan plak utk ayah dia buat melalui usztazah yg bertugas di tabung haji lagi murah RM1,500.00 je sebelum balik mereka serahkan sijil, tasbih dan tudung /kain utk lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 09:00 AM | Show all posts
Assalamualaikum....

Selamat pagi semua

Semoga kita semua diterima sebagai tetamu Allah SWT yang istimewa...

lagi 3 hari insyaAllah kami akan berangkat ke tanah suci...debar didada semakin kuat....excited, takut dan risau....mimi sempat berforum hari ni dan besok je...itupun kalau waktu mengizinkan...maklumlah byk sgt benda nak settlekan..anything, boleh contact or sms mimi ye...

kat sini mimi share skit itinerary kami...

2 April 2009 (Day 1)
Berlepas ke Sri Lanka 4.20pm - Tiba di Sri Lanka 5.30pm (waktu Sri Lanka)
Check in hotel

3 April 2009 (Day 2)
Ronda2 sekitar bandar Colombo
Berlepas ke Jeddah 3.10pm - Tiba di Jeddah 6.50pm (waktu Jeddah)
Naik bas dari Jeddah ke Madinah (6 jam) - Dijangka tiba di Madinah waktu subuh

4 April 2009 (Day 3)
Hari pertama di Madinah - Ziarah dalam

5 April 2009 (Day 4)
Hari kedua di Madinah - Ziarah luar

6 April 2009 (Day 5)
Hari ketiga / terakhir di Madinah - Ziarah wida'
Naik bas ke Mekah

dan seterusnya.......

14 April 2009 (Day 13)
tawaf wida'
Berlepas pulang ke tanah air dari airport Jeddah

15 April 2009 (Day 14)
tiba di KLIA jam 1.20 tghri kot (lupa pulak)..

[ Last edited by  mimi_19 at 30-3-2009 09:01 ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 09:07 AM | Show all posts
Kak Azie,

thanks for sharing...cerita pengalaman lambaian kaabah tu sgt menyentuh hati..semoga Allah SWT tidak menguji mimi dengan ujian yang tidak mampu mimi tanggung..semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua dan diampunkan segala dosa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by cenggitu at 29-3-2009 22:32
forumers2 yg dihormati..saya nak mintak maaf juka ada kesalahan saya dlm forum ni..saya akan berangkat esok pukul 3pm tapi dah kena ada noon at KLIA...anak2 ponteng lah nak hantar mama papa atukn ...



Assalamualaikum cenggitu dan semua,

selamat berangkat pada cenggitu, keluarga dan ahli rombongan..
semoga Allah mempermudahkan segala urusan..
sihat tubuh badan..selamat dlm perjalanan..
dan sekembalinya ke tanah air dgn umrah yg makbullah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 09:17 AM | Show all posts
lAssalamulaikum sume, kpd forumers2 yg yg nak berangkat selamat sejahtera.. semuga ibadah anda sume  di permudahkan ALLAH..doa2kan kami disini agar dpt menjejakan kaki kami lagi ke sana ye...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 09:18 AM | Show all posts

Reply #1770 eleisha's post

sha klu turun johor bg tau la yer..
InsyaAllah..ada masa nti kita bleh jumpa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 09:25 AM | Show all posts
Cenggitu,

Selamat mengerjakan ibadat umrah dan dipermudahkan segala urusan....semoga mendapat umrah yg makbullah....
insyaAllah..ada rezeki, kita jumpa kat Mekah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053831 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list