CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seramado

Gambar Che Ta Dan Keluarga Di Tanah Suci

[Copy link]
Post time 9-3-2016 09:07 AM | Show all posts
Ecah tu sgt2 la comelllll...
Pandai lak tu...dah pandai sebut beberape patah perkataan
tengok kat ig dia..dia sebut 'tak nak'...sambil lentok2 badan..cam marah kat org yg suruh dia pakai topi..
comel gila..dengan riak muka dia...

pastu ada video yg dia duk sebut t***k..pastu dgr suara che ta gelak...

yg iols perasan ecah suka tarik rambut org or ape yg org yg pegang dia tu pakai kat kepale...
aritu aunty ecah si shasha saidin tu kena tarik selendang..ecah mcm marah kat dia..tah apa yg dia marah pun tak thu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 10:19 AM | Show all posts
shania88 replied at 9-3-2016 09:07 AM
Ecah tu sgt2 la comelllll...
Pandai lak tu...dah pandai sebut beberape patah perkataan
ten ...

aku pun tengok video tarik rambut sasha tu... memang kelakor... aishah kelakar tapi sasha pun kelakar jugak


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 10:23 AM | Show all posts
shania88 replied at 9-3-2016 09:07 AM
Ecah tu sgt2 la comelllll...
Pandai lak tu...dah pandai sebut beberape patah perkataan
ten ...

video sebut tetek

https://www.instagram.com/p/BCXedO0Qhzn/
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 10:26 AM | Show all posts
Untuk renungan semua jemaah yg bakal tunaikn umrah.

Menjejakkan kaki bagi ziarah umrah di Madinah dan ke tanah haram Mekkah, kesampingkan dulu urusan duniawi, sebaliknya prioritikan urusan akhirat. Pergi umrah, jgn mau disamakan spt pergi holiday atau shopping, kerana jika niat itu yg ditanamkan dari M'sia, maka itu shj yg akan jemaah buat di sana: iaitu bersantai (solat pun di bilik hotel, tak  akan berminat untuk ikut menziarahi Jabal Uhud, Msjid Qubah dan tempat2 bersejarah nabi di Madinah).

Di Makkah pula, waktu berehat amat terhad.  Waktu yg tersisa hanyalah untuk sarapan selepas subuh (kedai tak bukak lagi, jam 10 pg baru buka), zohor jam 12.30, jam 11 pgi harus ke masjid untuk mendapat tempat.  Lambat, laluan ke dlm masjid ditutup sebab dah penuh, kena solat di dataran. Malah ruang2 solat di dataran juga akan ditutup jika jemaah terus terlambat.  Sudahnya akan bersolat di bhgn belakang2 atau di kakilima kedai dlm hotel. Masakan layanan begitu yg mau kita utamakan bagi diri sendiri sedangkan biaya umrah bukanlah murah.

Kenapa kita nak utamakan bertawaf-sai di kedai2 sedangkan jemaah lain berlumba2 untuk mencari tempat ke masjid.  Kalau nak shopping mungkin selepas isyak, tapi masa yg ada tak banyak kerana jemaah sudah penat, harus berehat awal untuk bangun seawal 3.30 pagi bagi mengejar subuh pada 5.30 pagi. Inilah masa untuk beriktikaf dlm masjid, buat tawaf sunat, dirikan solat2 sunat dan membaca al-Quran sambil menunggu masuk waktu. Kalau sudah mcm tu timetablenya, fikirlah, adakah kita punya banyak masa untuk bershopping.

Fizikal kita yg tak biasa dikerah sebegitu hektik dgn aktiviti ibadah dan terdedah kpd cuaca panas (sewaktu tawaf) dan berjalan kaki  7kali sai menyebabkan fizikal 'overworked'.  Ramai orang demam dan batuk2. Kalau diteliti dari segi peribadahannya, apalah susahnya kalau setakat solat2 sunat atau fardhu (bukan tak pernah jdi amalan) dan berjalan2 sai, namun menghadapi rempuhan dan kerenah drp jemaah2 negara lain, yg berbagai bangsa dan keturunan menuntut kesabaran yg amat tinggi.

Keadaan di sekeliling Kaabah,, renovasi masih terus berjalan, maka banyaklah laluan yg ditutup  Masuk dari pintu A, keluar dri pintu B (nun jauh sebelah sana)  akan membuat jemaah hilang arah dan sesat.  Begitu juga di Madinah. Rupa bentuk pintunya seragam, agak sukar nak mengecam.  Papan tanda semula bertulisan arab dan tak jelas arahnya (mungkin kerana jemaah orang luar), maka kita tak akan jumpa pintu keluarnya atau tak jumpa arah nak balek ke hotel. Bercakap dgn mereka di sana mcm bercakap ayam dgn itik.  Kalau faham,, fahamlah.  kalau tak faham, nasiblah.....

Saya katakan begini kerana saya baru mlm tadi pulang drp umrah (Mekah dulu baru Madinah) dan itulah pengalaman yg telah saya lalui.  So bagi mereka/forumer2 di sini yg tak tau keadaan sebenarnya, tak perlulah mengandai2 dan memperlekehkan.  Bawalah hati yg bersih dgn niat yg utuh untuk beribadah untuk pergi umrah. Tak perlu nak berfesyen atau bermekap.  Itu semua tak perlu.  Tak ada masa nak bermekap kerana kita harus sentiasa berwuduk, harus beriktikaf dlm masjid (sambil menunggu waktu).

Prioriti ke Mekah dan Madinah ialah ibadah dan ziarah, bukan holiday dan bershopping  Berdoalah di hadapan Kaabah untuk menjadi hamba Allah yg lebih ikhlas dan beriman drp yg sebelumnya, dimurahkan rezeki dan diberi hidayah oleh-Nya.  Mudah2an pemergian jemaah tunaikan umrah tak menjadi sia2.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 10:58 AM | Show all posts
whadda replied at 7-3-2016 03:02 PM
muka ecah bertudung cam budak pompuan dlm cite salman khan bajrangi bhaijaan tu..

aah la....same!




Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 12:21 PM | Show all posts
ecah yg plg disenangi...dlm family che ta RSO ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2016 12:23 PM | Show all posts
seriusly mek ecah mmg super duper cute....bsr mst cun cm che ta
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 12:35 PM | Show all posts
Ecah sangat Comeyy...sejuk tgk airmuka dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 01:22 PM | Show all posts
Some tips untuk mereka yg berniat umrah dlm masa terdekat ini. Mudah2an akan membantu untuk menghindari masalah atau tersesat.

1.  Di Mekkah, kalau nak solat dlm masjidil Haram, perlu pergi satu setengah jam awal.  Lambat sejam, tingkat bawah yg selevel dgn Kaabah akan ditutup disebabkan jemaah  terlalu ramai dgn aktiviti tawaf dan mereka yg beriktikaf sambil menunggu waktu. Akan diarah naik ke tingkat dua (ada eskelerator), mungkin masih kosong. Kalau terlambat juga, laluan masuk masjid akan ditutup/dibaricade, kena solat di dataran.  Untuk zohor dan asar mungkin panas.  Ruang di dataran juga akan dikandang, tak boleh masuk jika jemaah terus datang lambat, akhirnya akan bersolat di kaki5 kedai dlm bangunan hotel.  

2.  Bawa uncang kasut.  Kasut/selipar akan dibawa masuk bersama2 ke dlm masjid. Basuh dulu selipar di luar masjid supaya yakin tiada najis jika akan dibawa bersama2 untuk tawaf umrah.  Perlu jaga wuduk jgn terbatal kerana untuk mengambil wuduk baru tidak mudah. Ketiadaan kita tinggalkan tempat duduk akan diambil oleh jemaah lain.  Penting, jgn pergi sendiri, harus berkawan dan kena hafal jalan pulang ke hotel. Ada masanya. laluan ke masjid ikut pintu sini tetapi pulang diarah ke pintu lain.  Itu yg menyebabkan jemaah boleh sesat. Bawa juga botol air untuk minum air zam2, isikan dulu sebelum duduk dlm masjid.

3.  Berada dlm masjid sambil menunggu waktu terserahlah kpd jemaah nak buat apa waima kalau nak tidur sekalipun jika dah penat mengaji dan solat2 sunat. Al-Quran tersedia.  Bgi yg duduk di kerusi, ada banyak kerusi wakaf dlm masjid.

4.  Untuk tawaf umrah, kalau betul2 di hadapan Kaabah, keadaannya amat padat sekali dan manusia bertolak2 disebabkan ada jemaah lain yg duduk solat sunat di ruangan tawaf.  Aktiviti tawaf menjadi lebih mudah jika di tingkat dua atau tiga.

5.  Sai boleh berjalan2 dri bukit Safa-Marwah 7 kali.  Ada servis wheel-chair bagi yg sakit kaki/lutut dgn upahan SR75.00.  Wheelers akan bersai di tingkat dua kerana mostly tingkat satu dipenuhi dgn mereka yg berjalan kaki.

6.  Bertahalul bila selesai ibadah Sai dgn menggunting rambut.  Bawalah gunting kecil.  Terlupa bawa boleh pinjam shj dgn jemaah lain yg ramai di situ.

Jika di Madinah pula, jemaah kena lebih berhat2i, esp bla pergi ke masjid Qubah.  Di sinilah banyak terjadi orang hilang.  Sebabnya nak balek tak jumpa bas.  Bas terlalu banyak, terlindung dgn bas2 lain, dan jalannya berkelok2, mana lagi jemaah tak familiar dgn keadaan sekeliling, easily get lost. Slight wrong turning, dah tak tau nak cari bas. So bawalah tag pengenalan dan kenalilah grup2 lain yg sama agent, sekurang2nya kalau tersesat dan tak jumpa bus, approach jemaah lain yg sama agent, minta tolong contactkan mutawif untuk dijemput balek ke bas. (Berlaku kpd saya sendiri).  Kalu tak memang panik punyalah.

Pendek kata, jemaah mesti berteman jika berjalan atau bershopping di Madinah.  Leka bershopping dari satu kedai ke satu kedai akhirnya tak jumpa arah nak balek ke hotel.

Saya kabarkan ini adalah atas pengalaman saya sendiri, mudah2an dpt diambil iktibar kpd jemaah2 yg akan pergi.  Jika dlm satu famili, pastikan anda stay in the group esp yg bawa anak2 perempuan.  Bukan mudah kita nak kenal orang2 kita kerana pakaian semua sama shj, samada putih atau hitam. Amat mudah untuk terpisah dlm masjid bila ruang sudah penuh, tiada jaminan dpt duduk sekumpulan melainkan jika datang cepat.

Telefon berkamera, ramai yg membawa masuk dan berselfie, tapi kamera besar tak dibenarkan.  Ada polis masid memeriksa beg yg dibawa.

Selamat tunaikan umrah dan semoga mendapat umrah yg mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 01:53 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 9-3-2016 10:19 AM
aku pun tengok video tarik rambut sasha tu... memang kelakor... aishah kelakar tapi sasha pun kela ...

aunty sasha duk paksa2 ecah baca..pastu ecah cam menyampah dia tariknya selendang aunty syasha
nampak ecah ni jenis tk suka dipaksa2 gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 04:08 PM | Show all posts
nolya replied at 9-3-2016 10:26 AM
Untuk renungan semua jemaah yg bakal tunaikn umrah.

Menjejakkan kaki bagi ziarah umrah di Madina ...

terima kasih atas perkongsian@nolya .
Mudah2an saya juga berkesempatan utk menjejakkan kaki ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 05:15 PM | Show all posts
alahai, comel betul ecah ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 05:37 PM | Show all posts
Comeyyy sgt Ecah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 05:40 PM | Show all posts
Edited by hatikudus at 9-3-2016 05:42 PM

Lantaklah org nak ngata omak ehh...anak eh si ecah mmg comellllll
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 05:41 PM | Show all posts
ecah dah pandai cakap sikit sikit. che ta upload la lagi pic echah , terapi jiwa okk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ecahh comelll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama tapi tak serupa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 9-3-2016 01:22 PM
Some tips untuk mereka yg berniat umrah dlm masa terdekat ini. Mudah2an akan membantu untuk menghind ...

Thank you atas info! Teringin sangat nak gi umrah. InsyaAllah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 01:28 PM | Show all posts
peha ecah tu goreng pon sodapp
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 01:43 PM | Show all posts
lilydandelion77 replied at 10-3-2016 09:54 AM
Thank you atas info! Teringin sangat nak gi umrah. InsyaAllah!

Jika ada keazaman yg kuat dan mendalam serta sedia berkorban wang tabungan, InsyaAllah, semoga tercapai hasrat memandangkan untuk pergi haji skr pun harus menunggu  yg entah bila akan tiba gilirannya.  Begitupun, jangan ada niat sama sekali pergi umrah disamakan spt pergi holiday atau bershopping.  Apa lagi untuk melaram, nak tunjuk keayuan dan kecantikan diri or berfesyen. Never, please........ di sini bukan tempatnya. Jgn ada hasrat nak terkesimakan orang lain kpd diri sendiri.  Di Masjidilharam dan di Medinah, mostly people there lebih memusatkan fikiran untuk beriktikaf dan beribadah di dlm masjid.  People don't care awak siapa.  Beriktikaf dlm masjid, tunaikanlah solat sunat tahyatul masjid, solat iktikaf, solat dhuha, solat hajat, solat2 rawatib, dan membaca al-Quran sementara menunggu masuk waktu.  
Jemaah akan berpusu2 ke masjid lebih awal bagi mendapatkan tempat dlm masjid kerana kalau lambat tidak akan kebahagian tempat.  Laluan akan ditutup dan kena solat di dataran.  It is o.k. di dataran kalau waktu asar dan maghrib (redup), ttapi untuk zohor terlalu panas berjemur  (boleh demam).  Sayangnya sekarang, solat dlm masjidilharam pun, tak akan nampak Kaabah kerana terlindung/terhalang disebabkan renovasion still on going.  Melainkan kalau kita maju ke hadapan yg betul2 di bangunan Kaabah ttpi cabarannya ialah keadaan di situ terlalu padat, amat padat kerana semua orang mau bertawaf dan bersolat di situ.  Off-limit section tetap dilakukan, jemaah akan dihalau, tak dibenarkan duduk lama2 bersolat di situ, not unless jemaah pergi pada jam lebih awal lagi.  

Kalau bertawaf dgn seseorang juga harus berpaut tangan dgn teguh sebab jika terlepas dn mencari2 kawan, kelilingan tawaf batal.  Begitu juga apb pautan tangan dgn teman/mahram terpisah dek rempuhan atau bahu terpaling arah, harus lakukan an adittional pusingan.  Pendekata, aktiviti tawaf di depan Kaabah memang mencabar dn hektik.  Mana kita yg sambil bertawaf nak menunduk baca doa mll buku panduan, harus peka juga dgn sudut Yamani dan Hajaralaswad bagi beralih pusingan (bertanda lampu hijau).  And at a blink of an eye, kita boleh terhilang teman/kawan. Indeed, amalan ibadah umrah jangan dianggap boleh dibuat dgn santai.  Tak ada istilah waktu orang reda/orang tak ramai baru kita nak buat.  No such thing.  

Walau bagaimanapun, pandai2lah jemaah mengambil waktu untuk melakukan perkara2 sunat sewaktu umrah, jgn terlalu memaksakan diri kerana menjaga kesihatan lebih perlu.  Bila demam tentu tak seronok, akan tinggal sendirian di bilik hotel.  Therefore minumlah air zam2 banyak2 dan bawalah gula2 batuk/sakit tekak kerana batuk tak dpt dielakkan.  Jika lama akan beriktikaf, bawalah pengalas perut (fruits or biscuits). Jemaah M'sia ada yg duduk di masjid dri waktu Asar-Maghrib-Isyak baru balik ke bilik hotel. Travel agent hanya sediakan breakfast, lunch n dinner.  Lepas dinner barulah boleh tawaf kedai pula. Jelus juga kalau kita tak membeli apa2.  Still shopping di Medinah lebih murah drp di Mekah.

Saya menceritakan ini tak bermaksud untuk riak malah untuk untuk dibuat panduan kpd mereka yg sudi. Di Mekah saya tinggal di Hilton, dekat dn berhadapan dgn Masjidilharam.  

Semakin modernnya kawasan Kaabah dibangunkan, ibadah umrah menjadi semakin susah/mencabar kerana jumlah jemaah tak pernah berkurangan.  Tambah lagi ada. Tak dpt dibayangkan keadaannya waktu musim haji.  Begitu hebat sekali magnet Kaabah kpd muslimin sekalian, sesukar apapun, mereka yg beriman tetap tak serik untuk ke sana.  
Setelah menempuh keperitan, kepayahan dan kepenatan beribadah umrah, saya hairan bagaimana orang yg sudah pergi ke sana tetapi pulangnya tak menunjukkan penambahbaikan kualiti diri.  Barangkali niat awal pertama pergi umrah ada peranannya.  Therefore niat itu penting, semoga niatnya benar2 kerana Allah dan pulangnya ke tanah air, menjadi manusia yg lebih lebik drp sebelum perginya.  Insya Allah.
Saya baru 2 mlm pulang dan masih jet-lag.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.246480 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list