Edited by GhostWalking at 29-1-2016 09:43 AM
Mukhriz terbaik untuk Kedah –Kira-kira 40 penduduk Pokok Sena berkumpul menyokong kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Foto TRP/ Adib Hakim
[size=100%]KUALA LUMPUR, 29 Januari:Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan seorang yang berjiwa rakyat dan harus dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah. Wakil Penduduk dari Pokok Sena, Ramli Abdul Rahman, 49, berkata pihaknya menyokong penuh pimpinan Mukhriz yang dilihat sebagai seorang pemimpin yang mudah didekati tanpa sebarang halangan. “Kami rasa Mukhriz ni yang terbaik dah. Jadi kami meminta supaya Mukhriz dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah kerana kami dari kawasan luar bandar ni mudah nak sembang atau maklumkan sesuatu. Malah kalau panggil pun, beliau senang nak datang. “Berbanding pemimpin sebelum ini yang sukar untuk didekati kerana tersekat dengan birokrasi yang telalu banyak. Tetapi Mukhriz lain, tiada siapa jaga beliau. Jadi kami sebagai rakyat bebas nak bertemu dan bercakap dengan beliau,” kata beliau ketika ditemui. Sebahagaian penduduk Pokok Sena di Alor Setar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Foto TRP/ Adib Hakim
Dalam pada itu, Rahman juga meminta kepada individu yang bakal menggantikan jawatan Menteri Besar Kedah supaya tampil dengan kelayakan yang lebih bagus berbanding Mukhriz dan mampu membawa pucuk pimpinan negeri tersebut dengan baik. “Sesiapa sahaja boleh menjadi MB, kami sebagai rakyat biasa terpaksa akur dan tetap memberi sokongan tetapi kami berharap pengganti MB biarlah seseorang yang lebih layak dan bagus daripada Mukhriz. “Jika MB sekarang dijatuhkan, yang bakal naik tu diminta buatlah yang terbaik demi rakyat negeri Kedah. Kami sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan politik, kami hanya ingin pemimpin yang boleh lakukan yang terbaik,” jelasnya.
|